TEMPAT MENARIK DI KUCHING, SARAWAK

/
36 Comments
Semenjak dah besar panjang, macam susah nak berkumpul ramai-ramai dan pergi melancong bersama. Aku cuti, kau tak cuti. Kau cuti, aku tak cuti. Nak tunggu semua cuti serentak, time raya la jawabnya. Tapi, nak beraya kat kampung la pulak kan? Bila Air Asia memperkenalkan route baru dari Kota Bharu terus ke Kuching, maka kami satu keluarga plan untuk pergi jalan-jalan ramai-ramai satu keluarga. Sepakat beli tiket, set tarikh dan book dengan harga yang memang kaw-kaw murah time promosi. Alang-alang abang dah ada kat sana, boleh melancong sambil menziarah. Orang kata, "sambil menyelam, minum air". Rasanya, ini kali pertama kami sekeluarga travel ramai-ramai naik kapal terbang. Alhamdulillah, bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Ini pun rezeki juga namanya.


Sebenarnya, ini kali ke-3 aku terbang ke Kuching. Pertama kali bersama Malindo Air dan kali ke-2 bersama Air Asia gara-gara nak tunaikan janji kepada anak buah kalau dia dapat 5A.Kali ke-3 ni pun bersama Air Asia dan kali ni paling best sebab pergi ramai-ramai. Kalau nak tengok destinasi-destinasi yang pernah aku pergi sebelum ni di sekitar Kuching, Sarawak, boleh baca kat sini. Untuk trip kali ke-3 ni, rasa excited nak share tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak terutamanya kepada sesiapa yang pasang hajat nak melancong ke Kuching bersama keluarga. Semoga bermanfaat.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak


Moment indah yang sempat dirakam ketika ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Sebelum beredar dari airport, kami sekeluarga tak lepaskan peluang untuk bergambar. Bukan mudah nak gi jalan-jalan satu keluarga macam rombongan Mak Cik Kiah gini, haha. Family terbang dari Kota Bharu dan aku terbang dari Kuala Lumpur. Di Kuching, kami bertemu jua, ceewah! Walaupun ada yang cancel last minit, 2 tiket burnt atas sebab urusan kerja, kami teruskan juga percutian ni. Hah, yang cancel tu, sila gi lain kali ye, wakaka. 


Kalau ada yang travel bersendirian ke Kuching, don't worry. Kuching International Airport (KIA) ni agak selesa. Banyak tempat duduk dan keadaannya kurang padat. So, kalau nak lepak-lepak, nak rehat-rehat kat sini pun boleh sementara meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Tempat makan pun banyak dalam tuh. Ok, jom kita tengok destinasi-destinasi yang sempat kami sekeluarga pergi sepanjang percutian di Kuching, Sarawak selama 6 hari 5 malam bermula 9 Oktober 2014 sehingga 14 Oktober 2014.


Muzium Etnologi, Kuching


Destinasi pertama kami adalah ke Muzium Etnologi, Kuching. sekitar muzium ni, ada beberapa lagi muzium termasuklah Muzium Tekstil. Kat sini, kita belajar sejarah la sikit. Kalau nak tahu, Muzium Sarawak (Bangunan Lama) dibina pada tahun 1891 dan diperbesarkan seperti yang korang dapat lihat sekarang dalam tahun 1911. Asalnya, ia dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan.


Bangunan ni dibina mengikut senibina Eropah. Di tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi semulajadi dan spesimen fauna yang terdapat di Sarawak seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain. Paling menarik, kerangka ikan paus dan buaya . Besar beb! Di tingkat atas pulak terdapat bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang, kraftangan, model perahu dan  senjata. Satu je yang tak best kat sini, kita tak boleh snap gambar, haha. Adeh! Tapi, curi-curi snap jugak, keh3.



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
9 pagi - 445 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
10 pagi - 4 petang

Bayaran kemasukan
PERCUMA



Pasar Serikin, Sarawak


Hari ke-tiga kami di Kuching, banyak sikit tempat yang kami pergi. Alang-alang dah sampai Kuching, tak sah kalau tak datang shopping ke Pasar Serikin, Sarawak. Apa yang ada? Kalau di Kelantan ada Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Kalau di Kedah ada Changlon. Kalau di Perlis ada Padang Besar. Maka, kalau datang Kuching, Pasar Serikin lah tempatnya. Pendek kata, tempat meniaga yang terletak di sempadan. Cuma kat sini, majoriti peniaga adalah dari Indonesia.


