POWER RANGERS LIVE IN GENTING 2016

Power Rangers merupakan salah satu rancangan siri TV yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Ya, sejak zaman aku dulu lagi sampailah sekarang. Ingat lagi, kalau ada Power Rangers kat TV, masing-masing duk tercongok depan TV. Kalau mak ayah suruh buat kerja pun, dah malas nak berganjak dari depan TV, hahaha. Hah, itulah penangan Power Rangers.


Baru-baru ini, sempena Karnival Cuti Sekolah di Resorts World Genting, salah satu tarikan yang menjadi tumpuan utama pengunjung adalah Power Rangers Live In Genting 2016 yang berlangsung di Genting International Showroom. Bayangkan, dulu-dulu mampu tengok di kaca TV je, but this time dapat tengok secara LIVE! Hah, bukan kanank-kanak je yang excited, kami yang besar panjang ni pun turut tumpang excited, hahahaha.



Selain persembahan selama satu jam, pengunjung juga berpeluang untuk bergambar bersama Power Rangers. Tengoklah +Mek Onie dan +Yazid Izzat pun tak lepaskan peluang untuk merakan kenangan bersama Power Rangers. Bukan selalu tau ada peluang macam ni. Untuk kanak-kanak yang fanatik terhadap merchandise Power Rangers, terdapat pelbagai merchandise ada dijual seperti t-shirt, jam tangan dan figura Power Rangers.


Power Rangers Live In Genting 2016



Bila dapat peluang menyaksikan sendiri Power Rangers Live In Genting 2016, personally aku rasa memang cukup bertuah. Ya lah, biasa duk tengok teater di Istana Budaya dan movie di cinemas, tiba-tiba kali ni berpeluang tengok Power Rangers secara live. Satu pengalaman yang lain dari yang lain. Paling istimewa, show ini merupakan million-ringgit production dan merupaka show Power Rangers pertama di Asia Tenggara. Dan show ini juga merupakan show pertama Dino Charge secara langsung di dunia. Wow! 



Secara keseluruhannya, show Power Rangers Live In Genting 2016 ini melibatkan 25 orang crews dari Jepun dan 15 orang warga tempatan (Malaysia) dalam merealisasikan persembahan ini menjadi realiti. 


Show ini merupakan hasil gabungan dari 2 siri TV Power Rangers yang popular iaitu Mighty Morphin Power Rangers dan Dino Charge. 5 pahlawan (Power Rangers) yang terpilih oleh Energems untuk melindungi bumi dan mengelakkan kuasa mereka dari jatuh ke tangan penjahat. Mampukah mereka untuk menentang villains, Fury, Poisandra dan sidekicks?



Pendek kata, show selama 1 jam ini cukup berbaloi untuk mereka yang fanatik terhadap Power Rangers. Dengan tiket berharga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2), mereka berpeluang untuk menyaksikan show secara langsung yang julung kali diadakan di Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara amnya.



Satu aspek yang harus dipuji oleh pihak produksi Power Rangers Live In Genting 2016 adalah mereka menyelitkan adegan interaksi antara Power Rangers bersama peminat especially kanak-kanak. Sesi interaksi ini meletakkan show ini lebih istimewa dan menarik minat kanak-kanak. Brilliant idea! Semoga show seumpama ini akan diadakan lagi di Resorts World Genting pada masa akan datang. 


Spacetastic Adventure with Ice Age

Selain show Power Rangers, Spacetastic Adventure with Ice Age: Collision Course juga turut diadaka  di Resorts World Genting sempena Karnival Cuti Sekolah. Sempena pembukaan the world's first Twentieth Century Fox World Theme Park pada tahun 2017 nanti, terdapat pelbagai aktiviti menarik di Resorts World Genting sepanjang tahun. 



Antara tarikan di Spacetastic Adventure with Ice Age adalah bertemu dengan maskot Ice Age dan berpeluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. So, bolehlah jumpa Scrat, Buck, Crash dan Eddie. 



Paling best, kat sini juga ada Spacetastic Adventure Challenge. Educational Interactive Game kat sini akan menguji tahap pengetahuan kita tentang watak-watak dalam filen Ice Age dan menguji pengetahuan kita tentang angkasa lepas seperti nama-nama planet. Fuh, berpeluh juga nak settlekan semua task dalam masa 10 minit.  Dan akhir sekali, kami berpeluag untuk join contest di facebook dengan gaya yoga. Nin dia, aksi kami untuk merebut hadiah cenderahati Ice Age Collision yang bernilai RM3000.


Apapun, terima kasih kepada pihak Resorts World Genting untuk jemputan kali ini. Semoga ada lagi event-event yang best yang akan berlangsung di sana sepanjang tahun. Actually, aku tak sabar nak tunggu theme park di Genting tu bukak. Kalau dulu, setiap tahun pergi sana especially for weekend getaway. Pernah sekali tu, siap buat reunion dengan kengkawan sekolah menengah kat sana. Uishh, banyak betul memori kat sana. Looking forward for a brand new Genting Theme Park will open soon.

Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. Outdoor masih belum bukak. Kebanyakan show and event buat kat indoor theme park

      Delete
    2. Outdoor masih belum bukak. Kebanyakan show and event buat kat indoor theme park

      Delete