Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi? Mesti ramai yang tercari-cari macam mana nak buat Jeruk Mangga Asam Boi. Kalau perasan, trend makanan di Malaysia sekarang dah macam musim buah. Kalau dulu, musim durian, musim rambutan, musim duku, musim langsat dan sebagainya, sekarang takde dah. Sekarang dia ada musim durian creepe, musim cheese cake, musim red velvet dan yang terkini tengah menggila adalah musim Jeruk Mangga Asam Boi. Korang dah try ke belum?


Kalau korang belum try, sila lah try walaupun sekali, haha. Tak nak beli RM10 sebalang yang dijual di laman-laman Instagram ataupun facebook, apa kata kita buat sendiri. Resepi Jeruk Mangga Asam Boi takde lah susah sangat nak buat. Cuma perlu sediakan bahan-bahan utama, potong dan campur sekata, settle! 15 minit gerenti siap.


Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Berikut merupakan bahan utama untuk menyediakan Jeruk Mangga Asam Boi:
  1. Mangga
  2. Asam Boi
  3. Lada
  4. Gula 
  5. Garam 



TIPS
  1. Beli mangga muda atau mangga lemak yang belum masak ranum untuk jeruk mangga yang lebih rangup dan sedap
  2. Masukkan asam boi seberapa banyak yang korang suka
  3. Tabur gula dan garam halus secukup rasa. Gula masuk lebih sikit takpe sebab nak seimbangkan rasa pedas dan masam tu nanti.
  4. Potong lada secukup rasa agar tidak terlalu pedas. Kang ada jugak yang kena buasir!
  5. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dimakan dengan penuh gumbira.


Amacam? Tak susah kan nak buat Jeruk Mangga Asam Boi? Lepas post gambar di facebook tempoh hari, sepupu-sepapat pakat duk buat. Kak Ini, Kak CT, dan kak ambo sendiri pun duk pulun buat, hahaha. Bahana apakah ini? Semua pakat terliur. Actually, aku pun buat sebab terliur bila tengok semua orang pakat duk upload gambar di instagram, wakakaka. Tapi, seriously sedap. Selamat mencuba!


Apa aku nak kata kat sini, siapa yang cipta Resepi Jeruk Mangga Asam Boi ni memang brilliant. Apa kata kita bagi Noble Award kat beliau sebab dah mencipta makanan yan digilai ramai, haha. Takpun, masukkan dalam Malaysia Book Of Record dengan title, "Makanan Paling Berpengaruh". Sempoi!


Untuk resepi-resepi lain dari Dapur Penaberkala Berasap, boleh klik DapurPB untuk inta-intai dan hidu bau. Next time,  kita try menu lain pulak ok.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah kepada saudara Pena kerana atas domain baru dan juga interface baru yg lebih ceria ringkas dan menarik suka sgt.... Selamat maju jaya dalam dunia blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih madi :)
      insyaAllah, cuba buat yang terbaik untuk blog ni..
      at least ada improvement sedikit-sebanyak,hehe

      Delete
  2. Replies
    1. buat sendiri lagi puas hati, nak banyak mana pun boleh.hehe

      Delete
  3. Ohoooiiii.... mana nak cari asam boi kat Sydney ni. Sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tu kena try kelik makan di Malaysia la gamaknya

      Delete