Alhamdulillah, pada tanggal 20 Disember 2015 (Sabtu), pb berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta dalam penerbangan pertama Rayani Air dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) ke Kota Bharu. Actually dah lama tahu tentang kewujudan Rayani Air ni. Semenjak mereka guna logo warna merah dan plan asalnya untuk berpengkalan di Melaka lagi. Setelah lama menanti, akhirnya Rayani Air tampil dengan logo baru dengan warna hijau dan biru dan menukar pengkalan utama mereka ke Langkawi, KLIA2 dan Kota Bharu. Apapun, tahniah diucapkan kepada Rayani Air dan welcome to Airlines world.




Buat masa ini, Rayani Air memulakan operasi dengan penerbangan dari KLIA2 ke Langkawi dan juga dari KLIA2 ke Kota Bharu. Untuk tempoh yang akan datang, Rayani Air akan menambah tiga lagi penerbangan iaitu dari KLIA2 ke Kota KinabaluKLIA2 ke Kuching dan Kota Bharu ke Langkawi. Menarik bukan? Setidak-tidaknya, kita sebagai pengguna ada banyak pilihan untuk terbang ke destinasi domestik selain syarikat penerbangan yang sedia ada seperti AirAsia, Firefly, Malindo dan Malaysia Airlines.



 

Bagaimana nak check in kalau beli tiket penerbangan Rayani Air? Untuk penumpang dari KLIA2, kita hanya perlu terus ke kaunter check in di kaunter S12 hingga S16. Buat masa sekarang (Disember 2015), hanya manual check in di kaunter yang ada. So, better pergi awal ke airport untuk mengelakkan sebarang masalah dan kelewatan. Selain check in di kaunter, penumpang juga boleh terus check in luggage secara percuma sehingga 20kg untuk kelas ekonomi dan 40kg untuk kelas business.






Untuk trip kali ini, pb bersama blogger Shakiddo. Dulu pernah pergi FAM Trip Malindo Air ke Kuching. Kali ni, bertemu pula untuk trip Rayani Air. Walaupun trip kali ni agak singkat, tapi memang enjoy. Lagi-lagi bila dapat menjadi antara orang yang terawal menaiki pesawat Rayani Air.






Bila masuk je pesawat Rayani Air, kami disambut oleh Founder Rayani Air iaitu  Mr Ravi Alagendran dan cabin crews. Desas-desus ada mengatakan nama Rayani Air tercetus hasil gabungan nama suami isteri founders Rayani Air Sdn Bhd sendiri iaitu  Mr Ravi Alagendran dan Dato' Karthiyani Govindan. Sejauh mana kebenaran khabar angin ini? Mungkin boleh direct tanya empunya badan la ye :)







Bila masuk je flight Rayani Air, first thing first mestilah tertarik tengok seats warna-warni. Memang colourful dan menceriakan. Ada orang kata, macam coklat "smarties" pun ada. Menurut member-member yang selalu mengikuti perkembangan industri penerbangan Tanah Air, kapal terbang ini dulunya milik Malaysia Airlines. Nak tahu fakta dan sejarah mengenai flight ni secara terperinci, maybe korang boleh google dan kaji sendiri ye.





Apa perbezaan dan keistimewaan Rayani Air berbanding syarikat penerbangan lain yang sedia ada di Malaysia dan di serata dunia? Menurut apa yang dikhabarkan oleh pihak Rayani Air sendiri, Rayani Air merupakan full service airline seperti Malaysia Airlines dan bukannya perbangan tambang murah. Rayani Air merupakan syarikat penerbangan ke-4 di dunia yang mempraktikkan konsep Shariah-compliant selepas Royal Brunei Airlines (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.




Konsep Shariah-compliant ini bermaksud mereka mewajibkan semua cabin crews yang beragama Islam untuk menutup aurat manakala cabin crews yang bukan beragama Islam untuk berpakaian sopan. Selain itu, Rayani Air tidak menghidangkan minuman keras (arak) dan makanan yang tidak halal di dalam penerbangan.


Lagi menarik, Rayani Air satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang mengamalkan bacaan doa sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju. Kalau dulu kita berbangga dengan syarikat penerbangan Brunei, hari ini kita sendiri selaku rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga akhirnya syarikat penerbangan di Negara kita sendiri pun dah ada seperti mereka yang digembar-gemburkan sebelum ini.



Rayani Air dengan rasminya beroperasi mulai 20 Disember 2015 dengan Hubs utama di Langkawi International Airport (LIA) dan Secondary hubs di KLIA2 dan Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu. Dengan Tagline "Let's Fly" atau "Jom Terbang". Rayani Air positif dengan sambutan penumpang dengan service dan Unique Selling Point (USP) yang mereka tawarkan kepada semua penumpang.






