MENU SPECIAL DI RAIL CANTEEN, SUNWAY NEXIS

/
4 Comments
Kalau buka topik pasal makan, first sekali orang akan tanya pasal lokasi. Secondly, orang akan tanya pasal menu. Dua persoalan ni memang tak dapat dipisahkan lagi, dah macam "aur dengan tebing". Kalau dah menu yang ditawarkan tu memang hao liao dan kaw-kaw sedap, letak la kat ceruk mana sekali pun atas muka bumi ni, gerenti berduyun-duyun orang akan datang. Yes, orang akan cari tak kira jauh atau dekat kalau makanan tu sedap. It's my opinion as a food hunter!


So guys, to all food hunters out there! Here, I would like to share with you a must visit cafe in Kota Damansara iaitu Rail Canteen yang terletak di Sunway Nexis. Kalau nak tahu, Rail Canteen ni adalah cawangan kepada Kluang Rail Coffee yang famous di Kluang, Johor. Orang-orang Kluang khususnya dan orang-orang Johor amnya, confirm tahu kan pasal kewujudan Kluang Rail Coffee ni? Sekarang, tak payah nak ke Kluang lagi dah, kat KL pun dah ada. Jom, tengok apa yang menarik di Rail Canteen, Sunway Nexis. Cekidout!


Pintu masuk Rail Canteen dari pandangan tingkat atas


Kluang Heritage: Rail Canteen


Kluang Heritage
Rail Canteen
A Local Motion


First time sampai di Rail Canteen, benda pertama aku tengok adalah signage dia. The word Heritage itself menggambarkan sesuatu yang eksklusif! Rail Canteen ni adalah satu warisan yang masih dikekalkan dan dikembangkan untuk tempoh lebih 75 tahun. Dulu, Kluang Rail Coffee hnaya berdiri teguh di Stesen Keretapi Kluang. Kini, melebarkan sayapnya ke ibu kota Kuala Lumpur, lebih tepat di Rail Canteen, Sunway Nexis, Kota Damansara. Bermula dengan hanya sekati gula dan beberapa tin susu pekat, kini Kluang Rail Coffee sudahpun melepasi 3 generasi. Satu pencapaian yang amat bermakna, satu warisan dan legasi yang utuh. Congratulations Kluang Rail Coffee and Rail Canteen!


Konsep open-kitchen

Kepakaran barista di Rail Canteen yang mahir dalam menyediakan kopi dengan aroma yang mengasyikkan, memang betul-betul membangkitkan selera. Kopi panas atauu kopi ais, digandingkan dengan roti bakar. Memang betul-betul umpphh! Bukan tu je, macam-macam menu tradisi yang lain ada ditawarkan terutamanya sambal special yang digilai ramai.


Dekorasi yang simple dan menarik


Ruang makan di tingkat atas untuk tempahan berkumpulan


Apa yang lebih menarik kalau datang makan di Rail Canteen ni adalah pasal ruang tempat makan. Kalau korang datang secara berkumpulan, boleh book awal-awal untuk makan di tingkat atas. At least, kalau datang 15-25 orang, boleh buat private function kat bahagian atas yang nyata lebih kondusif dan selesa.


Kopi Ais dan Ice Dragon Passion

Kopi sememangnya sinonim dengan kopi Kluang. Cara penyediaan kopi secara tradisional, membangkitkan lagi aroma kopi dan menjadikan kopi lebih "kick"! So, kalau korang datang ke Rail Canteen, jangan lupa untuk order dan pekena air Kopi atau Kopi Ais.



Ramadan Set di Rail Canteen, Sunway Nexis

Sempena bulan Ramadan, Rail Canteen menawarkan menu istimewa untuk berbuka puasa. Tak kira nak pergi sorang ke, berdua ke, atau ramai-ramai, boleh buat reservation awal-awal. Yang pastinya, harga memang berbaloi-baloi! Antara menu yang ditawarkan adalah Set Nasi Lemak Goreng bersama Ayam Goreng atau Set Nasi Beriani bersama Ayam Masak Merah cuma pada harga RM19.90

Nasi Lemak Goreng bersama Ayam Goreng
Sirap Limau Ais
Pudding
Kurma


Nasi Beriani bersama Ayam Masak Merah
Sirap Limau Ais
Pudding
Kurma


Nasi Beriani bersama Rendang Kambing
Sirap Limau Ais
Pudding
Kurma


Dalam banyak-banyak menu yang ditawarkan,  aku paling suka Nasi Lemak Goreng. Jujurnya, ni first time aku jumpa Nasi Lemak Goreng.Memang sedap gilos! Ayam goreng dia pun sedap. Rengup! So, aku rekomen kat korang, pergilah try Nasi Lemak Goreng kat Rail Canteen.


