ICE AGE ADVENTURE DI RESORTS WORLD GENTING

/
7 Comments
Ice Age Adventure di Resort World Genting sudahpun membuka tirai sejak 1 September 2014 dan akan berakhir pada 26 Oktober 2014. Ice Age Adventure menyajikan keseronokan dan hiburan kepada seisi keluarga terutamanya golongan kanak-kanak. Bertempat di Genting International Convention Centre Meeting Rooms 7-12, pihak Resort World Genting membawa kami semua para bloggers untuk tengok sendiri kemeriahan dan keseronokan di Ice Age Adventure. Jom, ikuti pengembaraan kami di sana!


ICE AGE ADVENTURE
Fun and Games for the whole family!

1 September 2014 - 26 Oktober 2014

10am - 10pm

RM20/person

Genting International Convention Centre
Meeting Room 7-12


 


ICE AGE ADVENTURE 
Bloggers Edition

Satu keseronokan bila mana bloggers berkumpul dan pergi trip ramai-ramai. Memang enjoy! Yang ada anak bawak anak-anak, yang bujang trang tang tang bawak member-member. Terima kasih kepada Amir Nawawi kerana jemput PB untuk join sekaki trip yang best ni ke Ice Age Adventure. Sebenarnya, dah lama tak gi Genting semenjak construction dijalankan. Akhirnya, sampai juga ke sini buat kesekian kalinya. Sebenarnya, banyak dah cerita pasal Genting di blog, kalau nak baca cerita-cerita lama pasal trip ke Genting boleh belek-belek kat sini.



Antara blogger lain yang datang adalah Eazy, Nani, Jocko, Sohoque, Miera dan ramai lagi. Semua duk syok dengar sesi taklimat pasal Ice Age Advanture yang bakal kami terjah!



Kalau nak beli tiket Ice Age Adventure, kaunter tiket dibuka dengan harga RM20 seorang. Takde limit masa, nak berkampung kat situ dari 10 pagi sampai 10 malam pun boleh.



Bergambar kenang-kenangan dengan blogger hebat, Amir Nawawi di pintu masuk Ice Age Adventure. Jumpa dia time event Fear Factor dulu. Dan sebenarnya, dia adalah junior PB time sekolah menengah. Kecik betul dunia ni. Pi mai pi mai, tang tu jugak jumpa.


Apa yang best di Ice Age Adventure Genting? Jom, cekidout apa yang sempat kami rakam untuk tatapan anda semua! In shot, ada 4 aktiviti utama untuk kita semua terokai.


Ice Age Playground

Dilengkapi dengan pelbagai props dan backdrop berunsurkan karakter dan scenery dalam movie Ice Age, pengunjung boleh selfie, wefie ataupun groufie dengan lebih kurang 30 spot best untuk fotografi. Selain photo booth, ada juga games dan redemption counter untuk tebus ais krimm free daripada Nestle.


Ini bukan sekadar budak-budak, orang tua pun suka bergambar kat sini, wakaka


Bila sampai sini, seolah-olah kita berada dalam filem Ice Age


3D photography spots untuk kaki foto


Anak-anak kak Nani (kitepunye) sedang beraksi di depan lensa kamera


Ice Age Theatre

Ice Age Adventure akan tayangkan sedutan filem Ice Age seperti Gone Nutty, pemenang anugerah 2003 Academy Award untuk kategori Animated Short Film dan No Time For Nuts, pemenang anugerah 2007 Academy Award untuk kategori Best Animated Short Filem.



Jadual tayangan untuk Ice Age Theatre boleh rujuk kat bawah ni:
  1. Ice Age Continental Drift Crack Up Part 1 & 2 - 1015am, 1115am, 1215pm
  2. Surviving Sid - 115pm, 215pm, 315pm
  3. No Time for Nuts - 415pm, 515pm, 615pm
  4. Gone Nutty - 715pm, 815pm, 915pm

Ice Age Meet-and-Greet


Semua pengunjung akan berpeluang untuk meet and greet dengan characters dalam filem Ice Age seperti Sid, Scrat, dan Diego. Peluang untuk menari, play games ataupun selfie bersama maskot Ice Age. So, jangan lepaskan peluang yang ada.



Kalau nak bergambar ataupun meet & greet dengan maskot ni, boleh rujuk jadual di bawah:
  1. Sid - 1030am, 1130am, 1230pm, 130pm
  2. Scrat - 230pm, 330pm, 430pm, 530pm
  3. Diego - 630pm, 730pm, 830pm, 930pm



Suasana masa sesi meet & greet ni memang meriah. Siap kena queue tunggu turn untuk snap photo. Kalau yang ada monopod, hah sila bawa monopod siap-siap. Mudah nak selfie, jimat masa tak payah suruh orang lain tolong snap photo,hehe.



Antara moment-moment yang best kat sini, bila tengok kanak-kanak happy jumpa Sid, Scrat dan Diego face to face. Kepada ibu bapa kat luar sana, kalau nak bawa anak-anak bercuti, bolehlah plan untuk datang ke sini. Bawa time cuti sekolah, tak pun time weekend bagi yang stay berdekatan area Genting terutamanya dari Kuala Lumpur.



Macam kak Nanie kita ni, dia bawa putera puteri dia time cuti sekolah gi jalan-jalan ke Genting. Apa yang boleh kita tengok, happy face mereka dengan keterujaan jumpa benda-benda baru. Bukan main seronok dorang, especially yang si kecik tu, Irfan.



Aish, tak jadi ni bagi can kat bebudak je bergambar. pak cik PB pun nak bergambar jugak anak-anak, hahaha. Nah, ambik seketul gambar duk gurau-gurau dengan Sid, Scrat dan Diego.


Ice Age Meet-and-Greet

Aktiviti terakhir yang mungkin bolek anda buat bila ke sini adalah menyertai workshop untuk DIY Ice Age Characters Mask dari jam 11am ke 4pm ataupun Fun coloring pada jam 2pm hingga ke 6pm.


One happy family. We are bloggers!


Sekian saja catatan seharian kami di Ice Age Advanture Genting. Terima kasih PB ucapkan kepada pihak Resort World Genting untuk jemputan kali ini untuk kami semua merasai sendiri pengalaman ke Ice Age Advanture. Jadi, kepada ibu bapa yang bercadang nak bawa anak-anak bercuti ke tanah tinggi dan have some fun, boleh datang ke Ice Age Adventure.


Untuk keterangan lanjut, boleh kunjungi www.rwgenting.com ataupun call 603-2718 1118 



You may also like

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...