#FRESHTOGOCONTEST2016 : FRESH TO GO DI #7ELEVENMY | ALWAYS THERE FOR YOU!

/
2 Comments
Kesibukan bukan alasan untuk tidak menjaga kebajikan tubuh badan. Alaskan perut dengan makanan berkhasiat. Dapatkan aneka juadah Fresh To Go di oulet 7 Eleven berdekatan tak kira masa dan di mana jua kita berada!


Untuk pengetahuan semua, 7 Eleven kini tampil dengan variasi produk makanan yang sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam ataupun supper. Pendek kata, 24 jam sehari 7 Eleven ada untuk anda sebagai one-stop center untuk membeli makanan, minuman dan keperluan peribadi. Bertepatan dengan tagline 7 Eleven iaitu "Always There For You", sememangnya memudahkan urusan kita semua untuk mendapatkan bekalan makanan dengan cepat tak kira di mana jua kita berada dan pada bila-bila masa tak kira siang ataupun malam. Untuk perkongsian kali ini, jom saya kongsikan sedikit-sebanyak pengalaman peribadi mencuba sendiri aneka juadah Fresh To Go di 7 Eleven.



Jam berdetik,
Perut mula merengek.
Berkicau melodi Do Re Mi,
Petanda minta diisi.

Terburu-buru aku melangkah,
Mencari jawapan lengkapkan madah.
Terpandang 7 Eleven Always There For You,
Aku tersenyum, bahagia datang bertamu!

Di saat perutku meronta,
Kau begitu menggoda,
Pelbagai seleksi di depan mata,
Kecur liur seleraku ternoda

Ringkas, Cepat dan Padat,
Fresh To Go pilihan tepat.
Lantas ku cuba tanpa ralat ,
Perut kenyang lapar terubat!

.#FreshToGoContest2016
#7ElevenMy
-penaberkala-






Kalau dulu, cuma minuman dan makanan ringan yang dijual di 7 Eleven, kini pelbagai makanan untuk mengalas perut turut tersedia. Dengan Fresh To Go, terutama sekali kepada anda yang dalam perjalanan ke mana-mana yang kelaparan, ataupun yang sibuk berkerja sampai tak sempat untuk mendapatkan proper meal, jadi 7 Eleven tampil dengan inisiatif Fresh To Go. Aneka juadah tersedia dari pagi sampailah ke tengah malam, 24 jam sehari. Antaranya Nasi lemak, Bihun goreng, Sandwich, Burger, sosej, salad, roti dan pastri serta macam-macam lagi.



Pengalaman saya sendiri bertandang ke 7 Eleven Dang Wangi sewaktu lunch hour, saya sempat membeli sandwich yang ternyata masih segar untuk makan tengah hari. Selain menyediakan makanan yang segar dan berkhasiat, makanan yang cepat untuk dimakan pada harga yang cukup berpatutuan, memang sesuai untuk sesi lunch yang singkat.



Tak cukup dengan sandwich, saya juga turut mencuba bihun goreng. Dengan sambal dan sosej, ternyata bihun goreng ini cukup rasa dan pelengkap selera untuk makan tengah hari, Biarpun menu simple-simple je, tapi tetap mengenyangkan sebagai alas perut. Selain sandwich dan bihun goreng, terdapat pelbagai seleksi pilihan makanan yang ada. So, bolehlah pilih ikut citarasa masing-masing.






Paling menarik, outlet 7 Eleven Dang Wangi turut menyediakan tempat makan untuk pelanggan yang perlukan tempat duduk untuk makan. Saya yakin dan percaya, rata-rata outlet 7 Eleven di Malaysia sekarang ada menyediakan tempat duduk untuk makan. Untuk pelanggan yang rushing nak ke office ataupun dalam perjalanan ke destinasi yang hendak dituju, pek makanan Fresh To Go sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Packaging yang kemas dan menarik.



Untuk makan malam pula, biasanya saya singgah dan take away beberapa produk Fresh To Go untuk dibawa pulang di outlet 7 Eleven Sri Permaisuri. Selain makan malam, lebihan yang ada juga boleh disimpan untuk breakfast keesokan harinya.



Antara juadah yang saya suka adalah chocolate muffin, sponge delight, cheese stick dan ikan bilis bun. Pendek kata, kalau ada member-member nak datang rumah ke, especially di rumah bujang macam kami, dapat hidangkan makanan dari Fresh To Go 7 Eleven ni pun dah cukup ok. Kan? Actually, menu dan hidangan yang ada di 7 Eleven berbeza-beza mengikut masa dan lokasi outlet. Untuk panduan dan rujukan, disertakan beberapa menu lain yang turut dijual di 7 Eleven seluruh Malaysia.


Breakfast
Chicken Mayo Salad Wholemeal
Chicken & Scrambled Egg Toast
Nasi Lemak
Fried Mee Hoon
Sip N' Savour Teh Tarik


Lunch
Stir Fried Chicken Chili With Rice
Original/ Spicy Udon
Lasagna
Garden Salad With Roasted Sesame Sauce
Big Gulp


Tea
English Shortbread
Cookie
Banana
Slurpee


Dinner
Chicken Rendang With Rice
Macaroni & Cheese
Original/ Spicy Ramen
Sip N' Savour Coffee


Supper
Chicken Meatloaf With Egg Spread
Sip N' Savour Latte



#FRESHTOGOCONTEST2016 #7ELEVENMY



Unuk maklumat lanjut, bolehlah layari website dan facebook 7 Eleven Malaysia untuk mengetahui tentang promosi dan tawaran hebat dari semasa ke semasa.


Website:

Facebook:




Lapar?
Nak cepat?
Nak jimat?

7 Eleven ada jawapannya.
Grab mana-mana produk Fresh To Go.
Di mana-mana, pada bila-bila masa.
Ringkas, Cepat dan padat! 


Usah berlapar, 7E kan ada 😍



You may also like

2 comments:

  1. Amboi 7 eleven pun tampil macam petrol pam dah sekarang jual macam-macam produk makanan ya, untung la gitu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...