PENGALAMAN MENGINAP DI CAPSULE BY CONTAINER HOTEL, KLIA 2

/
39 Comments
Biasanya, kalau flight awal pagi di KLIA 2, aku selalu mereput je di Mc Donald atau Starbuck. Bukan apa, sebab nak free wifi dan nak port charging untuk segala electronic devices macam smart phone dan laptop. Tempat duduk pun selesa untuk relax-relax ataupun untuk lelap kejap tidur-tidur ayam, zzzzz. Lagipun, malas nak kelam-kabut bangun awal pagi, kejar teksi, kejar ERL semata-mata nak ke airport. Jadi, nak selamat dari terbabas tidur atau hal-hal yang tak diingini berlaku, lebih baik pergi airport awal-awal, lepak-lepak kat sana. Sesungguhnya, kesulitan amat dikesali, keh3. Lebih baik beringat sebelum kena. Korang pulak macam mana? Kalau flight awal pagi, apa korang  buat? Kalau melepak di KLIA 2, cuba share port-port best. Mana tahu, lepas ni boleh aku pi try port-port baru pulak.


Berbeza dengan pengalaman sebelum fly ke Kuching, Sarawak baru-baru ni. Saja nak cuba pengalaman baru, jadi aku pun booklah Capsule By Container Hotel di KLIA 2 untuk 6 jam. Alang-alang dah stay situ, apa salahnya aku share serba-sedikit pengalaman peribadi menginap di Capsule By Container Hotel, KLIA 2 kat blog. Mana tahu ada yang tengah cari info, google google then jumpa blog ni macam kes artikel Rayani Air hari tu, hehe. Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk orang-orang kat luar sana yang mencari-cari lokasi terbaik untuk bermalam di KLIA 2.



Kalau nak tahu, Capsule By Container Hotel ini merupakan "the first airport capsule transit hotel in Malaysia". Dan ini first time aku sampai untuk merasai sendiri pengalaman menginap kat sini. Mesti korang tertanya-tanya kan, "macam mana nak book Capsule Hotel?", "berapa rate semalaman stay di Capsule Hotel?", "kat mana lokasi Capsule Hotel di KLIA 2 tu?", "best ke tak?", "Selesa ke tak tidur kat Capsule Hotel tu?" dan macam-macam lagi persoalan yang pastinya muncul di benak fikiran korang. Betul tak?





Jadi, di kesempatan ini aku cuba untuk berkongsi info-info penting berkaitan Capsule Hotel KLIA 2 ni. Kalau ada lagi yang tertinggal, korang drop je lah eh soalan di bahagian komen. Mana yang tahu, aku cuba jawab. Aku pun, meraba juga cari info sebelum stay sini tempoh hari. Ada la baca info sikit-sikit di website Capsule Hotel. Last-last, terus ke kaunter Capsuledi KLIA 2  untuk book dan dapatkan 1 flyer untuk baca, hahahaha. Settle! Untuk memudahkan urusan korang, lebih baik aku share kat sini untuk panduan dan rujukan bersama.



Q: Kat mana Capsule By Container Hotel di KLIA 2 ni menyorok?

Hah, kalau korang duk merayau-rayau di bahagian check-in counter airport, memang tak jumpa lah. Capsule Hotel ni terletak di Level  1 iaitu di aras transportation hub KLIA 2 yang ada bus untuk ke Bandar Tasik Selatan (BTS) atau KL Sentral. Tak jauh pun, 5-10 minit dari check-in counter

Sampai Level 1, korang tengok ada NZ Curry House, hah betul lah tu. Cari je sign-board yang macam dalam gambar kat atas tu, korang jalan je terus. Tak payah rasa was-was. Nanti jumpalah kaunter check-in untuk Capsule Hotel, KLIA 2.

Q:  Macam mana nak book?

1. Website Capsule - Reservation
3. Walk in di kaunter

Memandangkan aku baru balik dari Palembang time tu, alang-alang dah berada di KLIA 2, jadi aku terus terus singgah di Capsule untuk buat reservation. Reservaton aku time tu lebih kurang 2 minggu awal. Terus settlekan bayaran dan simpan resit elok-elok untuk tujuan check-in nanti.


Q: Berapa rate Capsule untuk semalaman?

Untuk pengetahuan semua, rate Capsule mengikut jam yang ditetapkan. Korang boleh pilih untuk stay sama ada 3jam, 6jam ataupun 12 jam. Bergantung kepada keperluan masing-masing. Macam aku, aku pilih untuk 6 jam yang mana check-in jam 11 malam dan check-out jam 5 pagi.

