#AABCHANGOUT

/
5 Comments
Buat pertama kalinya, pihak AirAsia mengadakan perjumpaan besar-besaran bersama bloggers seluruh Malaysia yang diberi nama #AABCHangout. AABC merujuk kepada AirAsia Bloggers Community yang disertai oleh pelbagai lapisan bloggers di Malaysia. Untuk sesi hangout pertama ini, AirAsia memilih Escape Room, Berjaya Times Square sebagai lokasi pertemuan untuk mecabar bloggers #UnlockTheFunAABC. Kalau tak tahu apa itu Escape Room, boleh klik sini. Jom tengok keseronokan sepanjang event #AABCHangout #UnlockTheFunAABC.


Ketibaan Bloggers dan Sesi pendaftaran

Ramai juga bloggers yang datang untuk event kali ni, kira-kira dalam 80 orang. Ada yang terbang jauh dari Sabah dan Sarawak Semua tiket flight pergi dan balik ditanggung beres oleh pihak AirAsia. Nice kan? Hah, sebab tu kami happy and proud to be AABC. Selain dapat pergi trip ke luar negara seperti mana yang aku share di entri ni, AABC juga berpeluang untuk join event AirAsia dan sekaligus menjadi antara orang yang terawal untuk tahu tentang promosi dan perkembangan terkini AirAsia. So, kengkawan yang belum join, jom join!


Team 11: Mahamahu - Mira Cikcit - penaberkala

Untuk event kali ini, kami dibahagikan kepada 18 team dan setiap team terdiri daripada 3/4 orang. Paling tak sangka, teammates semua memang bloggers yang dah lama kenal sejak dari zaman mula-mula nak up dulu lagi iaitu Food Blogger Malaysia iaitu Mahamahu dan Beuty Blogger Malaysia, Mira Cikcit.


Game stations: Tarik tali, draw & guess dan cari kunci

Antara games yang perlu kami selesaikan adalah tarik tali untuk tekan loceng, tutup mata untuk cari kunci dan game yang terakhir draw and guess. Selepas selesai ketiga-tiga tugasan ni, baru kami bergerak ke Escape Room untuk merungkai misteri Safari Jungle dan cuba untuk meloloskan diri dalam masa 45minit.


3 team terbaik berentap merebut kejuaraan #AABCHangout

After lunch, tibalah masanya untuk mengumumkan keputusan untuk cabaran #AABCHangout edisi #UnlockTheFunAABC. Rupa-rupanya, tiga team berkongsi points yang sama. Jadi, team manakah yang bakal menjadi champion?


Team pertama yang berjaya menyelesaikan puzzle dinobatkan sebagai JUARA!

Untuk lebih adil dan saksama, ketiga-tiga teams diberi satu puzzle terakhir untuk diselesaikan. Team yang paling cepat bagi jawapan yang betul, maka merekalah yang akan dinobatkan sebagai champion. Cuba teka team mana yang akan menang?


The Champion! Miera Nadhirah - Izzati - Dauz

Akhirnya, inilah pemenang yang ditunggu-tunggu. Tahniah diucapkan kepada Miera, Izzati dan Dauz kerana berjaya menjadi juara dan sekaligus membawa pulang hadiah berupa tiket penerbangan ke Cebu, Filipina. Fuuuyoooh! Pangako sayo la eh korang kat sana? hehe


The winners of the day!

Bukan itu je, lucky draw winners pun ada yang menang tiket penerbangan. Antaranya Lan Careno yang memenangi tiker penerbangan ke Cebu, Filipina dan seorang lagi blogger bertuah memenangi tiket ke India. Selain itu, blogger yang paling kreatif menghasilkan tag nama iaitu Joan telah berjaya memenangi tiket ke Hong Kong. Aku menang apa? Menaggung kekalahan, hehe. Tapi takpe, tak pulang dengan tangan kosong sebabnya ada menang lucky draw iaitu payung daripada Escape Room Malaysia, yeay! Thank you.

 
Pelancaran kempen AirAsia MAKNA - A Meaning of Life Campaign

Selesai upacara pembahagian hadiah, pihak AirAsia berkongsi tentang kempen yang sedang dilaksanakan oleh pihak AirAsia iaitu Kempen AirAsia MAKNA - A Meaning of Life. Kempen ini akan mengumpul dana untuk disalurkan kepada MAKNA (National Cancer Council of Malaysia) menerusi penjualan tshirt special limited edition yang akan dijual mulai April - June 2015 di Lembah Klang dan lokasi-lokasi terpilih. Jom, ramai-ramai pakat support!


Team Projek Travel bersama Ashman dan Ka Mei

Apapun, terima kasih kepada pihak AirAsia kerana sudi menjemput kami ke event #AABCHangout yang havoc ini. Semoga, di masa-masa akan datang, lebih banyak lagi event menarik dan happening yang bakal dibawakan oleh pihak AirAsia kepada AABC.


AirAsia Team!

Selain dapat bertemu dan beramah-mesra dengan pihak Air Asia, event #AABCHangout ini memberi peluang untuk kami para bloggers bertemu antara satu sama lain. Ada yang dah lama tak jumpa, ada yang baru jumpa, ada yang sentiasa jumpa. All in one place!


Reunion and throwback session!

Lagi best bila dapat buat sesi throwback bersama kengkawan blogger iaitu Amir Nawawi, Mira Cikcit dan Mek Onie. Dulu jumpa di event Astro Merdeka, sekarang jumpa di event #AABCHangout. Nah, tengoklah kami menggila wefie untuk tiru gaya tahun 2013, haha. Cepat betul masa berlalu, dah 2 tahun rupanya. Uikks, pasal ni pun masuk BlogRetis? haha. Thank you Bro Framestone for the write up.


You may also like

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...