Harga tiket ERL lebih mahal dari harga tiket kapal terbang? Ya, memang betul. Kalau beli tiket AirAsia atau Rayani Air time promosi, contohnya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sehala, baru RM40++.Tapi, bila tengok harga tiket ERL yang dikuatkuasakan kenaikan bermula 1 Januari 2016 baru-baru ni menjadi RM55 sehala (ERL Ekspress) dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2. Pergh, dahsyat.


Sama juga dengan harga tiket ERL Transit dari mana-mana stesen ERL ke KLIA / KLIA2, semuanya mengalami kenaikan. Bila ini berlaku, garu-garu kepala tempat yang tak gatal memikirkanya. Adeh! Pendek kata, kalau nak travel banyak sikit kena spend untuk tambang ERL pergi airport, sob3.



KADAR TAMBANG BARU ERL EKSPRESS





KADAR TAMBANG BARU ERL TRANSIT 





Sebenarnya, aku ada berkongsi tentang kadar tambang baru ERL ke KLIA / KLIA2 di Projek Travel. Kalau nak tahu info lebih lanjut, boleh klik sini. Setidak-tidaknya, kita boleh merancang perjalanan dan perbelanjaan untuk setiap trip percutian nanti. Nak jimat naik bus, nak cepat naik ERL. Dua-dua pilihan ada pro and cons. So, buatlah pilihan yang bijak.


Jadi, kalau yang tetap setia dengan ERL walaupun perlu bayar lebih dengan kenaikan harga yang mendadak, kat sini aku nak share 7 tips jimat menaiki ERL ke KLIA / KLIA2. Tips ni takde lah hebat mana pun. Cuma berkongsi cara, bagaimana nak save duit dalam menggunakan perkhidmatan ERL. Tips ini merangkami kedua-dua kaedah, sama ada ERL Ekspress mahupun ERL Transit.



7 TIPS JIMAT MENAIKI ERL KE KLIA / KLIA2

1. Beli tiket ERL Ekspress untuk pergi balik (return)

Jimat RM10 dengan pembelian tiket pergi balik (return) dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2. Instead of beli tiket sehala ERL Ekspress dari KL Sentral ke KL Sentral, apa kata beli untuk tiket pergi balik (return). For your info, validity untuk tiket ERL adalah sebulan dari tarikh pembelian.

2. Manfaatkan faedah kelayakan istimewa

Jimat 30% dengan pembelian tiket sehala ERL transit untuk warga emas (senior citizens) dan OKU. Tips ini hanya valid untuk warga emas dan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja. Korang yang sihat walafiat, sila abaikan ye.

3. Beli tiket ERL menerusi website atau apps 

Jimat 10% bila pembelian tiket secara online atau menerusi apps ERL. Kalau nak jimat, instead of beli tiket ERL di kaunter stesen ERL, boleh buat pembelian terus secara online ataupun menggunakan apps.


4. Jangan beli tiket di kaunter, beli tiket di kiosk yang disediakan 

Jimat 10% bila pembelian tiket di kiosk. Kalau korang perasan, setiap stesen ERL ada kaunter untuk pembelian tiket dan juga kiosk layan diri. Untuk jimat, belilah tiket menggunakan kiosk yang disediakan kalau tak dapat beli secara online atau gunakan apps.

5. Pilih Touch N' Go untuk menikmati diskaun

Go for cashless. Daripada guna cash beli tiket di kaunter, satu lagi pilihan yang ada adalah menggunakan Touch N' Go. Jimat 10% bila guna kad Touch 'n Go semasa tempoh promosi. Tips ini agak efficient dan praktikal sebab lebih jimat masa tak payah nak queue.

6. Optimumkan penggunaan kad kredit 

Untuk yang ada kad kredit, jangan lepaskan peluang untuk mengoptimumkan penggunakan kad kredit sekaligus menikmati diskaun untuk membeli tiket ERL. Jimat sehingga 20% bila menggunakan kad kredit tertentu semasa tempoh promosi 

7. ERL Transit di satu stesen ERL

Last but not least, kalau semua cara kat atas tak dapat buat, bolehlah cuba cara ni. Cuma kalau nak buat, kena korbankan sedikit masa, sebab kena transit di satu stesen ERL sebelum terus ke KLIA / KLIA2. Apa yang best, cara ni paling menjimatkan bagi ERL Transit. Kalau ERL Ekspress tips jimat boleh praktikkan kaedah 1-6.

Contoh:

Kes 1: ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA / KLIA2
Kos : BTS ke KLIA / KLIA2 RM38.40

Kes 2: ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke Putrajaya | Putrajaya ke KLIA / KLIA2
Kos : BTS ke Putrajaya RM8 + Putrajaya ke KLIA  KLIA 2 RM9.40 = RM17.40

Penjimatan: RM38.40 - RM17.40 = RM21.00

Instead ambil direct ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2, why not kita ambil dua transit iaitu dari BTS ke Putrajaya (RM8), stop sekejap di Putrajaya dan beli tiket dari Putrajaya ke KLIA/KLIA2 (RM9.40). So, kalau total up kos tambang berjumlah RM17.40. Kalau direct ERL Transit BTS ke KLIA/KLIA2 akan dikenakan tambang sebanyak RM38.40. Nampak berapa banyak penjimatan yang mampu kita buat? Yes, it's around RM21.



Ok, dah panjang membebel kat sini. Semoga perkongsian kali ni bermanfaatlah kepada semua especially untuk korang yang first time nak naik ERL. Jadi, kalau ada apa-apa nak tanya pasal ERL, boleh drop komen. Mana yang tahu, aku tolong bantu jawabkan. Mana yang aku tak tahu, terus berhubung dengan yang pakar di KLIA Ekspress