ZOEY RAHMAN BERKONGSI TIPS GUNA PRODUK MIKA SERIES

/
0 Comments
MIKA Series merupakan produk untuk lelaki dan perempuan. Pertemuan bersama Zoey Rahman selaku duta produk MIKA Series baru-baru ini memberi sedikit sebanyak info terperinci dan keyakinan untuk menggunakan produk MIKA Series. Dalam sharing session yang diadakan antara Zoey dan blogggers semasa majlis makan malam bersama Projek Travel di Kontiki, The Federal Hotel KL, Zoey berkongsi tips macam mana untuk menggunakan produk MIKA Series dan bercerita tentang kelebihan dan keistimewaan setiap produk yang dikeluarkan oleh MIKA Series.


Bersama Zoey Rahman selaku duta produk MIKA Series



MIKA SERIES
Created for perfection


Kalau nak tahu, setakat ini terdapat 5 rangkaian produk yang dikeluarkan oleh MIKA Series. Antaranya MIKA Bright, MIKA Lipz, MIKA Black Mask, MIKA Whitening Cleansing Gel dan MIKA Whitening Repairing Essence. Fuh, complete! Dari produk yang boleh diminum sehinggalah kepada produk penjagaan kulit.  


MIKA Bright, MIKA Lipz dan MIKA Black Mask


MIKA LIPZ

MIKA Lipz merupakan pelembap bibir yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. MIKA Lipz diperkaya dengan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Sweet Almond Oil, Avocado Oil, Mint Oil, Mini Ha,  Bees Wax, dan Natural Tech Vaseline. MIKA Lipz sesuai untuk bibir sensitive, perokok, membaiki tekstur bibir, merawat bibir kering dan merekah dan juga untuk mencerahkan bibir secara semulajadi.


Actually, aku ni seorang yang mudah sangat mengalami masalah bibir kering dan merekah. Lagi-lagi bila cuaca panas terik. Lagi teruk, ada masa tu bibir sampai berdarah. Sebab geram tengok bibir tengah menggelupas, jadi gatal tangan pi tarik. Aduih, memang pedih. Then, try lah guna MIKA Lipz. So far, sekarang dah ok. Takde dah masalah bibir kering, merekah atau berdarah. Aman hidup, hahaha. Pakai MIKA Lipz takde lah bibir jadi merah macam pakai lipstick tu. That's why produk ni sesuai digunakan untuk lelaki dan juga perempuan.


MIKA BRIGHT
Radiance & Healthy

Seterusnya, produk MIKA Series yang aku guna adalah MIKA Bright. MIKA Bright tu apa? MIKA Bright ni hanya minuman (dalam sachet) yang boleh diminum terus. Tak perlu bancuh dengan air bagai, just koyak plastic then boleh terus minum. Rasa dia memang best. Ada rasa anggur dan tak muak nak minum. Biasa aku minum pada waktu pagi sebelum breakfast.


MIKA Bright memang mudah untuk diamalkan setiap hari


MIKA Bright diadun daripada 100% bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan terdiri daripada makanan Sunnah seperti kurma, madu, habbatus sauda dan delima selain mengandungi anggur hitam, acai berry, guarana, green tea serta pati sarang burung.


Cara pemakanan amat amat simple. Hanya perlu koyak dan minum 1-2 sachet 1 hari iaitu 1 sachet pada waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sachet pada waktu malam sebelum tidur. Untuk kesan terbaik dan optima, pengguna dinasihatkan tidak mengambil kafein dan alcohol serta perlu minum air yang banyak. Awas! Perlu ingat, perubahan dan kesan setiap orang adalah berbeza. Ada yang cepat mendapat kesan dan ada juga yang lambat. Semuanya bergantung kepada  genetic dan hormon dalam badan setiap individu.


