3 Gaya Lelaki Maskulin | H.E. By Mango

Fesyen? Selalunya kalau sebut je soal fesyen, automatik menjurus kepada golongan wanita. Meh, kali ni kita buat segmen khas untuk para jejaka di luar sana untuk tampil segak bergaya. Kalau dulu, hanya golongan kakak-kakak dan makcik-makcik yang terlibat dalam industri fesyen, kini kaum Adam pun dah pandai mengorak langkah untuk turut bersaing dan mewarnai industri fesyen tanah air. Bukan itu saja, malah dah ramai pereka fesyen lelaki yang muda dan berbakat telah berjaya dilahirkan di Malaysia. Salute!




Jadi, tak perlu nak hairan kalau tengok macam-macam fesyen pakaian lelaki di pasaran. Paling layak untuk dibanggakan adalah bila ada jenama tempatan, iaitu Mango Malaysia yang tampil dengan pelbagai koleksi untuk lelaki yang diberi nama H.E by Mango. Orang kata, fesyen tempatan dah boleh "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan jenama-jenama terkenal di dunia.



H.E by Mango

Pernah dengar pasal H.E by Mango? Kalau tak pernah dengar, mai nak story sikit. Koleksi H.E. by Mango mula diperkenalkan sekitar tahun 2008. Kemunculannya telah mencipta fenomena yang cukup luar biasa dalam dunia fesyen terutamanya bagi lelaki. Mereka telah berjaya mengembangkan koleksi buat para jejaka ke seluruh dunia. Apa yang lebih membanggakan apabila koleksi ini menjadi rebutan dan trend dalam kalangan pencinta fesyen.

Tampil Maskulin, Tampak Bergaya


 

Bagi jejaka-jejaka di luar sana yang mahu dan suka akan gaya lelaki maskulin yang santai namun dalam masa yang sama mahu tampak bergaya dengan stail terkini, pastinya Mango Malaysia akan menjadi jenama kegemaran korang. Jom, kita usha-usha stail apa yang boleh kita dapat dengan padanan produk daripada H.E. by Mango terkini.


Santai & Segak



Suka pakai seluar jeans untuk ke mana-mana terutamanya ketika bersantai di hujung minggu bersama teman-teman rapat pergi menonton wayang? Apa kata korang padankan seluar kegemaran tu dengan basic t-shirt dan kasut dengan warna yang bersesuaian. Pasti korang akan tampak santai tapi pada masa yang sama penampilan akan kelihatan lebih segar.


Sempoi & Stylo



Manakala long sleeve t-shirt seperti warna putih akan membuatkan korang kelihatan lebih bergaya jika dipakai bersama seluar pendek atau men shorts. Tambah pula pakai kasut sneakers. Pergh, style habis beb! Tak cukup stylo? Nah, tambahkan lagi seutas jam tangan untuk kelihatan lebih menyerlah!


Casual & Cool



Bagi korang yang lebih meminati gaya smart casual, ini adalah contoh padanan paling sesuai untuk korang. Macam mana? Pakai seluar panjang, t-shirt berlengan panjang, dan sepasang kasut kulit. Jangan lupa letak sepasang cermin mata hitam dalam list untuk tampak lebih menarik.



Jadi apa korang tunggu lagi? Jom dapatkan koleksi terkini H.E. by Mango Malaysia yang mana boleh didapati secara online di ZALORA Malaysia!
Selamat membeli-belah!


Notakaki: First time nak shopping dengan Zalora ni. Eksited bak ang. Nanti gua share pengalaman shopping dengan Zalora ye. Korang apa tunggu lagi, moh moh shopping. Kini, hanya di hujung jari anda! 

Post a Comment

1 Comments