Kalau korang nak datang ke Pasar Serikin, make sure datang pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jangan pulak pergi time weekdays. Silap haribulan, korang yang kena berniaga kat situ, krik krik krik. Antara barang yang dijual kat sini adalah kain sarung, pakaian, baju tshirt untuk dibeli sebagai ole-ole dan macam-macam lagi makanan dan barang-barang. Memang meriah!



Waktu beroperasi
Sabtu - Ahad
Mula beroperasi seawal jam 8 pagi pada hari Sabtu dan ditutup pada pukul 12 tengah hari pada hari Ahad



Gua Angin



Balik dari Pasar Serikin, kami singgah di Gua Angin. Destinasi santai-santai untuk berkelah dan singgah makan-makan memang sesuai kat sini. Memandangkan hari hujan, jadi tak dapat lah anak-anak buah nak mandi-manda sebab air agar deras. Kat mana Gua Angin? Meh nak cerita. Gua Angin terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau dan terletak bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Menurut sejarah, Gua Angin mendapat namanya kerana terowong di dalam gua ini menjadi laluan angin bertiup yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.


Kalau korang minat aktivti caving/ jalan-jalan dalam gua, memang sesuai datang ke Gua Angin. Cuma kena lebih berhati-hati sebab laluan yang agak berlumut dan licin. Bentuk stalagtit, stalagmit dan formasi batu kapur pelbagai bentuk yang ada dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Orang kata, ada bentuk yang macam kepala buaya dan ada juga rangka buaya! Tak sempat masuk hari tu, singgah makan-makan je.


Di luar Gua Angin pula, terdapat pondok Baruk dan sesuai untuk dijadikan tempat pelancong berehat. Di Baruk ni lah kami sekeluarga singgah makan. Selain berada di Baruk, kalau kena cuaca elok, boleh juga mandi-manda di Sungai Sarawak yang berhampiran. Terdapat kemudahan bilik bersalin disediakan khas untuk mereka yang mandi-manda. Ada tandas serta gerai makanan dan minuman berhampiran kat situ. Pendek kata, sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kami sekeluarga pun singgah makan ke situ sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Pandak. Nasib baik bawa bekal siap-siap dari rumah sebab kedai makan semua tutup.


Pantai Pasir Pandak

Dari Gua Angin menuju ke Pantai Pasir Pandak. Ini first time aku menjejakkan kaki ke Pantai Pasir Pandak. Cantik betul pantai nih, pesisir pantai pun bersih. Kalau korang nampak, kat belakang tu adalah Gunung Santubong. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat sini selain mandi-manda di pantai dan berjalan di pesisir pantai adalah makan-makan. Banyak gerai-gerai seafood dan restoran kat sini.


Kalau datang bersama anak-anak, antara kemudahan yang disediakan di Pantai Pasir Pandak adalah swimming pool untuk kanak-kanak. Kalau tak nak mandi di pantai, boleh mandi-manda di kolam renang yang disediakan.Lebih tenang dan lebih selamat.


Cat Museum | Muzium Kucing


Lokasi terakhir kami untuk hari ke-tiga adalah Cat Museum, Kuching. Satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi bersama keluarga bila berada di Kuching adalah Muzium Kuching (Cat Museum). Muzium ni memang penuh dengan macam-macam jenis kucing.Tak kira dalam bentuk lukisan, arca dan apa jua material seni yang semua berasaskan pelbagai spesies kucing. Muzium Kucing dibina pada tahun 1993 dan dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).


Kat sini ada lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak dan juga tugu berkaitan kucing dari serata dunia. Malangnya, kami sampai je muzium dah tutup. Adeh! Itu lah padahnya bila tak tengok dulu waktu operasi, haha. Kat sini boleh bawa kamera untuk snap gambar dengan bayaran serendah RM3-RM5. Untuk korang yang nak pergi melawat Cat Museum ni, better cek waktu operasi ni betul-betul ok!



Waktu beroperasi
Setiap hari
9:00 pagi hingga 5:00 petang



Warung Kak Darot, Kampung Stakan

Hari ke-empat kami di Kuching agak santai. Sebelah petang, kami ke salah satu warung yang menjual pelbagai jenis ABC dan Cendol. Mungkin, orang Sarawak sendiri pun tak tahu pasal tempat ni. Tapi, seriously ABC dan cendol kat sini best. Tak lain tak bukan di Warung Kak Darot yang terletak di Kampung Stakan. Warung ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau nampak banyak kereta parking tepi jalan, hah ye lah tuh.