Kelebihan mengamalkan MIKA Bright:
  • Membantu membina system ketahanan tubuh secara maksima
  • Meningkat dan menambahhkan tenaga
  • Melancarkan system pencernaan dalam badan
  • Meningkatkan daya penglihatan dan fikiran
  • Meningkatkan metabolism
  • Mengawal dan mengurangkan gula serta kolestrol
  • Anti kanser serta melawan penyakit
  • Anti bakteria dan kulat
  • Mengawal tekanan darah
  • Merawat masalah dalaman lelaki dan wanita serta mempunyai 1001 khasiat yang lain
  • Membantu mengimbangi dan menangani masalah berat badan
  • Memberi tenaga dan rasa mudah kenyang
  • Menstabilkan glukosa dalam darah
  • Membantu melambatkan kadar penyerapan karbohidrat selain mengikat dan menurunkan kolestrol dengan adanya Psylium Husk dalam MIKA Bright
  • Kaya dengan stem cell dan collagen yang dapat membantu mengekalkan keremajaan dari dalam
  • Memelihara dan memperbaharui sel kulit (menghilangkan kulit kusam) dan masalah jerawat/ jeragat/ memudarkan kesan parut
  • Mengandungi bahan aktif yang membantu menegang dan menganjalkan kulit (anti penuaan)
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi

MIKA BLACK MASK
Peel off mask

MIKA Black Mask yang mempunyai cooling effect yang sangat best


MIKA Black Mask pula merupakan gel yang mampu membuka liang pori dan membuang sel-sel kulit mati, menjadikan kulit licin dan bersih. MIKA Black Mask juga mempunyai ciri-ciri penghidratan yang membuat kulit menjadi sihat secara semulajadi dan berseri. 


MIKA Black Mask yang mudah untuk dibuang

Jujurnya, produk MIKA Black Mask ni memang best bila guna. Pertama, sebab bila kita sapu di muka, kita akan rasa sejuk (cooling effect). Memang selesa bila pakai. Then, bau dia memang harum, bau the hijau. Last but not least, mengikut pengalaman aku sendiri bila pakai produk ni, memang cepat kering kat muka dan paling best sangatr sangat mudah nak buang. Tak rasa sakit dan tak ambil masa yang lama nak bersihkan muka.


MIKA WHITENING
Fair & Flawless Natural Skin


Dan sekarang, aku menggunakan 2 lagi produk keluaran MIKA Series iaitu MIKA Whitening. Untuk set penjagaan kulit muka MIKA Whitening, dia dating dengan 2 jenis produk iaitu Cleansing Gel dan juga Repairing Essence. Macam guna MIKA Black Mask, kalau guna Cleansing Gel memang best sebab ada cooling effect juga. Muka memang akan rasa fresh!


Set MIKA Whitening


Set MIKA Whitening iaitu set penjagaan kulit wajah yang diperkaya dengan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Apple Stem Cell, Aloe Vera, Almond Oil, Green Tea, Collagen dan Mini Ha. MIKA Whitening dijamin dapat merawat, mencerah tanpa kesakitan dan pengelupasan serta sesuai digunakan untuk lelaki dan juga perempuan.


2 langkah mudah dan berkesan menggunakan produk MIKA Whitening

1. Cleansing Gel - mencuci sambal merawat
  • Mencuci, merawat serta menghilangkan kesan jerawat/ jeragat.
  • Mengurangkan kerengsaan kulit dan anti-virus
  • Membaiki sel kulit mati
  • Melembap, mencerah dan mengurang kedutan & menegangkan wajah
2. Repairing Essence - rawatan mendalam (sesuai untuk malam dan siang)
  • Melembap dan melembutkan kulit
  • Membaiki dan memperbaharui sel kulit, anti-bakteria, anti-radang dan kerengsaan
  • Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru
  • Mencerah, mengurangkan kedutan serta menganjalkan wajah


Jadi, untuk korang yang berminat untuk mencuba produk MIKA Series, maybe untuk atasi masalah kulit muka ke, bibir merekah ke, ataupun nak mencari produk minuman untuk kesihatan yang sesuai untuk diri, aku cadangkan korang boleh cuba produk ni. Kadang-kadang, kita guna certain produk, tak sesuai dengan kita, so inilah masanya untuk mencuba produk yang lain. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal MIKA Series, atau nak order untuk beli, boleh direct contact MIKA Series. Kalau tak tahu nak contact siapa, just drop comment and I'll assist accordingly.


Untuk info lanjut, boleh layari:

Website

Instagram
#MIKASeries

Facebook
 


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...