TIADA NOKTAH UNTUK KEMAAFAN

/
0 Comments
Time duk scroll-scroll timeline di facebook, ternampak satu video yang agak menyentuh hati dan perasaan. Ingat kan video apa, rupanya video iklan Aidilfitri Astro Kosong-kosong yang berjudul "Tiada Noktah Untuk Kemaafan". Mesti korang dah tengok kan?


Bagi korang yang masih belum tengok lagi video iklan raya Astro 2015, jom tengok kat sini. Selamat menonton!




Iklan ini merupakan sebuah kisah  benar. Ia mengisahkan tentang Herman yang hilang suara dan kurang upaya. Herman merupakan seorang bekas penagih dadah yang dulu tersilap langkah, kini inginkan kemaafan dari insan bergelar ayah. Kasih seorang ayah sampai ke syurga! Sesungguhnya, bagi seorang ayah, tiada noktah untuk kemaafan.


Moral of the story, selagi ada keinsafan dan penyesalan. Tiada sebab untuk kita semua tidak memaafkan antara satu sama lain. Kita manusia, sentiasa lupa, sentiasa alpa. Tak terlepas dari melakukan kesilapan. Hidup ini terlalu singkat untuk memusuhi antara satu sama lain. Ingat, tiada noktah untuk kemaafaan. Cuma kematian yang boleh menjadi noktah untuk segala-galanya. Salam sayang :)


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...