"Don't judge a book by its cover". Hah, betul la tuh. Nampak je warung ni kecil, biasa-biasa. Mana taknya, diorang meniaga depan rumah je bhai. Tapi, orang yang datang makan dan minum kat sini punyalah ramai. Nak tahu kami order apa? Jom, cekidout!



Ini antara menu yang kami order. ABC special, Cendol biasa, Ice cream special tabur milo, Ice cream special tabur horlick dan cendol special tabur horlick. Fuh, memang mengancam! Nasib baik, kami sampai sempat lagi order. Next customer yang datang nak order, dah habis. Kalau kami yang kena macam tuh, tak ke kempunan? haha.


Riverside Superbowl

Sebelah malamnya pula kami ke Riverside Superbowl. Dulu pernah menginap di Riverside Majestic Hotel. Kalau tahu ada bowling kat sini dah datang, lol. Takpe, kali ni dah datang, singgah dan main bowling kat sini. Buat tournament bowling lawan adik-beradik, haha. Seronok. Mungkin next time boleh buat lagi ajak ramai-ramai buat family day.



Cat Statue

Hari ke-lima, kami ronda-ronda di sekitar bandar Kuching untuk singgah dan bergambar kenang-kenangan di tempat-tempat tarikan utama seperti Cat Statue



Kuching Waterfront

Seterusnya, kami jalan-jalan di sepanjang Kuching Waterfront. Gigih semua berjalan walaupun hari panas terik, haha. Ini namanya semangat melancong, lol.



Dewan Undangan Negeri Sarawak

Antara tarikan utama bila berjalan di sepanjang Kuching Waterfront adalah binaan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah di seberang sungai.


Sarawak River Cruise

Lagi satu tarikan utama di Kuching Waterfornt adalah Sarawak River Cruise . Kat sini, korang boleh pilih nak naik cruise ataupun boat untuk menikmati panorama indah di sepanjang Sungai Sarawak.



Kedai Souvenir, Kuching Waterfront

Memandangkan hari terakhir di Kuchig, kami singgah di kedai souvenir untuk beli ole-ole. Kalau nak beli ole-ole macam keychain atau fridge magnet, satu kedai yang aku syorkan adalah beli di kedai aunty di tepi Sungai Sarawak. Kalau korang lintas jalan, korang akan nampak deretan kedai banyak-banyak. Tapi, kedai aunty ni duk di other side. Kat sini memang jauh lagi murah berbanding deretan kedai seberang jalan tuh.
 


Bot Tambang, Sarawak Waterfront

Ini first time naik bot tambang dari Sarawak Waterfront nak ke seberang sana untuk beli kek lapis. Bukan orang tua beria nak naik, tapi si budak kecik bernama Syakir Darwisy. Tambang RM1 seorang dan masa perjalanan tak sampai 5 minit. Snap gambar sekali, eh dah sampai? haha.



Kek Lapis Mira Cake House

Beria naik bot tambang 5 minit, ini lah tujuannya. Menapak sikit je, terus sampai di Mira Cake House. Kalau datang Sarawak, tak beli kek lapis Sarawak memang rasa tak lengkap percutian di Sarawak. Kalau suka kek lapis Sarawak yang basah, aku recommend beli kat sini. Lagi satu kedai yang popular adalah Kek Lapis Dayang Salhah 



Tarikan Utama di Kuching, Sarawak

Selesai borong kek lapis, kami singgah sebentar di tempat tarikan utama di Kuching, Sarawak. Tak lain tak bukan di bulatan yang ada adik-beradik kucing tu untuk bergambar kenang-kenangan.



Pasar Satok, Medan Niaga Kubah Ria

Sebagai penutup kunjungan kami di Kuching kali ini, kami singgah di Pasar Satok, Medan Niaga Kubah Ria. Kalau datang pagi, macam-macam kuih-buih dan makanan ada dijual di sini. Ala-ala macam pasar tani.


Tujuan utama kami ke sini dah tentu nak cari ikan terubuk masin. Antara makanan yang paling popular di Sarawak selain kek lapis adalah ikan terubuk. Kalau datang ke Kuching, tak beli ikan terubuk bawa balik ke semananjung memang tak lengkap. Jadi, lokasi terbaik untuk korang cari ikan terubuk murah adalah di Medan Niaga Satok


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

Inilah sedikit-sebanyak travelog kami sekeluarga bercuti di Kuching, Sarawak untuk disimpan jadi kenangan sampai bila-bila. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu korang yang plan nak bercuti ke Kuching, Sarawak. Inilah antara tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak yang harus korang kunjungi.Sebelum berangkat pulang, sekali lagi bergambar kenang-kenangan di Kuching International Airport (KIA).