Secara tuntas dan ringkasnya, apa yang pb dapat simpulkan tentang keistimewaan Rayani Air berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian sepanjang berada dalam penerbangan Rayani Air adalah berikut:
  1. Shariah-compliant
  2. Harga tiket penerbangan yang kompetitif
  3. Bagasi percuma untuk Economy Class (20kg) dan Business Class (40kg)
  4. Snacks percuma semasa penerbangan
  5. Ruang letak kaki (leg-room) yang luas dan selesa





Untuk penerbangan dari KLIA2 ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit, snacks box yang dibekalkan oleh Rayani Air memang memadai. Antaranya adalah muffin, kacang dan jus epal yang sejuk.






Selain snacks box yang dibekalkan, para penumpang juga boleh memesan makanan dalam flight. So, sesiapa yang rasa nak makan nasi lemak ke, sandwich ke, minum kopi je, just refer menu booklet dalam flight dan boleh buat tempahan secara terus dengan cabin crews yang bertugas.




Hah, lagi satu perkara yang menarik perhatian pb bila tengok snacks box Rayani Air ada Sodoku. Sementara tunggu sampai ke destinasi tu, bolehlah keluarkan pen dan spend time untuk selesaikan Sodoku. So, kalau nak naik Rayani Air, jangan lupa bawa pen siap-siap tau, hehe.







Alhamdulillah, perjalanan kami pergi balik KLIA2 - Kota Bharu - KLIA 2 sangat lancar especially ketika take-off dan mendarat. Pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu mahupun pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sangat smooth. Ketibaan di Kota Bharu disambut dengan water cannon memandangkan penerbangan Rayani Air ini merupakan penerbangan pertama.





Lagi memeranjatkan, time touched down di Kota Bharu, tiba-tiba terserempak pulak dengan orang yang kita kenal. Small world. Ni namanya Syazwan, salah seorang penumpang terawal yang Berjaya membeli tiket flight Rayani Air untuk maiden flight pada harga promosi. Terbaik bro!


Setibanya di Kota Bharu, Founders Rayani Air yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Mr Ravi Alagendran dan Dato' Karthiyani Govindan bersama Managing Director Rayani Air iaitu Encik Jaafar Zamhari mengendalikan sesi temubual bersama rakan media. Dari situ, pb dapat tahu kehadiran Rayani Air ini sedikit sebanyak akan membantu menggalakkn lagi industri pelancongan di Negeri Kelatan pada tahun 2016. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2016 merupakan Tahun Melawat Kelantan. So, jom jom pakat datang ke Negeri Kelatan, Tanah Serendah Sekebun Bunga.


Untuk jangka masa panjang, Rayani Air akan menambah bilangan kapal terbang dari semasa ke semasa. So, kemungkinan besar bilangan penerbangan antara KLIA 2 dan Kota Bharu pun akan bertambah. Sebagai pengguna, pb rasa cukup gembira bila dapat tahu ada satu lagi alternatif untuk terbang pulang ke kampung especially time cuti pendek ataupun weekend.




Jadi, untuk penduduk Kelantan khususnya, Rayani Air sedikit-sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah logistik untuk ulang-alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur especially golongan yang berkerja di Kuala Lumpur. InshaAllah, untuk jangka masa panjang, Rayani Air juga akan berusaha untuk menyediakan penerbangan khas dari Kota Bharu ke Jeddah untuk memudahkan urusan umrah dan haji.





Untuk urusan booking tiket atau check in di Lapangan Terbang Kota Bharu, boleh berurusan terus di kaunter Rayani Air. Kaunter ini terletak betul-betul berhadapan dengan kaunter Malaysia Airlines.




Untuk penerbangan pulang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, pb dan Shakiddo diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk duduk di seat Business Class Rayani Air. Dengan tempat duduk yang lebih luas dan selesa, bahagian tempat duduk Business Class lebih privasi.







Apa lagi yang special di ruang Business Class selain seats yang lebih selesa? Semesrtinya service yang diberikan lebih personalise termasuklah semasa menghidangkan makanan. Selesai menjamah juadah yang dihidangkan, kami semua dibekalkan dengan tuala panas. Memang satu pengalaman yang cukup berharga. Untuk keselesaan dan privasi, anda disarankan untuk menempah Business Class di samping dapat check in luggage sehingga 40kg.   


Rasanya, sampai di sini saja perkongsian kisah peribadi tentang pengalaman pertama kali terbang bersama Rayani Air. Untuk semua readers yang teringin untuk mencuba terbang bersama Rayani Air, inilah peluangnya. Sekarang, pihak Rayani Air sedang mengadakan promosi jualan tiket ke Langkawi dan Kota Bharu pada harga yang sangat sangat rendah.  


Mungkin ada yang tertanya-tanya cara untuk tempah tiket Rayani Air. Kat sini, saya selitkan sekali 3 kaedah mudah untuk tempeh tiket Rayani Air ke destinasi pilihan!
  1. Book secara online di www.rayaniair.com
  2. Beli terus di kaunter jualan tiket sama ada di Lapangan Terbang KLIA2, Kota Bharu ataupun di Langawi
  3. Menerusi ajen pelancongan (Travel Agent) yang terpilih

Let's fly!