CUBA NASIB NAK MENANG DI SEREMBAN URBAN TRAIL ECO RACE 2015

/
0 Comments
Baru-baru ni, Majlis Perbandaran Seremban telah menganjurkan Festival Taman Tasik Seremban 2015 bertempat di Taman Tasik Seremban. Sempena dengan penganjuran itu, ada pelbagai acara dipertandingkan dan terbuka kepada orang awam. Paling menarik perhatian adalah Seremban Urban Trail - Eco Race. Nak dijadikan cerita, aku pun turut serta mengambil bahagian hasil pelawaan abang Omar. Jujurnya, memang excited nak join sebab macam dah lama tak join aktiviti-aktiviti macam ni. Walaupun hakikatnya dah lama tak exercise, tapi gigih jugak nak join. Larat ke nak join event explorace macam ni? Join UFirst Adventure Quest pun dah tercungap-cungap, inikan pulak Eco Race. Gulp! Herm, cuba je lah kan sambil-sambil isi masa lapang di hujung minggu.

Seremban Urban Trail - Eco Hunt 2015


Seawal jam 6:30 pagi kami bersiap-siap dan bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban. Alhamdulillah, cuaca dah ok tanpa jerebu, lalu-lintas pun agak lancar tanpa sebarang kesesakan, around 7 pagi kami dah terpacak di Taman Tasik Seremban. Sementara menunggu seorang lagi ahli kumpulan, iaitu abang Shukor, kami berdua dah siap-sedia beratur untuk pendaftaran. Dengan takde persiapan apa-apa, nama kumpulan pun tak tahu, dengan slumber je aku buat muka konfiden beratur sekali untuk pendaftaran. Time duk beratur tu baru aku tanya, "Bro, nama team kita apa?". Dengan slumber abang Omar jawab,"Cuba Nasib Nak Menang". Dalam hati, aku tergelak berdekah-dekah. Unik gila nama team, hahaha. Tapi muka time tu maintain serious plus minus cuak sikit-sikit nak start race.


Allianz Treausure Hunt di Kuala Lumpur


Kalau nak tahu, ini kali ke-dua aku team up dengan abang Omar dan abang Shukor. First time jumpa masa join  treasure hunt anjuran Allianz di Kuala Lumpur. Tapi time tuh, kami pulang dengan tangan kosong. Kira this time, kami reunite semata-mata untuk Seremban Urban Trail - Eco Race. Ceh, acah-acah reunion pulak dah, wakakaka. Ok sekian cerita pasal sejarah kumpulan, haha. Kita sambung cerita Seremban Urban Trail - Eco Race.


 Kumpulan Cuba Nasib Nak Menang


Selesai pendaftaran semua, kami berkumpul untuk sesi taklimat. Team Cuba Nasib Nak Menang ditempatkan dalam kumpulan Hijau dengan kod H66. Untuk race kali ini, setiap perserta (1 kumpulan terdiri daripada 3 orang perserta) dibahagikan kepada 4 kumpulan besar untuk waktu perlepasan yang berbeza iaitu Biru (8:30 pagi), Jingga (8:35 pagi),  Hijau (8:40 pagi) dan Kuning (8:45 pagi).


Bersama Maskot Festival Taman Tasik Seremban


Tempat permulaan dan penamat untuk acara Seremban Urban Trail - Eco Race adalah berdekatan dengan Pentas Terapung Taman Tasik Seremban. Untuk race kali ini, sebanyak 11 checkpoints dengan jarak 6 kilometer meliputi beberapa lokasi menarik di Seremban seperti Istana Hinggap, Bangunan Bekas Perpustakaan Negeri, Galeria Diraja Tuanku Jaafar, Taman Tasik Seremban dan juga Kompleks Al-Saadah wajib dilalui oleh semua peserta.


Seremban Urban Trail - Eco Race 2015


Apa yang menarik, acara kali ini disertai lebih kurang 123 kumpulan untuk merebut hadiah utama bernilai RM2000, hadiah tempat ke-dua RM800, tempat ke-tiga RM500 dan 14 hadiah saguhati bernilai RM150 setiap satu. Fuh, dup dap dup dap jugak nak habiskan larian 6 km dan 11 checkpoints sambil menjawab semua soalan-soalan yang diberi serta menyelesaikan beberapa tugasan di setiap checkpoint. Dalam hati terdetik, "Tak menang grand prize pun tak apa, asal dapat placing. Saguhati pun jadi lah." Tapi, bila tengok soalan dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain agak mudah untuk dijawab, keyakinan dalam diri makin menebal. Makin excited nak habiskan race. Finally, kami tamatkan race dengan catatan masa 1 jam 59 minit. Kalau nak dibandingkan dengan catatan masa team lain, kami agak ketinggalan. Cuma berharap soalan-soalan yang kami jawab sepanjang race tu banyak betul. So that, boleh score banyak markah dan boleh menang.


Bila diumumkan pemenang, dari saguhati ke tempat ke-tiga, then ke tempat ke-dua, nama team kami tak disebut-sebut juga. Alahai, masing-masing dah mengeluh dan redha je time tuh. Walaupun dalam hati masing-masing merasakan debaran semakin kencang bagai genderang mau perang dan masih lagi menaruh harapan menggunung, hahaha. Akhirnya, terdengar juruacara nak umumkan juara Seremban Urban Trail - Eco Race cakap, "Nama kumpulan pun agak unik. Memang sesuai jadi juara. Pemenangnya ialah......... Cuba Nasib Nak Menang". Fuuuuuh, tarik nafas panjang. Alhamdulillah, syukur.  Betullah kata orang, "Kalau dah rezeki, tak kan ke mana"



KEPUTUSAN PENUH SEREMBAN URBAN TRAIL - ECO RACE 2015

1) Tempat Pertama : Kumpulan "CUBA NASIB NAK MENANG" (RM2000)

2) Tempat Kedua : Kumpulan. "3 HUNTER" (RM800)

3) Tempat Ketiga : Kumpulan "COZY PLATE" (RM500)

4) 14 Hadiah Saguhati (RM150 bagi setiap kumpulan)

-HIGHWAY TRACKER
-3 GIRLS
-AIDAN 6
-THE EXPLORERS
-SASUKE
-G6J02
-KHILAFAH TEAM
-ALPHAREANS
-EH LIM GROUP
-FDM
-RUNWAY RUNNERS
-AIDAN 1
-AIDAN 3
-JAB. IMIGRESEN N.SEMBILAN


Juara Seremban Urban Trail - Eco Race 2015


Sebenarnya, aku masih tertanya-tanya, adakah nama kumpulan memainkan peranan? Cuba Nasib Nak Menang, last-last nasib menyebelahi kami bertiga sampai jadi Juara. Sempat lagi +Bro Framestone tulis kat blogretis pasal ni, hahaha. Thanks bro for the write up. Nah, korang boleh baca sini: Nama kumpulan mainkan peranan.



Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada abang Omar dan abang Shukor untuk peluang dan kepercayaan yang diberi untuk menyertai team ni. Bukan calang-calang orang ni. Next time, kalau ada race lagi dan perlukan ahli, jangan lupa roger-roger, hahaha.  Sampai ketemu lagi di lain masa dan ketika, inshaAllah.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...