#REDHotAirAsia : Taylor Swift dan Air Asia

/
8 Comments
Baru-baru ni, kecoh satu Asia Tenggara bila Taylor Swift datang ke Indonesia, Filipina, Singapore dan Malaysia. Dengan aura selaku pemenang GRAMMY Award sebanyak tujuh kali dan gelombang merah, #RedHot , ramai peminat fanatik di 4 negara merebut peluang keemasan untuk tengok persembahan Taylor Swift secara live di lokasi-lokasi berkenaan sepanjang The Red Tour berlangsung.


4 June 2014 Jakarta
6 June 2014 Manila
9 June 2014 Singapore
11 June 2014 Kuala Lumpur
12 June 2014 Singapore 


Air Asia selaku official airline untuk terbangkan Taylor Swift ke lokasi-lokasi berkaitan telah menganjurkan official launch flight rasmi Taylor Swift. Secara tak langsung, sebagai salah seorang Air Asia Bloggers Community (AABC), PB dapat jemputan untuk menghadiri Red Hot Party sempena majlis pelancaran yang diadakan. Terima kasih Air Asia. Jom kita tengok moments indah sepanjang event berlangsung di Mandarin Oriental, KLCC.
 

Red Hot Party


Antara blogger-blogger yang turun padang untuk memeriahkan event malam tu adalah Eazy, Amir Nawawi, Khai, Faizal, Fauzi, Mawardi Yunos, Tengku Syukri dan Beki. Selain tu, ada juga Yana Yassin, Pen Merah, Nani dan ramai lagi. Memang meriah bila ramai-ramai berkumpul macam ni.



Apa yang best, bila dapat selfie secara berjemaah di photobooth. Power jugak kalau ada photobooth macam ni, boleh selfie puas-puas. Snap dan print sesedap rasa, lol



Sebelum majlis pelancaran bermula, masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama Taylor Swift. Walaupun props, jadi la dari takde kan? keh3.Apapun, memang happening.


Hi Taylor Swift. Welcome to Malaysia!


Kehadiran Yasmin Hani selaku pengacara untuk majlis pelancaran memeriahkan lagi suasana Red Hot Party. Dengan gelombang merah, dress code merah untuk semua tetamu yang hadir menjadikan keadaan lagi hangat dari biasa.

 


Majlis pelancaran flight rasmi Taylor Swift diterajui oleh Puan Airin Omar. Nampak replika flight Air Asia yang terpampang gambar Taylor Swift tu? Hah, itulah flight khas yang direka khas untuk penerbangan Taylor Swift sepanjang The Red Tour.


Selepas majlis pelancaran, ada sesi lucky draw dan kuiz. Macam-macam hadiah menarik ada. Ada yang menang t-shirt Taylor Swift, ada yang menang backstage pass dan tiket konsert, ada jugak yang menang tiket flight return ke Jakarta dan Singapore. Memang torbaik. Gua pun menang jugak, MENANGgung kekalahan, wakaka. Tahniah kepada semua pemenang bertuah pada malam tu.


Taylor Swift In Malaysia

Pada 11 June 2014, dengan rasminya Taylor Swift tiba di Kuala Lumpur sempena RED Tour dengan menaikai Taylor Swift Airbus A320. Akhirnya, apa yang kita semua tengok replika tempoh hari, kini dah ada depan mata. Real. Ohsem! 





Rasanya, sesiapa yang berkesempatan pergi konsert Taylor Swift tempoh hari, mesti puas hati kan? Lagi-lagi die hard fan Taylor Swift. Kegembiraan korang bersama Taylor Swift bukan berakhir kat situ je, ada lagi info yang menarik yang nak dikongsikan kat sini. Cekidout!


Replika Air Asia Taylor Swift

Sempena RED Tour, Air Asia menawarkan peluang keemasan untuk memiliki model replika Air Asia Taylor Swift terutama kepada die-hard fan Taylor Swift.


Nak simpaln replika macam ni? Tapi bukan saiz gedabak macam kat atas tu lah, saiz dan harga boleh refer kat bawah:

Size 1:100 
RM130/unit

Size 1:400 
RM107/unit

*Harga tak termasuk caj penghantaran


So, untuk sesiapa yang berminat, boleh buat tempahan melalui e-mel (redhot@airasia.com) Air Asia berserta butir-butir peribadi seperti Nama, No. Telefon, E-mel, Alamat dan Model yang nak order.



Contest #RedHotAirAsia

Selain replika, korang juga boleh menangi hadiah eksklusif Taylor Swift dan Air Asia merchandise dengan hanya berkongsi gambar kapal terbang Air Asia Taylor Swift di Instagram ataupun di twitter dengan hashtag #redhotairasia


Kalau nak tahu, kapal terbang khas, Air Asia A320 ni akan terbang merentasi benua ke beberapa bandar-bandar utama dunia termasuklah 88 destinasi merentasi 22 negara. Jadi, tak mustahil korang akan terserempak di mana-mana dan selfie bersama untuk merebut peluang menangi hadiah eksklusif. Selamat mencuba dan all the best!


Tarikh tutup penyertaan: 22 June 2014



Apapun, jom layan lagu Taylor Swift, keh3.



You may also like

8 comments:

  1. singgah malam: pasti kenangan terindah bila berkumpul rakan blogger dlm event2 sebegini..klik V W disini..PB

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah sini :)
      betul tuh, dulu jumpa kat blog je skang dah dpat jumpa depan mata
      memang meriah

      Delete
  2. untunglah dpt gi konsert taylor...hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. mana tak havoc, abam pap pap pap pun ade,keh3

      Delete
  4. wah menarik tu bro..dpat jmputan mcm ni..
    parti yg sangat meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah jugak.. lagi-lagi bila dapat jumpa member blogger

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...