Nasi Lemak Goreng bersama Ayam Goreng


Menu Special di Rail Canteen, Sunway Nexis

Untuk hari biasa, Rail Canteen ada menyediakan menu special warisan mereka. Antara menu special yang menjadi kegilaan ramai di Rail Canteen adalah roti bakar, bun sambal special, nasi lemak sambal special, mee hoon siam, mee kari, mee rebus, kopi cendol ais dan 3-layer ais krim. Fuh, memang rambang mata nak pilih kalau datang makan kat sini. Semua sedap! Rasa macam nak try semua.



Roti bakar

Untuk pembuka selera, aku rekomen korang order Roti Bakar. Roti yang garing di luar, kriuk kriuk bunyinya bila digigit tetapi sangat lembut, sangat gebu di dalam. Dihidangkan bersama hirisan butter dan kaya. Adooooi, memang lazat tak terkata. Nampak je simple macam ni, tapi kalau nak buat kat rumah tak jadi sedap macam ni, wakakaka. Pendek kata, kalau order satu memang tak cukup lah. Serious, sedap. Tak tipu!



Bun Sambal Special

Korang pernah beli burger Malaysia kat kantin sekolah dulu-dulu? Haa, lebih kurang sama la. Cuma, bun sambal special kat sini lagi besar, lagi sedap. Sambal dia memang ada kick! Roti lembut, diisi dengan hirisan timun batang, sambal special dan telur rebus. Omnomnom! Torbaik boh!

Nasi Lemak Ayam Berempah


Tak kenyang makan roti bakar atau bun sambal special, korang boleh order Nasi Lemak Ayam Berempah. Apa yang special Nasi Lemak di Rail Canteen? Sah-sah lah sebab sambal dia yang kick! Korang boleh pilih, nak sambal apa. Ada 6 jenis sambal semuanya iaitu sambal bawang, sambal bilis, sambal udang, sambal kerang, sambal sotong atau sambal biasa. Dengar kata, ramai customer yang datang semata-mata sebab sambal dia  yang sedap. Yes, I agreed. Sambal kat sini memang sedap!



Meehoon Siam Ayam Rendang

Selain Nasi Lemak, antara menu yang agak popular di Rail Canteen adalah Meehoon Siam Ayam Rendang. Sama juga dengan nasi lemak, hidangan tak lengkap tanpa sambal special!


Mee kari


Mee Rebus



Kalau tak nak makan hidangan yang heavy, boleh try Mee Kari atau Mee Rebus. Part dessert pulak, memang tak mengecewakan. Rail Canteen menyajikan dessert yang tak ada di tempat lain iaitu Kopi Cendol Ais dan 3-Layer Ais Krim. Aku konpius nak pilih mana satu, sebab nampak macam dua-dua sedap. So, I choosed both! Fair enough right? hahahaha


3-Layer Ice Cream vs Kopi Cendol Ais


Tak kira lah korang suka kopi atau tak, nasihat aku korang perlu cuba 3-Layer Ice Cream di Rail  Canteen. Dibuat daripada kopi tempatan, 3-Layer Ice Cream adalah hasil kombinasi vanila, coklat dan kopi. Untuk rasa yang lebih umppphhh, korang scoop guna sudu dari atas sampai bawah untuk combine ketiga-tiga rasa sekaligus. Fuh, mantop!



Chesse cake


 
Coffee cake

Untuk peminat kek, macam-macam jenis kek pun ada dijual. Pilih je nak yang mana. So, korang tunggu apa lagi? Boleh la ajak member-member pergi try makan di Rail Canteen. Sempena bulan Ramadan ni, especially untuk korang yang kerja area Bandar Sunway tu, bolehlah singgah untuk berbuka puasa ramai-ramai dengan kengkawan nanti.  Selamat mencuba!

Alamat:
Rail Canteen
Unit D-GF-02, Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1A, Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 
012-395 3800

Facebook:

Instagram:

Operating Hours: 
0800 – 2200 daily


Video Menu Special di Rail Canteen, Sunway Nexis

Sebelum korang pergi ke Rail Canteen, apa  kata korang layan dulu video dari Kaio ni. Then, pilih siap-siap menu yang korang berkenan. Sampai sana terus order tak payah nak fikir banyak dah, hehe. Layannn :) Choppp! Korang ce tengok video ni.  Ada sorang mamat tu, sebijik macam muka aku.



You may also like

4 comments:

  1. omgggg melelelelelehhh ayaq liuq!! NI yg malas bc food review siang2 pose ni HAHHAHAH btw oh dtg kota dmnsara x rodger kitewwwww ceh! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau awak duk area situ, haha..
      takpe, dah pi makan kan aritu?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...