TEMPAT MAKAN BEST DI WANGSA WALK : U-CAFE

/
4 Comments
Mesti korang tertanya-tanya kan? "Kat mana tempat makan best di Wangsa Walk?" ataupun "Makan apa yang best di Wangsa Walk?" Kalau nak tahu, salah satu tempat makan paling best yang ada di Wangsa Walk adalah U-Cafe. U-Cafe ni terletak betul-betul tepi pintu masuk utama (sebelah kiri) Wangsa Walk. Kenapa best? Kalau nak tahu sebab-sebab kenapa U-Cafe ni best berbanding tempat-tempat lain, meh meh baca entri perkongsian aku untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk korang yang masih tercari-cari tempat makan yang best di Wangsa Walk especially time weekend ataupun time cuti.


Ni first time aku pergi makan di U-Cafe. Dipendekkan cerita, aku suka makanan kat sini sebab semuanya sedap-sedap. Lagi penting, kena dengan selera aku dan makanan di U-Cafe dihidangkan dalam portion yang agak besar. Actually, aku bukan keseorangan ke sana. Aku gi ramai-ramai dengan rakan bloggers yang lain sempena bloggers gathering sambil-sambil tengok sendiri menu-menu baru yang ditawarkan oleh pihak U-Cafe kepada pelanggan. Memang meriah tak payah cakap la kalau pergi ramai-ramai macam ni. Havoc! Sambil makan, sambil snap gambar, selang-seli dengan gelak-tawa. Kecoh satu U-Cafe. Dengar kata, ramai yang terlantar kekenyangan. Nasib baik takde yang kena hantar ke ICU, hahaha.



Nasi Kukus Ayam Berempah RM3!




Sampai-sampai je di U-Cafe, aku nampak ramai dah duk berkumpul depan U-Cafe. Apa lah yang dorang duk serbu tu. Tengok-tengok, dorang duk serbu my favorite food so called Nasi Kukus Ayam Berempah. Kalau hari kerja, boleh katakan tiap-tiap hari singgah beli Nasi Kukus Ayam Berempah kat tepi-tepi jalan time balik kerja. Bila dah ada depan mata macam ni di U-Cafe, pergghhhhhh. Awal-awal dah telan air liur gulp gulp. Tak sabar nak try.




Guess what? Bukan je nampak sedap Nasi Kukus Ayam Berempah di U-Cafe Wangsa Walk, malah MURAH GILER! Nasi kukus bersama ayam berempah, sambal belacan dan ulam cuma RM3. Ce cakap, kat mana nak dapat Nasi Kukus Ayam Berempah pada harga RM3 sekarang? Memang susah la nak jumpa kecuali di U-Cafe. Jadi, kalau korang pun nak try boleh la pi serbu U-Cafe setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang.




Harga dah murah, mesti korang persoalkan "sedap ke tidak?" Aku tahu sangat la orang Malaysia ni, kalau cakap murah je, mesti terus terfikir kat benak fikiran masing-masing, "Mesti tak sedap ni". Hello, Nasi Kukus Ayam Berempah di U-Cafe ni memang sedap. Sambal belacan dia ada kick! Ayam berempah dia pun ada power.


Buffet Ramadan 2015 : U-Cafe Wangsa Walk



Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, pihak U-Cafe juga ada menyediakan Buffet Ramadan untuk sesiapa saja yang berminat untuk berbuka puasa kat sini. Cumanya, menu-menu buffet Ramadan di U-Cafe takdelah sampai 100-200 menu macam di hotel-hotel tu. Tapi, aku boleh jamin setiap menu yang U-Cafe sediakan akan memenuhi selera korang. Nak tahu apa menu yang U-Cafe sediakan? Cekidout!!!


Kat bawah ni ada beberapa menu yang disediakan untuk buffet iaitu sup daging, chicken boxing dan kerabu taugeh. Bagi aku, ketiga-tiga menu ni memang SUPER SEDAP. Lagi-lagi sup daging tuh. Fuh, aroma dia memang power. Bila dah rasa, sedap sampai licin mangkuk aku hirup. Hao liao!


Sup daging


Chicken boxing




Kerabu taugeh




Inilah menu pembuka selera aku. Nasi kukus, sup daging, kerabu dan chicken boxing. Minuman pulak ada ice lemon atau asam boi. Makan ni pun dah kenyang. Ni belum lagi tiba turn untuk try menu-menu alacarte. Takpe, alang-alang dah sampai U-Cafe, kita try setakat yang mampu ok! Nanti menyesal pulak, wakakaka.



