MATIC FEST 2014

/
2 Comments
MATIC FEST 2014 kini kembali! Kalau sesiapa yang pernah pergi MATIC FEST pada tahun-tahun sebelum ni, mesti tahu apa yang best kat sana. Untuk sape-sape yang belum pernah pergi, tak tahu apa pun MATIC FEST tu, apa kata tahun ni kita pakat pi serang ramai-ramai MATIC FEST 2014.


Malaysia Tourism Centre (MaTiC)


MATIC FEST 2014 kat mana? Kalau nak tahu, seperti tahun-tahun sebelumnya, MATIC FEST 2014 akan diadakan di Lanai, MaTiC. Lebih tepat, di Malaysia Tourism Centre ataupun Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang. Landmarknya mudah je, sebelah Saloma Bistro. Kalau tak tahu jugak, korang google je lah eh. Tak pun, guna je waze,hehe.


Pusat Pelancongan Malaysia | Malaysian Tourism Centre (MaTiC)


Bagi korang yang malas nak drive ke KL, malas nak bersesak-sesak, boleh juga guna public transport. Stesen LRT paling dekat dengan MaTiC adalah Stesen LRT KLCC. Jadi, kalau korang nak ke Saloma Bistro ke, MaTiC ke, stesen yang paling dekat adalah stesen LRT KLCC. Menapak sikit je, terus sampai. Kalau malas nak menapak ke sana, jangan risau free shuttle pun ada.


MaTiC FEST 2014


Apa aktiviti yang best di MATIC FEST 2014? Macam-macam aktiviti ada. X Games, Persembahan Artis Tempatan, Extreme Treasure Hunt, Tamiya Mini 4WD, Kejohanan Paintball dan banyak lagi. Pilih je aktiviti mana yang korang nak join, boleh daftar cepat-cepat sebelum tarikh tutup penyertaan. Ingat, MATIC FEST 2014 ni terbuka kepada orang ramai dan semua dijemput hadir.


Save the date!
MATIC FEST 2014
31 Oktober 2014 - 2 November 2014
Lanai @ MATIC
Malaysia Tourism Centre
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur.




Pssst, kitorang plan nak join tresure hunt. Ada sape-sape lagi mau join? Jom kita buat team dan sama-sama memeriahkan MATIC FEST 2014. Kalah menang tu lain cerita, yang penting kita have fun!


You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...