BLACKBERRY PASSPORT KINI DI MALAYSIA

Blackberry Passport kini di Malaysia bermula 10 Oktober 2014! Blackberry Malaysia secara rasminya telah melancarkan produk baru mereka yang diberi nama Blackberry Passport dan boleh didapati secara eksklusif melalui Celcom. Kenapa Blackberry Passport? Sah-sahlah sebab design dan bentuknya yang sama size dengan passport kita.


Blackberry - Serious Mobility for serious business


Daripada tagline Blackberry iaitu Serious Mobility for serious business, dah jelas target market mereka adalah untuk golongan korporat. Paling penting, mudah untuk dibawa ke mana-mana dan mudah untuk berinteraksi especially untuk kegunaan rasmi dan pejabat. Wujudnya Blackberry Passport ni, tak lain tak bukan untuk memudahkan urusan business sehari-hari yang melibatkan meeting dan travel ke sana sini.

 

BlackBerry Passport merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak BlackBerry dengan rekaan skrin berbentuk empat-segi sama. Selain itu, Blackberry Passport juga dilengkapi dengan sokongan papan kekunci QWERT yang memainkan dwifungsi iaitu sebagai papan kekunci dan juga touch cursor.



Pendek kata,  Blackberry Passport ni boleh dikategorikan sebagai smart phone berspesifikasi tinggi daripada pihak BlackBerry. Antara spesifikasi yang menjadi tumpuan adalah kamera 13-megapixel OIS, dilengkapi dengan cip pemprosesan 2.2Ghz, memori 3GB RAM, dan juga ruangan storan terbina 32GB.


 

Bateri turut menjadi fokus pihak Blackberry untuk menarik minat pengguna. Apa yang istimewa mengenai Blackberry Passport ni, ia dikatakan boleh digunakan sehingga 30 jam secara aktif. Betul ke tidak? Hah, yang tu kita kena try test dulu.



BlackBerry Passport turut menggunakan BlackBery 10.3 iaitu kemaskini terbaru dan terkini yang tampil dengan sokongan BlackBerry Assistant. Ia dilengkapi Amazon Appstore untuk memasang aplikasi Android. Hah, jadi jangan gusar jangan khuatir. Pengguna Blackberry pun kini dah boleh install apps dari Android.

 

 
Alang-alang dah sampai di tempat launching Blackberry Passport, apa lagi kami pun godek-godek lah apa yang best sangat pasal Blackberry Passport ni. Nak tahu apa yang best? Antara benda paling best yang pb dapati untuk Blackberry Passport ni adalah video editor. Kita boleh edit any video dengan mudah, nak cut, nak combine mahupun nak buat slowmo, semua boleh buat dengan mudah. Ohsem!


 Antara rakan bloggers yang turut hadir ke majlis launching Blackberry Passport


 Masing-masing excited bila dapat hands-on Blackberry Passport


Kalau korang pun excited nak try Blackberry Passport ataupun berhasrat nak angkut satu, selain melalui Celcom, pihak BlackBerry turut menawarkan Blackberry Passport ini melalui semua pengedar rasmi bermula 1 November 2014. Kalau nak cepat, boleh serbu Celcom centre atau Celcom Cube berdekatan sebab dah ada kat sana sejak 10 Oktober 2014. Harga jualan BlackBerry Passport di Malaysia adalah RM2399. 



Blackberry Passport Specifications

Size (L X W X D)
128mm x 90.33mm x 9.3mm

Weight
196g

Display
453 PPI, 4.5", In cell IPS LCD Touch Display, 1440 x 1440 resolution

Keyboard
3 row touch-enabled QWERTY (recognizes touch gestures)

Memory
3GB RAM, 32GB Flash, Hot Swappable micro SD slot supports up to 128 GB

Processor
2.2 GHz Quad Core Qualcomm Snapdragon 801

Cameras
Back
13MP rear facing camera, Auto Focus, LED Flash, Images & Videos Stabilization
5X digital zoom, 1080p HD video recording up to 60fps
Front
2MP (720P) front facing camera, Image & Video stabilization
3X digital zoom, 720p HD video recording

GPS
Assisted, Autonomous and Simultaneous GPS

Bluetooth
Bluetooth 4.0 Low Energy

NFC
NFC-enabled to support mobile payments and file exchange

Ports
Multi-function Port (Supports USB and micro HDMI out)

Advanced Sensors
Accelerometer, Magnetometer, Time of Flight (ToF), Gyroscope, Ambient Light, Proximity

Wifi
2.4 GHz 802.11 b/g/n, 5 GHz a/n + ac, Mobile Hotspot, Wifi direct, miracast, DLN Server

Network Connectivity
FD-LTE, support for global roaming

Battery
3450mAh (integrated) and up to 30 hours of mixed use

Talk time
GSM up to 18 hours, UMTS up to 23 hours

Standby time
GSM up to 18 days, UMTS up to 18.5 days

Audio playback
Up to 84 hours

Video playback
Up to 12 hours
 
 

Post a Comment

2 Comments

  1. waaahhh blackberry keluar dengan "note" .. canggih!!! I loikeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai untuk urusan business..
      boleh disambung terus dengan laptop untuk buat kerja

      Delete