KAGUM TENGOK PEMBIKINAN MUZIK VIDEO "GERUA" UNTUK FILEM DILWALE

Sekarang ni, kat Malaysia dah muncul demam Dilwale. Selepas sekian lama dunia Bollywood agak sendu, sekarang Shah Rukh Khan dan Kajol kini kembali beraksi untuk filem Dilwale dan sekaligus menjadi fenomena. Teringat balik zaman-zaman Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, dan seangkatan dengannya.  


Sumber: India.Com


Korang dah pergi tengok ke belum filem Dilwale di cinema? Aku belum berkesempatan nak pi tengok. Amacam, best ke tak? Ramai yang duk kata "worth it" dan "nak repeat lagi". Wow! Ini membuatkan aku makin tak sabar nak gi tengok ni. Memandangkan tak gi tengok lagi filem Dilwale ni, so aku layan je kat youtube dulu. Terjumpa video pembikinan muzik video untuk part of filem Dilwale bagi lagu Gerua. One word, "AMAZING".


Filem Bollywood macam Dilwale ni bukan saja berkarya tentang cerita dan watak, malah mempromosikan tempat-tempat menarik, Seriously, tempat yang dorang pergi untuk buat penggambaran ni memang lawa. Bukan teknik CGI bagai, it's REAL! Sampai Iceland tu dorang terjah. Salute! Kalau nak tengok, boleh tengok kat bawah ni. Jom layan...



Muzik video Gerua filem Dilwale




Di Sebalik Tabir pembikinan muzik video Gerua filem Dilwale




Ok, bila tengok video Gerua ni. Makin eksited nak tengok filem Dilwale. Dah macam pergi melancong dah aku tengok lokasi penggambaran filem ni. Lawa amat! Dah dah, jom pi book tiket tengok Dilwale, hahahaha.


Soalan cepu emas: Kenapa Kajol makin lawa, Shah Rukh Khan makin segak bergaya? Dorang ni tak tua-tua eh? hahahaha. Apapun, gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol dalam filem Bollywood adalah gandingan yang paling mantap.

Post a Comment

2 Comments

  1. Memang terkesima tengok klip video ni,best dengan view yang sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, view dalam filem ni sangat cantik...
      berangan jap dapat pi sana,haha

      Delete