Ada dua pilihan kapsul iaitu single size bed dan queen size bed. Bezanya, queen size bed hanya untuk tempoh 6 jam dan 12 jam. Rate untuk setiap kapsul adalah seperti di bawah:


3 Jam
6 Jam
12 Jam
Single Size Bed
RM 55
RM 80
RM 100
Queen Size Bed

RM 160
RM 200

In case sampai airport KLIA 2 waktu siang hari, and then tunggu next flight untuk ke destinasi seterusnya, boleh juga kalau nak stay di Capsule dengan rate yang lebih rendah. Dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang, day sleeper rate adalah seperti berikut:


3 Jam
6 Jam
12 Jam
Single Size Bed
RM 45
RM 65
RM 85
Queen Size Bed

RM 130
RM 170

* Rate berdasarkan rate semasa iaitu pada Mac 2016



Q: Macam mana nak check-in di Capsule?

Macam biasa, pergi je terus ke kaunter untuk daftar masuk. Macam kes aku, sebab dah buat reservation 2 minggu awal, so bila nak check-in just tunjuk resit pembayaran. Kemudian, staff yang bertugas akan bagi kad akses dan satu ameniti bag yang mengandung tuala, berus gigi dan air mineral (500ml).

Oh, lagi satu jangan lupa time check-in tu kena tinggalkan deposit RM50. Time check-out, kena hantar balik tuala yang dia bagi time  check-in tadi, kemudian baru dia bagi balik RM50 tu. Then, luggage/ bag boleh je bagi kat staff untuk tolong simpan.


Q: Berbaloi tak stay di Capsule KLIA 2 dengan harga macam  tu?

Bagi aku, memandangkan lokasi dia sangat sangat dekat dengan balai berlepas KLIA 2, jadi cukup berbaloi. Harga tu bukan saja untuk tempat tidur, malah dilengkapi dengna pelbagai kemudahan yang lain seperti:
  • Foldable desk & cermin
  • 2 bantal yang sangat comfy
  • In room hanger
  • Personal reading light
  • Electric power point
  • Earplug (on request)
  • Wake up call (on request)
  • Complimentary wifi access
  • Hot and cold shower
  • Complimentary locker storage (first come first serve basis)
  • Complimentary access to lounge area
Amacam, agak-agak berbaloi ke tidak? Aku kalau dah ada wifi, ok la tu, hahahaha. Cuma, satu benda yang aku kurang berpuas hati iaitu berkaitan toilet dengan konsep sharing. Mungkin part toilet yang ala-ala asrama tu perlu diperkemaskan lagi. Nampak pintu pun macam dah nak tercabut dan kebersihan pun perlu dipertingkatkan lagi. Overall, kemudahan yang lain tip-top. Tidur pun selesa!



Mungkin ada jugak yang tertanya-tanya, macam mana rupa Capsule di KLIA 2 ni? Konsep dia macam dorm asrama. Diasingkan tempat lelaki dan perempuan. Meh nak share beberapa foto yang sempat dirakam tempoh hari. But don't worry, still ada privacy sebab setiap kapsul akan ada tirai.





Q: Apa lagi kemudahan yang ada di Capsule KLIA 2?

Selain tempat tidur, loker simpan barang, dan shower, Capsule KLIA 2 juga ada menyediakan satu ruangan khas untuk chill out. Sama ada nak lepak-lepak sambil on wifi ataupun membaca, bolehlah lepak santai kat sini. Mana tahu ada yang tak dapat nak tidur lena atau bangun tidur terlalu awal dan tak tahu nak buat apa kan? So, bolehlah datang sini.





Ok, sekian saja perkongsian pengalaman peribadi menginap di Capsule By Container Hotel, KLIA 2. Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk menginap kat sini sementara menunggu flight ke destinasi yang dituju, maybe boleh consider Capsule sebagai salah satu alternatif untuk berehat dan tidur.


Kalau nak baca info lanjut berkaitan Capsule Container Hotel KLIA 2, boleh rujuk website dan laman social media. Check it out!!!

Website:

Facebook:

Instagram:


Twitter:


You may also like

39 comments:

  1. ada nampak kat Ipoh ni ada satu..ohho..macam tidur dalam keranda pun ada nih..ahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh,di Ipoh pun ada eh?
      Hari tu pernah tengok orang post yang kat Penang
      Tengok macam best. Tu yang try Capsule di KLIA2 ni.
      Sekadar nak merasa dan cari pengalaman

      Delete
  2. cantiknya. kalau ada duit nnti leh try kalau nk fly mana2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa,boleh la cuba nanti.
      Not bad, tak mahal mana

      Delete
  3. Hmm next time kalau ada flight awal pagi boleh try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang recommended. Best je tidur.
      Cuma takleh buat bising, nanti kena sound kat orang yang tengah tidur, hahaha

