BEHIND THE SCENES TOUR | RESORTS WORLD GENTING

/
2 Comments
Behind The Scenes Tour di Resorts World Genting adalah antara tarikan terbaru di Genting Highlands. Seperti yang kita tahu, Resorts World Genting kini dalam proses transformasi ke arah taman tema bertaraf antarabangsa. Dengar cerita, theme park baru di Genting dijangka siap pada tahun 2015. Apapun, sama-sama kita tunggu apa tarikan terbaru dan terkini di Resorts World Genting nanti.

Berbalik kepada cerita Behind The Scenes Tour di Resorts World Genting, baru-baru ini kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dan aktiviti menarik yang ada di Genting. Selain Ice Age Adventure, Behind The Scenses adalah antara pekara yang boleh kita terokai untuk tahu sedikit-sebanyak sejarah kewujudan Genting Highlands khususnya dan pelan jangka panjang Genting Highlands ke arah taman tema betaraf antarabangsa di dunia amnya.


Jom kita tengok tentatif program Behind The Scenes Tour di Resorts World Genting dengan tagline "Let Your Adventure Begins!". Nak lagi best, boleh tengok video yang sempat pihak Resort World Genting record sepanjang kami berada kat sana.

230pm : Visitor's Galleria
300pm : Genting International Showroom

330pm : First World Hotel Laundry

400pm : See, Do & Eat Interactive Workshop

500pm : End of Program


BEHIND THE SCENES TOUR | RESORTS WORLD GENTING
Let Your Adventure Begins!




Visitor's Galleria


Visitor's Galleria adalah tempat terbaik untuk tahu lebih details mengenai sejarah Genting Highlands. Siapa tak kenal dengan YBhh Tan Sri Dato Seri Dr Lim Goh Tong iaitu founder kepada Genting Highlands. Kat sini, kita dapat tahu lebih lanjut macam mana tanah tinggi Genting ini dibuka dan seterusnya dijadikan pusat pelancongan di Malaysia. Selain itu, ada video tentang Genting dari dulu sampailah sekarang. Akan datang? Hah, itu yang kita semua nanti-nantikan.


Genting International Showroom

Kebanyakan show macam magic, music dan performance akan diadakan di Genting International Showroom. PB pernah tengok show Frozen 2 di sini, dapat pulak seat VVIP, memang syok! Semasa Behind The Scenes Tour hari tu, kami diberi penerangan mengenai sistem pencahayaan dan sistem bunyi di Genting International Showroom. Siap ada demonstrasi macam mana nak tukar lighting dari bentuk petak-petak kepada bentuk bulat-bulat dan sebagainya. Rupanya, dia guna logam nipis yang ada macam-macam pattern. Oh, baru tahu, keh3.




First World Hotel Laundry

Ini pulak part yang paling tak disangka-sangka bila kami dibawa masuk ke First World Hotel Laundry. Yes, tempat dobi. Macam mana cadar, sarung bantal dan selimut yang lepas korang guna dibersihkan. Fuh, besar amat dobi kat sini. Namapun nak catter untuk First World Hotel. Kagum tengok, dah macam plant tengok tempat dobi ni. Ada reactor bagai. Biasa tengok chemical plant je, sekarang dah tengok rupa laundry plant macam mana. Ohsem!

Antara machine dan kelengkapan yang ada 


Sesi briefing tentang operasi laundry


See, Do & Eat Interactive Workshop

Aktiviti paling best untuk Behind The Scene Tour dah tentu See, Do & Eat Interactive Workshop. Kat sini, kami semua berpeluang untuk belajar dan buat sendiri sushi dan cupcake. Ini first time belajar buat benda alah ni. Interesting!


Bahan-bahan  yang diperlukan untuk cupcake decoration


Acah-acah ada bakat buat cupcake, lol


Sesi belajar buat sushi


Dah siap buat, jom kita makan!


Hah, macam tu lah aktiviti-aktiviti yang telah kami buat sepanjang Behind The Scene Tours di Resort World Genting. Kalau korang pun berminat untuk turut serta, especially parents yang nak bawa anak-anak time hujung minggu atau cuti sekolah, bolehlah bertandang ke Genting Highland. Details untuk aktiviti ini adalah seperti yang dilampirkan. Cekidout!!!


Price: 
RM20/person
Time: 
215pm - 500pm
Meeting place: 
First World Theme Park Wristband Tagging  Counter or Vision City Video Games Park, Genting Grand


Nak tahu maklumat lanjut, boleh layari website:


You may also like

2 comments:

  1. Replies
    1. teruja jugak bila first time tengok laundry besar macam ni..
      dah macam plant dah rupenye

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...