DUTA BARU XES SHOES

Duta Baru XES Shoes sudahpun dilantik. Pernah imagine tak kalau korang dilantik jadi duta XES Shoes? Tiap-tiap bulan dapat pilih kasut keluaran terbaru XES yang korang rasa berkenan. Kalau berlakon iklan dibayar, jadi model untuk iklan pun dibayar dan semestinya akan terlibat secara langsung dalam apa jua event yang melibatkan XES Shoes. Huh, memang untung kalau terpilih. Tapi, tak payah nak berangan. Pihak XES Shoes dah pun jumpa duta yang mereka cari. Nak tahu siapa? Cekidout....

Opsss, silap. Bukan yang ni, wakaka. Sila scroll down lagi.


Haaa, ini baru betul. Memperkenalkan Duta XES Shoes iaitu Mico Pun


Pada 19 September 2014 yang lepas, pb dan rakan bloggers yang lain berpeluang untuk hadir dan memeriahkan acara menandatangani perjanjian antara Miss XES Elegant 2014 dengan pihak XES Shoes di Glenmerie Shah Alam, Selangor. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, maka dengan rasminya finalis Miss Global International Malaysia 2014 iaitu Mico Pun Chiew Yoek dilantik menjadi duta dan jurucakap kepada XES Shoes.


Antara rakan bloggers yang turut hadir bersama


Sebagai duta XES Shoes yang baru dilantik, Mico berjaya mendapatkan kontrak bernilai RM16,000 termasuk hadiah wang tunai sebanyak RM1,000. Paling best, Mico akan mendapat tajaan kasut dan bag tangan setiap bulan selama setahun berjumlah RM3,900. Perghhh, masyuuuk. 


Majlis menandatangani perjanjian antara Mico dan Mr Simpson Wong 

Untuk pengiklanan pula, Mico akan dibayar RM3,900 untuk printed advertisement dan RM1,000 untuk setiap TV Commercial. Bukan tu je, sepanjang kontrak setahun iaitu bermula 1 Oktober 2014 hingga 30 September 2015, Mico akan menerima RM1,500 untuk video klip. Secara rasminya juga, Mico akan terlibat secara langsung dalam fashiom show atau apa jua events melibatkan XES Shoes yang akan diadakan sepanjang tahun.


Biodata Mico 
Stage name: Mico Pun
Age: 22 years old
Date of Birth: 1 March 1992
Place of Birth: Johor Bahru
Ethnicity: Chinese
Citizenship: Malaysian
Height: 169cm
Weight: 52kg
Language: Chinese, English
Special talent: Belly Dance


  Koleksi XES Shoes

Alang-alang dah sampai di XES Shoes shop, apa lagi. Moh kita terjah tengok apa yang best di XES Shoes shop.


Koleksi untuk kanak-kanak


Koleksi bag tangan pelbagai design dan warna keluaran XES


Koleksi bag tangan dari XES


Koleksi kasut lelaki yang trendy dan terkini


Casual shoes dan office shoes dari XES Shoes


Koleksi kasut perempuan jenama Scholl


Koleksi kasut lelaki jenama Scholl


XES Brand

Jujurnya, pb ingat XES brand ni hanya untuk perempuan saja. Rupanya, XES juga menyediakan kasut untuk lelaki dan kanak-kanak. Good info to know that. The most important thing, it's a local brand! Buatan Malaysia beb. 

Giliran jejaka-jejaka shopping kasut di XES Shoes


Untuk pengetahuan korang semua, XES Brand mula ditubuhkan pada 23 March 2002 di bawah Shellys Marketing Sdn Bhd yang beribu pejabat di Hicom-Glenmerie Industrial Estate, Shah Alam. Warehouse XES cuma terletak berdekatan dengan head office. Dengan jumlah kakitangan seramai 400 orang, XES Shoes menumpukan sepenuh perhatian kepada pengurusan retail chain store dan export original equipment manufacturer. 


Susunan kemas dalam XES Shoes Shop


Pada tahun 2014, XES Shoes memperkenalkan tagline terbaru mereka iaitu "Superior Comfort for happy Feet!" Dengan kata lain, pihak XES Shoes memang betul-betul komited untuk mengeluarkan ciptaan yang selesa dan trendy. Untuk jenama buatan Malaysia dengan harga berpatutan dan trend up to date, pilihlah XES Shoes. Gerenti puas hati.


XES Shoes adalah jenama yang cukup sinonim dengan kasut yang harganya berpatutan untuk ahli keluarga tak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak untuk kegunaan harian mahupun ke pejabat. Harga yang tak terlalu mahal tak menghalang untuk pihak XES Shoes menawarkan kasut yang style, selesa dan value for money to buy. Worth it!


XES Premium Outlet

Di kesempatan ni, pb nak ucapkan terima kasih kepada pihak XES kerana menjemput kami bloggers untuk turut serta dalam majlis yang bersejarah ni. Paling best, bila setiap daripada kami diberi peluang untuk shopping barangan XES.


Bloggers bersama duta XES Shoes, Mico Pun dan PR Manager XES Shoes, Sabrina Quigley Chin.
Lelaki dengan kasut dan perempuan dengan handbag masing-masing.


Apapun, semoga XES terus maju jaya. Jadi, untuk penggemar kasut ataupun bag tangan XES, jangan lupa serbu outlet XES terdekat untuk offer yang menarik.


Bersama Managing Director, Mr Simpson Wong


Setakat ini, XES brand sudahpun membuka cawangan di seluruh Malaysia dengan lebih 80 outlet dan rangkaian meliputi pusat beli-belah mahupun retail complexs. XES berusaha untuk menjadi Top 10 di Malaysis selaku pembuat kasut yang selesa kepada seisi keluarga untuk segenap lapisan masyarakat. Misi utama XES brand adalah tak lain dan tak bukan untuk memberi keutamaan kepada kepuasan pembeli.


Untuk readers terutamanya yang baru tahu pasal brand XES dan juga kepada peminat tegar XES, apa kata pakat terjah laman social media XES untuk tengok tawaran menarik yang menanti anda. 

Facebook

Website

Instagram

Twitter


Notakaki: Terima kasih kepada blogger kitepunye kerana menjemput pb ke event XES. Terima kasih jugak kepada XES untuk kasut yang trendy dan selesa!

Post a Comment

4 Comments