Buffet Ramadhan di Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel KLCC

Buffet Ramadhan di Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel KLCC

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarrak. Macam mana dengan sambutan Ramadhan tahun ni? Harap-harap, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan pesta ibadah sehingga ke penghujungnya.Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawih.

Alang-alang bukak topik pasal bulan Ramadhan, pasti ada yang tertanya-tanya, "Kat mana buffet Ramadhan paling best di KL?", "Nak buat majlis berbuka puasa untuk department, kat mana tempat yang best?", ataupun "Hotel mana yang best untuk buffet Ramadhan?".Jadi, kalau ada yang tertanya-tanya pasal ni, salah satu tempat yang boleh dicadangkan adalah di Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel KLCC. Tak tahu kat mana? Dekat je dengan KLCC. Menapak pun sampai.




Untuk tahun 2014, Impiana Hotel KLCC menawarkan buffet Ramadhan bertemakan "Delicious Dining Spread". Pelbagai juadah dan aneka jenis masakan dihidangkan kepada semua tetamu teristimewa daripada Chef Ali.



Rata-rata tempat ada buffet Ramadhan, tapi apa keistimewaan yang ditampilkan di Impiana Hotel KLCC? Hah, kalau nak tahu, boleh scroll down, baca dan tengok gambar-gambar yang sempat dirakam di Tonka Bean Cafe.

AMARAN: Kalau sedang berpuasa, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan dan skodeng gambar-gambar kat sini. Sila klik "bookmark" dan sambung baca selepas berbuka, selepas terawih atauapun sebelum sahur, keh3.


 

Ini antara juadah yang dihidangkan di Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel KLCC. Kalau nak tahu, buffet Ramadhan kat sini bermula jam 630pm sehingga 1000pm. Kalau nak solat Maghrib, jangan bimbang. Surau ada di ground floor, berdekatan dengan tempat makan. Dari lobi, lepas receptionist counter belok je ke kanan terus jumpa surau. 


Special Menu by Chef Ali

Ok, jom kita tengok special menu daripada Chef Ali yang ditawarkan di Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel KLCC. 


Menu pertama yang paling menarik perhatian adalah sup gear box. Siapa tak pernah makan sup gear box? Hah, kalau nak tahu, kalau makan sup gear box ni, kena ada straw baru syok. Kasik sedut dalam tulang tu, baru umphhh.



Hah, kalau nak tahu cara-cara nak makan sup gear box, boleh rujuk food blogger tegar kita, Mahamahu. Tu diaaa, senyum lebar dapat seketul gear box depan mata. Torbaikkk.



Selain sup gear box, menu seterusnya yang agak memukau perhatian adalah Aneka Kari Lautan. Macam-macam ada dalam ni, ketam, udang, ikan dan macam-macam lagi. Kaw kaw punye.



Untuk peminat seafood, jangan bimbang, usah khuatir. Kat sini ada disediakan Salmon Gravalax, Mussels, Oyster, dan Udang.



Pasti ramai yang teruja tengok udang-udang segar dan besar ni kan? Hah, memang tak menang tangan nak pilih. Makan selagi mampu, tapi jangan sampai membazir pula. Ambil sekadar perlu, banyak lagi menu yang perlu dicuba. Ye dak?


Aneka juadah masakan Melayu tidak dilupa. Sambal belacan, sambal tempoyak, cencaluk, sambal kicap, budu, sambal nyiur semua ada. Sedap kalau dimakan dengan ulam-ulaman. Tak cukup dengan tu, ada Briyani Gam Ayam, Briyani Gam Daging, Briyani Gam Kambing, Ayam Shawarma dan macam-macam lagi, Pendek kata, jenuh nak memilih. Memang puas hati.



Tak perlu tunggu raya, time bulan Ramadhan pun dah boleh rasa lemang dan ketupat bersama serunding ayam dan serunding daging kat sini. Hao liao!



Kat bahagian sini pula untuk peminat kambing. Nah! Boleh makan BBQ Lamb, Kepak Ayam Panggang Madu ataupun BBQ Beef. Ini memang favorite! Pekena pulak dengan blackpepper sauce. Omnomnom!



Jangan lupa intai-intai menu tradisi, satay ayam dan satay daging untuk dicuba. Set lengkap satay bersama timun, bawang dan nasi impit disediakan untuk dicuba. 



Pastikan perut tak terlalu penuh diisi kalau nak try pencuci mulut yang disediakan. Antaranya agar-agar, puding jagung, kuih-muih Melayu, aneka biskut, mashmellow dan chocolate fountain dan aneka kek. Pendek kata, memang kelabu mata nak pilih yang mana satu. 



Dah makan banyak, relax-relax dengan pencuci mulut. Macam-macam buah-buahan ada kat sini. Selain aneka jenis jeruk, jangan lupa untuk cuba durian, manggis,  rambutan, pisang emas, langsat, nangka dan cempedak di bahagian luar restoran. Ohsem!



Ini part yang paling best, pencuci mulut. Selain kek-kek dan kuih-muih, ada ABC dan Cendol station. Dah bosan makan cendol? Dah bosan makan ABC? Nak lagi sedap dan lazat. Jangan bimbang, kat Impiana Hotel ni ada lagi satu yang istimewa. Nak tahu apa?


Hah, inilah dia. Ais krim Baskin Robbin pun ada bhai. Boleh makan sesuka hati. Ada 18 perisa kesemuanya. Kalau korang hantu aiskrim, memang best datang sini. Lagi-lagi, aiskrim yang dihidangkan bukan calang-calang, Baskin Robbin beb.


Jadi, kepada yang berminat untuk datang menjamu selera, berbuka bersama family, rakan-rakan ataupun rakan sepejabat, bolehlah datang ke Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel KLCC. Kalau nak buat reservation, boleh hubungi 03-2147 1111 extension 3034 atau 3035 / 3320.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Mr Anthony Edwin
Assistant Director of Marketing Communications
Email: anthony.edwin@impiana.com
Tel:03-2147 1111 
DID: 03-2147 1080
Fax: 03-2147 1028
Website: www.impiana.com

Address
Impiana Hotel,
13 Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia


DELICIOUS DINING SPREAD
29 June - 27 July 2014
RM118.00++ per person
6:30pm - 10:00pm
  • Free buffet (children below 6 years old)
  • 50% off (children 6-12 years old)
  • RM108+ per person (first 3 days and last 3 days of Ramadhan)
  • Spacious Prayer Room (surau)
  • Free cash voucher from Aquaria KLCC (for the first 1000 diners)

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. tu lah, dah ajak tak pergi...
      klu tak kerja aritu boleh join sekali

      Delete
  2. Aneka Kari Lautan tu menarik perhatian betul.. Pelbagai juadah. Alhamdulillah.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh, biasa makan kari ikan je.. ni semua lauk-pauk dia letak sekali...torbaikk

      Delete