ULTRAMAN BERAKSI DI RESORTS WORLD GENTING

Siapa tak kenal Ultramans kan? Dari dulu sampai sekarang, Ultramans adalah salah satu rancangan tv paling popular dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kadang-kadang, orang dewasa pun ramai jugak yang layan Ultramans ni, keh3. Apa yang istimewa pasal Ultramans pun tak tahu kan? Sampaikan masa zaman-zaman 90-an dulu, baju tshirt yang dibeli pun banyak gambar Ultramans. Uishhh, dahsyat betul penangan Ultramans ni. Kalau dulu, kita layan Ultramans, sekarang anak-anak buah pulak duk asyik layan. Kalau nak tengok tv, berebut remote la jawabnya, haha. Pendek kata, tengok Ultramans ni dah macam tradisi zaman berzaman.


Kebetulan, sekarang Ultramans Live In Genting 2015 sedang berlangsung di Genting International Showroom. Jadi, tak nak lepaskan peluang, gigihkan diri jugak pergi ke Genting semata-mata nak tengok aksi Ultramans lawan raksasa depan mata secara live. Ye lah, tengok dalam tv macam biasa sangat dah kan? So, nak lah jugak rasa kelainan dan tengok live. Thank you Resorts World Genting for the invitation!

 


Kalau cerita bab Ultramans ni, memang terkenal sebagai Superheroes Jepun paling popular, Sekarang, Ultraman datang ke Malaysia semata-mata nak bertemu peminat Malaysia di Resorts World Genting. Kat sini, korang boleh tengok aksi-aksi Ultraman secara langsung yang khas diterbangkan dari Jepun.


Pementasan bermula 19 Februari 2015 dan akan berakhir pada 29 Mac 2015. Apa yang istimewa? Ultraman Live In Genting 2015 ini merupakan show yang terbesar yang pernah diadakan di luar Jepun. Jadi, peminat-peminat Ultraman sekalian, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya secara langsung di Genting.



Seriously, show ni tak boring. Macam tengok movie + tengok teater. Penggunaan visual yang menarik dan kemunculan watak-watak real depan mata. Bukan aksi Ultramans dan raksasa semata-mata, tapi juga diselitkan dengan unsur-unsur humor dan interaksi dengan penonton. 




Producer untuk pementasan ini adalah Tsuburaya Productions. Paling best, plot penceritaan yang dibuat khas direka untuk penonton di Malaysia. Bila tengok show ni nanti, korang akan tengok nama-nama tempat di Malaysia di petik seperti "alien menyerang Kuala Lumpur", "raksasa menyerang Genting Highland" dan juga :puzzle bulan dijumpai di Johor Bahru". Selain tu, korang akan terpegun tengok stagecraft yang high-tech dan aksi-aksi lasak pertarungan ultraman dan raksasa secara live dengan efek pencahayaan dan audio yang mantap.



Ini antara part yang melibatkan penonton. Nak tahu sebab apa dorang kena naik stage? Hah, itu korang kena pergi tengok sendiri la show di Genting International Showroom. Kalau bagitahu kat sini, tak suprise la pulak kan? hehe




Persembahan selama 1 jam ini akan menampilkan Ultraman Zero, Ultraman Ginga, Ultraman Tiga dan 5 lagi ultramans lain seperti Ultraman, Seven, Taro, Cosmos, dan Mebius. Tidak ketinggalan kemunculan istimewa 2 lagi watak iaitu Kaiju Alien Baltan dan Ultraman Belial. Kalau tunjuk gambar tu, korang boleh sebut tak nama ultramans satu per satu? Kalau ingat semua, gua respek sama lu!




Selain daripada show hebat Ultramans, pengunjung yang datang juga boleh bergambar dengan Ultramans untuk dicetak dan disimpan sebagai kenang-kenangan. Harga untuk satu gambar adalah RM35. Hah, bila lagi nak bersalam-salaman dengan Ultramans? Ini lah masanya.


Ultraman Live In Genting 2015

 Tarikh tayangan 
19 Februari 2015 - 29 Mac 2014

Masa tayangan
4pm dan 8pm setiap hari

Tempat
Genting International Showroom

Harga tiket
VIP RM88
PS1 RM68


Tawaran Hebat!!!
  • Beli tiket selagi masih ada stock dan dapatkan Jam tangan Ultraman Projector Limited Edition secara PERCUMA
  • Pemegang tiket Ultraman akan menerima tawaran eksklusif iaitu diskaun 30% untuk Ultraman merchandise limited edition dan diskaun 20% untuk pakej makan di Resort Seafood, Hou Mei Resort Hotel atauapun Coffee Terrace
  • Set tumbler istimewa dengan corak mata Ultraman yang akan bernyala bila diisi dengan air sejuk yang cuma berharga RM26 dan termasuk ice cream Ultraman, pop corn dan free refill drinks sepanjang show berlangsung







Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi di talian 03-2718 1118


TIPS: Alang-alang gi tengok Ultramans di Genting, apa kata snap gambar diri sendiri ala-ala OOTD berlatar belakang Resorts World Genting. Jangan lupa share di Instagram dan guna hashtag #OOTDRWG #Genting dan 8 orang bertuah setiap minggu akan memenangi voucher RM400. Alhamdulillah, saya sudah dapat, anda bila lagi? Jom cuba, good luck! Contest akan berakhir pada 12 April 2015.

Post a Comment

1 Comments