Jadi, kalau orang tanya apa kenangan manis tahun 2014? Antaranya adalah bila dapat bercuti bersama keluarga ke Kuching, Sarawak. Semoga di masa akan datang, kami dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki untuk melancong bersama. InshaAllah.



You may also like

36 comments:

  1. Bila la agak nya boleh dapat pergi sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halim, boleh la try pergi tahun ni
      Tiket flight banyak tengah promo skang
      Air Asia ataupun Malindo

      Delete
    2. Percutian yang menarik.

      Pakej Jimat Sekeluarga.

      Salam dari sarawak.
      Insyallah saya bleh membantu anda menyediakan perkhidmatan homestay & transport.

      Kamarul.Ramli
      010-226 9169

      Delete
  2. Replies
    1. jom la Zul, ajak PT pi melancong ke Sabah atau Sarawak

      Delete
  3. Assalamu'alaikum,

    Kalau berkunjung lagi ke Bumi Kenyalang, singgahlah tinggal di Kartinihomestay. Lawatilah blog kami di:
    kartinihomestay.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Mungkin boleh jadi rujukan untuk readers yang nak ke Sarawak nanti berkaitan homestay. Thank you :-)

      Delete
  4. nextweek nk ke kuching... xtau lg nk ke mn.. ikut hubby meeting...trus jln2 skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perkongsian ni dapat membantu puan

      Delete
  5. Wahh tq for sharing penaberkala~~ inshaAllah smpat nk terjah sume! Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome :-)
      Banyak sangat tempat best kat sana, ni pun belum cover semua tempat lagi

      Delete
  6. :-) come again ..

    ReplyDelete
  7. hi, nak tanya sikit you pergi place by place ni naik pub transport or sewa kereta? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi naik kereta, kebetulan abang keje kat sana time tu. Sekarang dia dah balik Semenanjung. Better sewa kereta, boleh pergi semua tempat

      Delete
  8. Thanks atas perkongsian.. banyak info yang sy dpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome :)
      Semoga segala info yang ada dapat membantu

      Delete
  9. Senang faham. Banyak info menarik pasal Kuching! Kipidap !

    ReplyDelete
  10. Slm. Pasar serikin ni open sabtu sampi ahad jer kan....klu sabtu tu smpi mlm lah ye...nk pegi awal bln 12 nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Pasar Serikin better pergi awal pagi. Satu sebab tak panas. Petang dia dah tutup

      Delete
    2. ok thanks...silap nk g awal bln 11 ni...

      Delete
  11. kek lapis tu tahan lama x....contoh klu esok ptg nk blik hari ni dh pegi bli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek lapis tu tahan lama. Klu setakat 2-3 hari, takde masalah. Don't worry

      Delete
  12. JOM BERCUTI KE SABAH
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang
    Marina Apartment Kota kinablu
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.

    sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
    +6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
    Email : borneokinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Percutian yang menarik.

    Pakej Jimat Sekeluarga.

    Salam dari sarawak.
    Insyallah saya bleh membantu anda menyediakan perkhidmatan homestay & transport.

    Kamarul.Ramli
    010-226 9169

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum..sy nak bercuti ke kuching 4 hari 3 mlm.Seramai 10 org. bagaimana boleh membantu sy.

      Delete
  14. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282214441280
    Call : +6282282222896
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
    Website : www.paketpelanconganbandung.com
    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete
  15. kalau nak senang g kuching sarawak.. boleh je contact eifah (0165751266).. dia blh tlg carikan transport (kereta@skuter),homestay.. klu nak suggestion tmpat menarik pn, InshaAllah dia boleh uruskan @ bagi cadangan.. Pasti rasa x ckup je kalau stay dalam 3 4 hari je kt kuching..

    ReplyDelete
  16. Salam,, semua yg kmu pergi tu dekat dgn bandar kuching ka sahaja,,, boleh pergi dgn berjalan kaki atau kena naik kenderaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kena drive sebab dari satu tempat ke satu tempat tu jauh. Better sewa kereta kalau nak cover banyak tempat :)

      Delete
    2. Boleh contact saya 019-8268902(kak sue) untuk kereta sewa bajet

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...