      Delete
  4. Perkongsian yang menarik. Dah tau info mengenai hotel capsule container

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang tengah cari info pasal ni

      Delete
  5. mahalnya.. tapi kalau dah penat sangat, boleh la kot layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni rate paling murah di KLIA2. Klu Plaza Premium Lounge, mahal sikit sebab dia more to business class

      Delete
  6. nak Tanya ni setiap ruang tu ada tutup pintu tak..rasanya selamat ke bagi orang perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, setiap capsule ada tirai untuk tutup. Dan selamat untuk perempuan sebab dia dah asing siap-siap section utk lelaki dan perempuan

      Delete
  7. nice info.. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. Haii , kalao nak solat macam mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya saya solat di surau yang ada kat area departure hall tu. Sebelum gate masuk ada satu, sebelah kedai runcit. Dalam departure hall sebelum berlepas klu flight awal pagi pun ada surau

      Delete
  9. kat sini ada x room utk suami isteri yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, boleh pilih yang queen bed kalau untuk 2 orang. Boleh refer harga kat bahagian atas atau maklumat lanjut di website dorang

      Delete
    2. Kalau check out macammana?
      Kan terlebih masa tidur kena cas pulak

      Delete
    3. Tu boleh pesan awal-awal time check in di reception counter suruh dorang tolong kejut. Ada phone dapam setiap kapsul, dorang boleh buat wake up call.

      Delete
  10. Pernah ddk sini masa april 2016...kemudahan mmg selesa cuma bunyi enjin aircond/bas kuat n sedikit mengganggu. Sekadar pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jam berapa tu bunyi enjin bus? Saya stay sana start jam 12 tengah malam. So far, ok je experience stay kat sana

      Delete
  11. Salam. nak tanya la kot ada pengalaman nampak ke.. hehe kalau suami isteri & anak boleh ke duk dalam single bed capsule drpd ambil queen bed capsule? dia nya capsule ada male & female kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau single bed, dia,asingkan. Lelaki satu section, perempuan satu section. Kalau untuk family, better pilih queen bed. Kalau nak info lanjut, maybe boleh try call pihak Capsule tanya

      Delete
  12. saya tak bisa membayangkan tidur di ruangan sempit macam Capsule ini. Tapi menarik juga kalau nanti ke KL saya coba hotel ini. terima kasih dan salam kenal dari Jakarta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau, kamarnya selesa. Tilam dan bantalnya empuk. Biasanya, kalau ada flight awal pagi atau untuk berehat sementara tunggu flight seterusnya (transit), ramai yang akan stay di sini. Dekat dengan bali perlepasan.

      Salam kenal dari saya di Malaysia. Jemput datang ke KL :)

      Delete
  13. klau walk in....ade kosong ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah walk in, mostly penuh. Jarang je dapat kalau walk in. Kalau nk selamat, better book awal di website dorang.

      Delete
  14. salam bos,,nk tya cara pembayaran utk booking mmg perlu kredit kad ja ka?m2u dpt x?pleasee nk trbng dh mnggu dpn.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Rasanya boleh je bayar guna online bannking macam cimb clicks ataupun m2u. Boleh tukar payment method masa nak buat payment

      Delete
    2. paypal ka?sori boleh la en ajar cara nk tukar payment method ke m2u?hehe sori susahka

      Delete
    3. Sorry, klu di website dia takde online banking utk m2u. Tapi boleh tukar payment method bawah sekali ke debit card.

      Klu book via agoda, traveloka, atau lain-lain, rasanya baru ada payment via online termasuk m2u.

      So, saya suggest try book guna Traveloka, etc

      Delete
    4. terima kasih banyak2..dh boleh dah.hehe .tq bro 😎

      Delete
    5. Sama-sama bro.. happy traveling 👌

      Delete
  15. Hye nak tanya.klu kt amik single bed.tp dlm 2 duduk 2org.dorg benarkan x?ni kes nak jimat haha

    ReplyDelete
  16. Sorry, rasanya tak dapat. Sebab kaunter receptionist depan pintu masuk

    ReplyDelete
  17. Encik,tirai dia tu boleh dibuka oleh org yg tinggal 1 dorm tak?atau kita blh kunci ke apa?takut juga kalu kita tgh tdo,org selak tirai. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tirai tu memang tak lock. Dia just tarik je, then akan naik ke atas. Rasanya, tak ada orang yang akan bukak kot tirai capsule kita. InsyaAllah selamat. Cuma, barang berharga kena jaga-jaga sikit. Kalau boleh letak dalam locker

      Delete
  18. Kalau terlebih tidur dri mase yg tetapkn kena cas lebih ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...