TEAM BUILDING PROJEK TRAVEL DI KLANA RESORT SEREMBAN

/
4 Comments
Sebenarnya, dah lama plan nak buat team building dengan gang +Projek Travel . Nak kumpul ramai-ramai, nak buat aktiviti outdoors sama-sama. Cuma, tak pernah ada masa yang sesuai dan tak tahu lokasi yang best. Akhirnya, impian selama ni terlaksana di Klana Resort Seremban yang cukup terkenal sebagai resort in the city yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti team building.


Tak hairanlah kalau Klana Resort Seremban ni menggunakan tagline "My Team building Destination". Memang bertepatan dengan apa yang mereka tawarkan dan bersesuaian dengan tujuan kami bertandang ke sini semata-mata nak merasai sendiri pengalaman aktiviti team building. Jujurnya, bukan mudah nak kumpul kesemua admin Projek Travel 8 orang pada satu-satu masa. At last, dapatlah berkumpul bersama +Mawardi Yunus , +Ahmad Fauzi Aryaan , +Khai Artzfar , +Dik bee dan +Mek Onie. Inipun dah cukup bertuah dapat berkumpul sehingga 6 orang. Cuma +potia casadelarossa dan +zulhilmitempoyak yang tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. Apapun, semoga ada lagi peluang dan kesempatan macam ni di masa akan datang.




Jadi, kalau ada yang bercadang untuk organize team building atau family day tak kira untuk aktiviti pejabat, aktiviti bersama member-member ataupun bersama keluarga, maybe boleh pilih Klana Resort Seremban sebagai destinasi pilihan terutama sekali kepada warga Seremban khususnya, dan warga Negeri Sembilan amnya. Orang-orang KL pun boleh jugak kalau nak datang sini. Memang tak jauh mana pun. Cuma mengambil masa lebih kurang 45 minit. Boleh jadi alternatif lain selain Port Dickson dan Melaka, #DekatJe!   


Ok, mesti korang nak tahu kan. Apa sebenarnya yang best di Klana Resort Seremban? Untuk perkongsian kali ini, aku nak share sedikit-sebanyak pengalaman percutian kami 2 hari 1 malam kat sana. Semoga bermanfaat la ye untuk korang yang plan nak datang sini. Tak pun, maybe boleh letak dalam bucket list dulu untuk next trip/ staycation. Jom, aku ceritakan apa yang best di Klana Resort Seremban. Meh, baca betul-betul. Pasni boleh share kat member-member/ family pulak kalau ada yang bertanya.


1. Lokasi Klana Resort Seremban

First of all, mestilah kena tahu lokasi. Kat mana Klana Resort Seremban? Jawapannya, berdekatan dengan Taman Tasik Seremban. Alaaa, tempat yang aku pergi last year dan berjaya jadi Juara treasure hunt tu, keh3. Kenangan manis kat Seremban tu, sampai sekarang terpahat dalam ingatan (baca sini). Nak mudah lagi, korang boleh search guna waze je "Klana Resort Seremban". In case waze tunjukkan jalan ke "Allson Klana", yakinlah anda berada di jalan yang lurus. Betul la tu. Itu nama lama dia, sekarang dah tukar nama jadi Klana Resort Seremban. Satu lagi yang ada kat Negeri Sembilan adalah Klana Beach Resort di Port Dickson. Jadi, jangan konpius ye.



KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan 




Bab parking pulak jangan bimbang. Parking lot kat sini memang luas dan mencukupi untuk semua pengunjung. Tak payah nak tawaf dua tiga kali baru nak jumpa tempat nak parking. Kat sini, siap boleh pilih-pilih port lagi nak parking kat mana, hehe. Melainkan memang ada majlis perkahwinan atau event besar-besar. Haa, yang tu maybe penuh sikit. Bertabahlah!




Sebenarnya, aku tak expect pun Klana Resort Seremban ni cantik macam ni sekali. Ingat ke resort biasa-biasa je. First impression, macam sunyi-sepi dan biasa-biasa je. Rupa-rupanya, betullah orang kata 'Don't judge a book by its cover". Bila masuk je di ruang lobi, memang cukup meriah. Baru aku nampak apa yang menarik kat sini. Nak tahu apa yang menarik? Jom layan gambar-gambar yang sempat kami rakam sepanjang berada di sana.




