HOTEL DI DUBAI TERBAKAR : TRAGEDI TAHUN BARU 2016

/
0 Comments
Hotel di Dubai terbakar pada malam sambutan ambang tahun baru 2016. Memang terkejut, bila time duk scroll timeline di Instagram, tiba-tiba ternampak video bangunan terbakar. At first, ingat ke bunga api ke apa sempena tahun baru 2016. Tapi bila tengok betul-betul, rupanya ada bangunan terbakar di Dubai. Terus godek-godek Google cari info.


Sumber gambar: Traveljee

Video Hotel di Dubai Terbakar semasa perayaan tahun baru 2016



Menurut sumber bacaan di laman internet, bangunan yang terbakar merupakan sebuah hotel di Dubai. Di saat rata-rata orang ramai duk bersuka-ria menunggu detik tahun baru 2016, lain pula kisahnya di The Adress Downtown, Dubai. Dikhabarkan api mendadak marak dan ganas menjilat bangunan hotel tersebut yang tak jauh dari bangunan pencakar langit Burj Khalifa. Allahuakbar! Dah lah hotel tu packed dengan orang ramai. I can't imagine, kalau KLCC pun dah packed teruk sempena tahun baru, inikan pulak di kawasan sekitar Burj Khalifa yang sememangnya menjadi tarikan utama para pelancong. 


Apapun, sama-sama kita nantikan berita rasmi di media-media massa dan media elektronik. Semoga semua mangsa yang terperangkap dalam api kebakaran di Dubai berjaya diselamatkan, inshaAllah. Kalau nak tengok live update tentang Hotel di Dubai terbakar melalui Instagram, korang boleh refer di Instagram @maisarahb. Ayuh kita semua doakan agar semua rakyat Malaysia khususnya yang kini berada di Dubai berada dalam keadaan selamat.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...