BERPERANG DI LASER WARZONE WANGSA WALK

Bloggers berperang di Laser Warzone Wangsa Walk | Selain menghadiri event-event launching, food review dan lain-lain, bloggers juga aktif dalam mengadakan gathering dan aktiviti bersama. Bloggers Day Out antara satu aktiviti yang dapat merapatkan ukhwah antara kami sesama bloggers. Tak ada lah orang kata, duk asyik pung pang pung pang di media sosial saja. Kadang-kadang, kita perlu luangkan masa untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain especially bila ada event macam lasertag di Laser Warzone ni. Sambil enjoy berperang main lasertag, sambil huha-huha, kita bersosial di alam nyata dan luaskan network.



Dah lama sebenarnya tak main lasertag. Awal-awal aktif blogging dan join event, antara event yang terawal join dulu adalah lasertag bersama blogger tersohor, Red Mummy. Masa event tu lah kenal blogger-blogger hebat lain macam Nadia, JMR, Cik Lily Putih, Shakiddo, Hazman, Cik Epal, Nourey, Ida dan ramai lagi. Time tu first time main lasertag di Laser Warzone eCurve. Menang nombor 2 time tuh. Dapat balik bawa medal wooo. Best!


Baru-baru ni, Nadia Farahida aka Yaya sekali lagi ajak main lasertag. Cuma kali ni di lokasi berbeza iaitu Laser Warzone Wangsa Walk. Excited habis. Maklumlah, dah lama tak main lasertag. Tanpa fikir panjang, terus RSVP nak join.



Kali ni lagi best, lagi meriah, lagi havoc, sebabnya lagi ramai yang join. Macam biasa, sebelum game bermula kena dengar briefing dulu. Maklumlah, lama tak main lasertag. Dah lupa dah rule dia macam mana. So, refresh balik teknik yang betul. Dah semangat ni nak main. Semua fokus duk dengar briefing. Ada juga yang cuak first time nak main lasertg ni. Don't worry ok! It's safe for everybody except orang yang mengandung :-)


Untuk event kali ni, lebih kurang 36 orang yang join untuk sama-sama memeriahkan sesi pertempuran hebat antara bloggers. Kasik gegar satu Laser Warzone di Wangsa Walk. Kitorang dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu 6 orang setiap team. Dan aku dalam Team 1.



Untuk round pertama, main free flow je. Masuk je ramai-ramai dalam tu, hah tembak la sape-sape pun. Objektif dia, kumpul point paling banyak secara individu sebagai warming up sebelum real match bermula. Member ke, musuh ke, semua kita tembak. Fuh, becak juga ketiak lepas berlari-lari dan bertarung selama 7 minit.


Next round, baru battle bermula. Team 1 bertemu Team 2. Dah biasa main pun, tapi still nervous, haha. Tapi, layankan aja. Bukan selalu dapat main lasertag ni kan? Seriously, antara game indoor yang best setakat ni adalah lasertag. Dia tak sakit macam main paintball, tak penat macam main battlefield. Lasertag ni lebih santai dan relax.



Kalau korang nak try main lasertag, especially untuk korang yang tak pernah try lagi main benda alah ni, you should try. Cari gang dalam 4-5 orang, serbu laser warzone berdekatan. Tak kira di Wangsa Walk ataupun di eCurve. Nak pakej sekali dengan makan pun ada, nak pakej unlimited game untuk main sampai pengsan pun ada. Pilih je mana yang berkenan.



Hah, lagi satu. Kalau rasa nak buat family day ke, team building ke, boleh datang ke Laser Warzone dengan pakej istimewa yang ditawarkan. Gerenti meriah! Ye lah, biasa buat gathering main bowling je, apa kata kali ni tukar angin sikit pakat layan lasertag.


Tahniah kepada team yang berjaya menang medal iaitu Juara dan Naib Juara. Power betul team Jmr, Ujang dan Boni Kacak. Masing-masing berjaya bawa balik medal. Aku bawa balik kenangan je, wakakaka. Walaupun tak sempat main sampai habis game sebab ada photoshoot petang tu, tapi tetap rasa puas hati. At least, dapat lepas gian nak main lasertag. Dua-dua match dapat Most Accurate shooter. Clap clap. Bangga siot walaupun Team 1 kalah, haha.


Btw, tetima kasih banyak-banyak kepada Yaya sebab sudi invite dan organize event lasertag bersama bloggers yang awesome ni. Memang happening! Maaf banyak-banyak ye Yaya sebab tak dapat stay sampai habis game. Jangan serik pulak nak ajak untuk next event. Mana tahu nak ajak main lasertag lagi ke kan? Hehehe.


Jadi, untuk korang yang dah excited nak try main lasertag, apa kata cuba main di Laser Warzone berdekatan. Main sekali, for sure rasa nak main lagi. Nak tahu lokasi kat mana dan bayaran macam mana? Boleh check details kat bawah.


Lokasi Laser Warzone
1) Level 2, eCurve, Damansara
2) Level 3, Wangsa Walk, Wangsa Maju
3) Level 4, Gurmey Plaza, Penang


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website:
Facebook: 

Post a Comment

2 Comments

  1. ini kalau tembak orang yang paling tak disukai pun best jugak... at least takde la jdi pembunuh.. hehe

    ReplyDelete
  2. laa ade ke kat wangsa walk.. Dekat je. Tapi tak penah perasan pulak..huhu

    ReplyDelete