Siapa kata kat Seremban ni takde resort yang best? Ni ha, kami dah jumpa satu. Seriously, memang best. Sangat meriah dengan students, penjawat awam dan swasta yang datang untuk mengadakan program team building. Jelas, sangkaan aku awal-awal tadi tu meleset sama sekali. Ni baru masuk ruang lobi, belum lagi tengok segenap ruang sudut yang lain. Nak tahu apa lagi yang menarik? Jom, follow perjalanan kami di sini.




Sementara menunggu staff Klana Resort Seremban iaitu Ms Rani dan Encik Aided,  kami lepak-lepak dulu sambil minum kopi. Kalau nak tahu, mereka berdua la yang akan handle kami selama 2 hari 1 malam kat sini terutamanya untuk aktiviti team building nanti. Tengok, masing-masing sibuk dengan gajet. Nama pun blogger kan? Ye lah, time trip macam ni lah nak rekod video, nak snap gambar, nak cari info dan akhir sekali nak share kepada readers di blog. Orang kata, "sambil menyelam minum air". Pendek kata, sambil bercuti, sambil cari bahan-bahan untuk artikel di blog.


2. Kemudahan dan Fasiliti

Memandangkan ini pertemuan kali pertama kami, team Projek Travel bersama pihak Klana Resort Seremban, jadi inilah peluang terbaik untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pengisian program kami nanti. Bertempat di Bilik Seri Meranti 3, kami sempat berborak-borak sambil tanya apa lagi yang best dan menjadi tarikan utama di Klana Resort Seremban.





Rupa-rupanya, selain menjadi lokasi utama untuk team building bagi syarikat/ institusi dan sekolah, Klana Resort Seremban juga menjadi lokasi pilihan untuk conference, mesyuarat dan majlis perkahwinan. Wow, not bad! Macam-macam ada kat sini. Definitely, complete!




Antara kemudahan dan fasiliti yang ada di lobi Klana Resort Seremban adalah tempat simpanan bagasi (drop & collect luggage) yang betul-betul terletak di sebelah reception counter. Lagi best, kat sini ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Kalau ada yang minat cycling, boleh la sewa untuk pergi ronda-ronda ke Taman Tasik Seremban sambil makan angin.




Di sebelah malam pula, pihak Klana Resort Seremban ada menyediakan ruangan live screening untuk perlawanan bola sepak dan juga live band di pentas utama. Kami pun sempat lepak-lepak santai sambil dengar orang nyanyi malam tu. Best juga, terhibur dengan lagu-lagu yang didendangkan sebagai halwa telinga.




3. Aktiviti Team building

The best part about Klana Resort Seremban definitely team building activities. Awal-awal pagi lagi kami keluar bilik hotel untuk ativiti team building. Excited! Nak tahu apa aktiviti yang best? Jom layan!


Klana Resort Seremban
My Team building Destination


Rappelling


Lower Ropes


I'm ready for High Ropes activities!


Muka cuak sebab gayat, tapi still pose :P


Titi gantung, ewah


Nampak mudah, tapi seriously agak mencabar


Amacam, ada gaya spiderman tak? wakakaka


Laser Zone - Elak-elak dari terkena tali


Teambuilding at Klana Resort Seremban - Checked!


Overall, pengalaman buat aktiviti team building kat sini memang best especially part aktiviti extreme yang mencabar keupayaan diri seperti rappelling, flying fox, low ropes dan high ropes. Selain itu, ada juga beberapa games di station lain yang semestinya menuntut kerjasama antara ahi kumpuln untuk selesaikan setiap misi yang diberikan. Yang peting, kami enjoy :)


4. Swimming Pool terbesar di Seremban

Untuk percutian bersama keluarga, semestinya swimming pool akan menjadi tempat tumpuan. In that case, I believe you'll satisfy with their swimming pool. Dengar kata, swimming pool di Klana Resort Seremban adalah swimming pool terbesar di Seremban. No wonder lah siap ada polo air dan boleh buat water rafting dalam swimming pool.




Memang cukup menenangkan bila berada di kawasan swimming pool ni. Dilengkapi dengan swimming pool untuk kanak-kanak dan dewasa, pemandangan kat sini memang menyejukkan mata yang memandang dan amat mendamaikan. Kalau dapat berenang, lagi syiok!




Kolam renang untuk dewasa dengan kedalaman 5 kaki sesuai untuk bermain polo air dan juga water rafting. Amacam, menarik kan? Kalau nak tahu, water rafting ni merupakan salah satu modul yang ada untuk aktiviti team building. Aktiviti macam ni memang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan dari segi nak buat raft sampailah nak kayuh sama-sama merentasi swimming pool. Cool!