Ni rakan bloggers yang makan semeja.Siapa lagi kalau bukan Khai Artzfar, Dikbee dan Eazy. Ok, done untuk first round. Jom, kita tengok next round pulak.Apa menu-menu alacarte special yang ada di U-Cafe Wangsa Walk? Hah, jom kita rungkai satu per satu. Layan!!!


Menu Alacarte Wajib Cuba di U-Cafe Wangsa Walk


Combo Platter VS Seafood Platter


Dimulakan dengan starter iaitu Combo Platter dan Seafood Platter. Kalau suka makan seafood, disarankan order Seafood Platter yang ada sotong celup tepung, salmon, sotong dan udang celup tepung. Kalau order Combo Platter, ada Popcorn chicken, french fries, spring roll, dan potato wedges.


Which is better: Combo Platter VS Seafood Platter!


Combo Platter

Ok,  selepas dinilai dengan tunas rasa, kunyahan penuh nikmat dan dihadam dengan baik,  I choose Combo Platter. Mungkin citarasa setiap individu berbeza kan? But for me, aku lebih suka Combo Platter yang lebih variati dan popcord chicken yang rangup serta sedap!


Next, jom tengok menu-menu alacarte yang lain yang ditawarkan di U-Cafe. Make sure sebelum pergi U-Cafe Wangsa Walk, buat list awal-awal nak order apa. Nanti, dah sampai sana baru terkial-kial konpius nak pilih menu mana untuk order, nanya! hahaha. Rambang mata woo, semua sedap-sedap. Nah, jemput tengok manu-menu best di U-Cafe Wangsa Walk. Selamat membuat pilihan yang bijak :)


 Fried Asparagus and Prawn


Flying Fish Rich with Soy Sauce


 Bangkok Jazz Crab Mear Fried Rice in Lotus Leaf


 Nasi Lemak Kari Ayam


 Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry


 Cantonese Kuew Teow with Seafood


 Nasi Lemak Ayam Goreng


 Bihun goreng seafood


 Asam Laksa


 Penang Curry Laksa


 Lamb Rack


 Italian Beef Carbonara with Egg Yolk


 Deconstructed Caesar Salad


 Signature Combo Mix Grilled


Amacam, dah tengok menu-menu di U-Cafe Wangsa Walk. Agak-agak, memenuhi citarasa korang tak? Kami sampai sendawa burppppppp, pun still gigih nak try makanan-makanan kat sini. So guys, if you are a foodhunter or kaki makan, I recommend you to pay a visit to U-Cafe Wangsa Walk. Cuba je lah menu yang rasa berkenan kat hati tu. 

 

Inilah antara gelagat rakan-rakan bloggers yang datang bersama memeriahkan bloggers gathering di U-Cafe Wangsa Walk. Tengok tu, Yaya Natsumi, Fatin Bella dan brader Naim termenung nampak. Dah kenyang ke tu? hehehe.



 Ni lah gaya dia bila dan perut dah seeh kekenyangan. Kita wefie dulu seround. Senyum lebar sampai ke telinga, hehe. Apapun, terima kasih kepada bro Jamar sebab memperkanalkan satu port yang best untuk lepak-lepak dan makan-makan. For sure, I'll come again. Nice place with delicious food.



Semoga bloggers gathering macam ni akan diteruskan lagi untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Bila ada gathering macam ni, orang yang dah lama tak jumpa macam Kak Ayu pun dapat jumpa. Dah bertahun rasanya tak jumpa Kak Ayu. Finally, jumpa juga di U-Cafe Wangsa Walk. Antara part yang aku paling suka dalam blogging adalah bila kita bertegur-sapa dengan strangers. And finally, he/she become our friends until now. Kepada semua bloggers lain yang jumpa di U-Cafe tu, kalau tak sempat nak bertegur-sapa atau chit-chat, sorry ya. I iz pemalu dengan orangy yang baru kenal, kah3. Btw, Salam kenal buat semua. Next time kita jumpa lagi. Peace yooo!


So, untuk sesiapa yang rasa nak pergi terjah U-Cafe Wangsa Walk, ataupun nak reserve untuk buffet Ramadan, boleh refer info di bawah. Oh lupa, lagi satu pihak U-Cafe juga ada menyediakan pakej catering. Kalau berminat, boleh check with them and call them to make reservation.


U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1,
Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Untuk sebarang pertanyaan atau reservation, boleh hubungi
Rachel
+6019-3133668

Facebook


You may also like

4 comments:

  1. Kreatifnya buah tembikai diukir macam tu...nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik kan? klu ambik caterer dengan u-cafe, memang dengan ukiran buah sekali dia boleh buat

      Delete
  2. Halal ke tmpat ni..owner sape?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...