Untuk tahun 2013, rasanya dah banyak tempat-tempat yang menarik dah dilawati. Impian aku untuk pergi ke seluruh negeri di Malaysia. Alhamdulillah, di penghujung Oktober yang lepas diberi peluang untuk ke Sabah tajaan SenHeng sekaligus melengkapkan travel list peribadi. Cumanya, Labuan tak pernah pergi lagi. Mungkin next time kalau ada rezeki.

Kelantan
Terengganu
Pahang
Kedah
Perlis 
Pulau Pinang
Perak
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Sarawak 
Sabah

Bukan apa, melancong atau bercuti ke tempat orang ni sebenarnya seronok. Selain dapat tengok keunikan dan keindahan di sesuatu tempat tuh, kita juga dapat belajar tentang adat, budaya dan masyarakat di sana. Betullah orang kata, "jauh perjalanan, luas pemandangan".Itu baru antara negeri-negeri di Malaysia. Belum pergi jauh lagi ke negara-negara lain.


Dah tiba masanya untuk merancang percutian ke luar negara. Tapi, tak nak lah pergi yang jauh-jauh terus. Kalau boleh, nak pergi ke negara serantau macam Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos ataupun Vietnam. Dalam banyak-banyak pilihan destinasi yang ada, tempat yang paling aku nak pergi sekali setakat ni adalah Bali, Indonesia. Kenapa?

Source: http://members.ozemail.com.au/~slacey/bali.htm
Sebabnya, Bali ni ada tarikan dan keunikan yang tersendiri. Pulau Bali adalah antara pulau yang tercantik. Kat Bali jugak, memang banyak pantai-pantai dengan pesisir pantai putih yang pastinya mampu membuat aku gila untuk snap foto sebagai kenang-kenangan. Nak tahu, apa yang buat aku nak pergi sangat ke Bali?


Souce: http://all-that-is-interesting.com/bali-rice-fields
Pertama dan utama adalah aku nak sangat gi tengok kawasan sawah padi yang unik di Bali, Indonesia. Aku cukup tertarik bila terjumpa gambar ni di Google. Sawah padi bertingket-tingket bak kata Warih. Cantik wooo. Ce imagine kalau aku dapat pergi sana, konpem lah akan aku snap gambar kat sini. Suruh aku tanam padi pun takde hal. Kalau nak tahu, antara lokasi utama untuk kawasan penanaman padi yang macam ni di Bali, Indonesia adalah di daerah Tabanan dan juga Denpasar

 

Bali jugak terkenal dengan tarikan pantai-pantai yang cantik dan menari.Mungkin, kalau diberi peluang untuk ke Bali, salah satu lokasi untuk beradu di tepian pantai adalah di Lovina Beach. Mesti syok kalau dapat tengok matahari terbenam di ufuk timur.


 
Balian

Tak pun kalau dapat ke Balian. Kat sini lagi menarik, selain dapat tengok pesisir pantai, dapat peluang untuk tengok pasir hitam yang terkena larva letusan gunung berapi. Kawasan sawah padi pun ada kat kawasan Balian. Fuh, mesti seronok kalau dapat pergi, semua ada hanya di satu lokasi.

 

 

Elephant Safari Park of Desa Taro

Dengar kata, kat Bali pun ada gajah. Sebenarnya, aku tak pernah lagi tengok gajah depan mata. Jakun betul.Alang-alang pergi Bali, boleh la nanti kalau nak tengok gajah di Elephant Safari Park, Desa Taro.


TOP 10 Hotel in Bali, Indonesia 

Seronok sakan cerita pasal tempat nak dilawati kalau ke Bali. Kalau pergi 2-3 hari,  mau tidur mana woiii. Kat Bali, banyak jugak hotel yang menarik dan unik. Antara yang tersenarai dalam top 10 adalah seperti berikut:

1:
Conrad Bali
2: U Paasha Seminyak
3: The Bali Dream Villa
4: Kuta Paradiso Hotel
5: Akmani Legian
6: Kamandalu Resort
7: Courtyard by Marriott Bali Nusa Dua
8: The Bali Dream Suite Villa
9: Amadea Resort & Villas
10: Mercure Kuta Beach Bali

Bagi aku, kalau tak dapat stay di hotel top 10 pun tak apa. Asalkan dapat tidur,lelapkan mata dan selesa. Tapi, teringin jugak nak stay di Ubud Hotel & Resort. Nak tahu kenapa?  


Inilah sebabnya. Aku nak rasa pengalaman mandi-manda dalam swimming pool yang unik dan seolah-olah tergantung dalam hutan. Superb!



Kalau tak pun, dapat menginap di Grand Mega Resort & Spa, Bali. Perghhh, tengok neon-neon bergemerlapan di luar bangunan hotel pun dah tahu hotel ni betul-betul grand di Bali. Kalau tengok kat dalam hotel, confirm lagi cantik dan menarik dengan tatarias dan interior design. Mesti syok punya lah kalau dapat menginap di Grand Mega Resort & Spa, Bali.


Phang! Slap my face. Kuat berangan jugak aku nih kan? Nak ke Bali la konon. Tapi, kalau takde keching keching $$$$ jangan harap nak sampai ke sana. Nasib baik ada Travelar yang sudi nak sponsor bloggers pergi bercuti ke Bali.Aku harap, aku tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Kalau tak dapat pergi ke tempat-tempat lain, bawak aku ke sawah padi bertingkat tu pun dah cukup. Ya, aku anak petani. Aku suka untuk tahu budaya petani di sana. Memang dekat dengan jiwa.



I want to go to Bali with Travelar because it completes my dream to travel oversea for the first time in my life. I choose Bali because it has many unique places to visit. I'm glad if I'm the one who is lucky enough to get a golden chance to travel with Travelar


Notakaki: Alang-alang pasang angan-angan nak travel oversea, get ready dengan info-info berkaitan telco especially untuk pakej internet dan roaming di luar negara. Mana taknya, mudah nak update twitter, instagram dan facebook nanti. More info, boleh baca sini: Apa pakej Internet untuk International Roaming terbaik di luar negara?