5. Harga berpatutan

Ada yang tanya, "Ok tak rate untuk pakej percutian di Klana Resort Seremban?" Jawapan aku, sangat sangat berbaloi. Especially untuk promosi cuti sekolah. Klana Resort Seremban menawarkan pakej percutian keluarga serendah RM188 termasuk breakfast. Jadi, jangan lupa untuk check agoda.com ataupun laman media sosial Klana Resort Seremban (Facebook/ Instagram) untuk promosi hebat.


Kenapa aku cakap sangat-sangat berbaloi? Kat sini aku sertakan beberapa view yang menarik di sekitar Klana Resort Seremban yang semestinya menjanjiikan staycation yang bermakna.


Pemandangan dari tingkat atas menghadap swimming pool


Pilihan bilik yang pelbagai jenis mengikut citarasa dan keinginan


Family room yang menghadap swimming pool


Family room yang mampu menampung 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak


Pemandangan dari swimming pool yang memukau

Dalam banyak-banyak tempat, aku suka lepak-lepak di swimming pool. Sebabnya rasa macam tenang je lepak-lepak kat situ. Dengan cuaca yang panas terik, dapat pulak berendam dalam swimming pool, memang menyegarkan.



6. BBQ Buffet Dinner, Selera Coffee House


Selain aktiviti team building dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan, tempat makan di Klana Resort Seremban juga tidak kurang hebatnya. Di Selera Coffee House, terdapat pelbagai jenis masakan kampung untuk buffet lunch dan juga set ala-carte. Selain itu, pada hari Sabtu setiap minggu, Selera Coffee House ada menyediakan pakej BBQ buffet dinner.




Apa yang menarik di BBQ Buffet Dinner di Klana Resort Seremban? Sudah tentu 20 jenis sos pelbagai warna dan pelbagai rasa. Kami dah cerita panjang di blog Projek Travel. Kalau nak tahu details lanjut, boleh baca di artikel BBQ Buffet Dinner, Klana Resort Seremban.





7. Japanese Buffet Lunch, Yuri Japanese Restaurant

Selain BBQ Buffet Dinner, kami juga berpeluang untuk mencuba sendiri makanan Jepun di Yuri Japanese Restaurant. Untuk buffet lunch, hanya setiap hari Ahad. Jadi, kalau korang pencinta makanan Jepun atau mengidam nak makan makanan Jepun, bolehlah plan datang ke sini pada hari Ahad.  Pelbagai seleksi makanan Jepun disediakan yang pastinya sedap-sedap dan memikat selera. Aku pun tak lepaskan peluang try apa yang ada. Yummeh!


Untuk cerita lanjut mengenai Yuri Japanese Restaurant, boleh baca perkongsian kami kat sini: Japanese Buffet Lunch! Apapun, jom layan apa yang best tentang buffet lunch di Yuri Japanese Restaurant ni.

Pelbagai seleksi makanan Jepun


Yuri Japanese Restaurant - Checked!


Fresh Oyster


Sushi bar dan salad bar


Pengalaman makan di sini pun tak kurang hebatnya. Macam-macam makanan Jepun ada di depan mata. So, kalau tak berpeluang ke Jepun lagi buat masa sekarang, tak payahlah berkecil hati. Datang je sini, dah macam berada di negara Jepun. Dengan dekorasi, interior design dan menu-menu yang disediakna, persis dah macam berada di Jepun. *Mood berangan*


Rasanya, sampai di sini je lah perkongsian tentang 7 perkara yang mesti korang tahu mengenai Klana Resort Seremban untuk dijadikan sebagai rujukan buat masa sekarang. Semoga dengan info-info yang ada ni, dapatlah korang plan untuk percutian bersama keluarga atau meancang untuk pilih destinasi terbaik untuk team building. Kalau ada nak tahu apa-apa lagi info, just drop comment ye. Nak tahu dengan lebih terperinci tentang Klana Resort Seremban dengan lebih jelas? Apa kata tengok video yang sempat kami rakam sepanjang berada di sana. Enjoy :)


Video Klana Resort Seremban







Host

Videographer

Crews

Producer



KLANA RESORT SEREMBAN

Alamat:
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


Tel:
06 7667888 ext 3181 or 3005


Fax:
06 7667999


Email:
info@klanaresort.com.my



You may also like

4 comments:

  1. kita tak mampu nak panjat. berat terlebih. eh

    ReplyDelete
  2. best nya nuar.. nak gi lah bawa anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best kak. Lagi-lagi untuk anak akak yang suka mandi kolam tu. Pakej family, room hadap swimming tu murah je. Ada promosi serendah RM188 termasuk breakfast

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...