SOKONGAN TERHADAP PALESTIN: BERMUSIM ATAU BERTERUSAN?

/
2 Comments
Sokongan terhadap Palestin: Bermusim atau berterusan? Tiba-tiba soalan ini muncul di benak fikiran aku. Ye lah, masa Palestin kena bom, kita bangkit berhimpun di Dataran Merdeka dan lantang bersuara tanda protes. Kita boikot produk McD, Starbuck dan Nestle. Tapi bila lama-lama, kita senyap. Syiok woo dapat makan McD, minum Starbuck. Bila kena bom balik, kita bangkit balik. Ulang balik benda yang sama. Boikot! Dah aman sikit, kita buat-buat tidur macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dah macam bermusim. Itu aku lah, orang lain tak tahu macam mana. Mungkin ada cara lain untuk terus bagi sokongan terhadap Palestin bukan secara bermusim, tetapi secara berterusan? Ya, aku dah temui jawapannya.


Saban tahun, kita dikejutkan dengan berita-berita sedih dan menyayat hati apabila saudara-saudara kita di Palestin mati dibom, ditembak,dan dibedil sesuka hati oleh rejim Zionis laknatullah. Hancur berkecai! Tidak kira usia dan jantina, budak kecik, wanita, orang tua, semua yang tidak berdosa dibunuh tanpa sebarang belas ihsan. Apa yang mampu kita buat di Malaysia? Berdoa di tikar sejadah? Menjadi keyboard worrior di laman media sosial, mencerca dan mencaci rejim zionis? Atau apa? Tepuk dada, tanyalah selera. Kat sini, aku nak kongsikan 4 cara mudah untuk membantu mereka di Palestin. Usaha ini bukan bermusim, ianya adalah usaha murni yang berterusan daripada pihak Aman Palestin.


1. Sumbangan bulanan secara tetap - autodebit

Lengkapkan borang dari pihak Aman Palestin untuk permohonan auto-debit bagi sumbangan bulanan secara tetap. Minima RM10 sebulan.


2. Sumbangan melalui SMS

Derma melalui SMS dengan menaip Palestin <jarak> nilai RM10/5/3/1 dan hantar ke 39111


3. Projek Pembiayaan Kemanusiaan Palestin
  • Muat turun borang dari laman web Aman Palestin: www.amanpalestin.net
  • Pilih tempoh komitmen kafalah: 1 tahun (12 bulan), 2 tahun (24 bulan), lain-lain
  • Nyatakan pilihan kafalah:
  1. Anak yatim RM150 sebulan
  2. Keluarga miskin RM100 sebulan
  3. Derma siswa RM50 sebulan

4. Tabung Pembangunan & Pemulihan Gaza
  • Lengkapkan borang penyertaan
  • Bank-in transfer sumbangan ke akaun Aman Palestin
  • Hantarkan bukti transaksi ke pejabat Aman Palestin atau melalui whatsapp, email atau faks
  • Terima sijil wakaf tunai khas daripada pihak Aman Palestin
  • Sumbangan boleh dilakukan sebanyak RM50 atau RM100

Alhamdulillah, selepas hadir ke Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ashaari yang diadakan pada 12 April 2015 bertempat di Hotel Bangi Putrajaya, aku kembali jadi celik mata dan celik hati untuk muhasabah diri. Manusia, kadang-kadang kita terleka. Fikirkan keseronokan sepanjang masa, sehingga lupa tanggungjawab terhadap ummah. At least, lepas pergi majlis bersama Aman Palestin, sedikit-sebanyak aku dapat gambaran sebenar apa yang berlaku kat sana melalui perkongsian kisah sebenar mereka yang telah pergi ke Palestin menghulurkan bantuan kemanusiaan.


Selain daripada perkongsian pengalaman, majlis menandatangani MOU antara Aman Palestin dan Hospital Az Zahrah serta sesi menandatangani kontrak Duta Aman Palestin iaitu Heliza Helmi dan Maulana, membuktikan komitmen berterusan Aman Palestin dalam misi menghulurkan bantuan dan membebaskan Palestin. Antara penaja-penaja lain yang turut komited berkolaborasi dengan Aman Palestin adalah UniKL, Bank Rakyat, PTS Publishing, dan Cosmoderm. Paling bangga, bila Kelab Blogger Ben Ashaari dibawah pimpinan abang Ben Ashaari dipilih sebagai blogger rasmi untuk Aman Palestin.


Maulana dan Heliza Helmi dilantik sebagai Duta Aman Palestin


MOU antara Aman Palestin dan Hospital Az Zahra



Ustaz Awang Suffian Awang Piut, Ketua Eksekutif Aman Palestin BHD
Bersama Rakan Korporat dan Duta Aman Palestin



Kelab Blogger Ben Ashaari dan Projek Travel


Oh lupa, lagi satu nak cerita pasal Majlis Pelancaran buku Diari Seorang Mujahidah hasil karya Heliza Helmi bersama Roziyah Mahamad. Dalam buku ini, tercatat setiap pengalaman dan kenangan mereka semasa menjadi sukarelawan di Syria. Kalau berminat nak beli, boleh rujuk instagram Heliza Helmi di @NurHelizaHelmi


Diari Seorang Mujahidah
 

Apapun, semoga sokongan kita terhadap Palestin tak akan pernah berhenti. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Setidak-tidaknya, kita mulakan dengan langkah kecil. Contohnya, menabung setiap hari untuk membuat sumbangan kepada Aman Palestin. Semoga usaha kita semua diberkati Allah, inshaAllah.

Untukmu Palestin


Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Kelab Blogger Ben Ashaari atas pengiktirafan ini. Semoga kita semua terus berusaha untuk sama-sama membantu Aman Palestin. Kami di Projek Travel menyokong penuh usaha Aman Palestin dan Kelab Blogger.


Notakaki: Pssst, nak bagitau, actually ni second time jumpa Abang Ben face to face. First time jumpa time event #AABCHangout di Escape, Times Square. Walaupun dah lama kenal di blog, sejak zaman universiti dulu-dulu lagi, tapi sekarang baru jumpa. Tiba-tiba rasa kecik bila duk sebelah dia, hahaha. The Rock Malaysia. Semoga berjumpa lagi



You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...