60 Vespa untuk 60 orang yang bertuah

/
2 Comments
Cerita pasal vespa ni kan, tiba-tiba aku teringat cerita dulu-dulu... Time kecik-kecik, aku pernah naik vespa. Bukan pergi bersiar-siar, tapi terkejar-kejar pergi klinik. Menurut tukang cerita lah, time aku kecik-kecik dulu, ada beruk belakang rumah berkenan sangat hah dekat aku. Dia peluk aku erat-erat ingat aku ni anak patung ke apa. Mak mana tak sayangkan anak kan? Lantas mak aku jadi supermom pergi kat beruk tuh, lalu menyelamatkan aku dengan penuh keberanian. Kalau tak, dah lama aku jadi arwah. 


Alhamdulillah, selamat. Cuma, ada luka di tangan sebelah kanan dan luka di kepala. Berdarah jugak la tangan dan kepala. Sampai ke hari ni, parut itu masih kekal. Nasib baik lah orang tak panggil aku dengan gelaran "Nuar Beruk", kah3. Tapi, moral of the story, parut yang ada di tangan dan kepala aku ni lah, bukti betapa sayangnya mak aku kepada aku. Aku bawak parut ni ke mana-mana aku pergi, bermakna aku bawak semangat beliau di mana jua aku berada. Adeh,meleleh pulak mata aku ni hah. Masuk habuk :)  


Satu lagi cerita pasal vespa ni, time aku dan beliamuda ke Penang dulu, terserempak dengan sorang brader ni naik vespa merah. Fuyoh, cayalah. Gigih aku ambik telefon, cepat-cepat snap photo dan share di instagram. Bukan apa, kagum bila tengok anak muda bawak vespa. Lain dari yang lain. Kalau aku dapat sebuah vespa, seronok jugak bawak pi merayap satu Malaysia, keh3.




Dan lagi satu cerita pasal vespa ni. Aku tengok kat blog aku nih sekarang ada satu iklan menarik duk vroom vroom di kotak iklan. Kalau korang dapat tangkap, klik je lah tengok sendiri. Menarik jugak bila vespa warna kuning. Aku tengok ada tulis "60 Vespa 60 Days". Aish, mengancam. Aku pun klik lah iklan, nak tahu lebih lanjut. Jangan klik iklan banyak kali pulak ye, nanti dikira fraud click, lol.


Hah, rupa iklan dia macam ni lah. Kalau nak tengok versi yang bergerak, vespa duk vrooom vrooom ke sana ke mari, boleh klik iklan cute ni. Oh, iklan dari pihak DiGi Telecommunications Sdn Bhd rupanya. Jadi, kalau korang pengguna Prepaid / Mobile Internet DiGi, boleh la mencuba nasib dapat vespa seketul.


Dengar cerita, kalau guna DiGi, dapat Unlimited Internet Surfing & Social Messaging. Betul ke? Aku ni, masih lagi guna prepaid. Bila entah nak tukar ke postpaid atau pakej unlimited internet. Bukan apa, tak best kalau tak dapat online walaupun hanya untuk seminit dua. Rasa tak lengkap. Mana tak nya, tak boleh nak berpisah dengan facebook, instagram dan twitter.



Kat sini, aku sertakan sekali langkah-langkah nak join contest ni. Mana tahu, salah seorang dari kita akan menang vespa. Boleh pergi merempit. Bawak aku sekali ye.



Kalau nak peluang menang vespa ni, mudah je. Salah satu cara, bila kita subscribe mana-mana pakej internet DiGi. Tak kira lah, Mingguan RM7 ke, Mingguan RM15 ke ataupun yang Bulanan RM18. Nak mudah? Hah, ce Dial *116#, konpem akan tahu lebih lanjut pasal ni.



Tapi, kena cepat weh. 60 hari je kempen vespa ni berlangsung.Nama pun DiGi "Win 60 Vespas in 60 Days".Jadi, sepanjang tarikh 2nd Sept - 31st Oct 2013, korang boleh cuba subscribe internet DiGi dan berpeluang untuk menang vespa. Seronok jugak nih, internet boleh guna, peluang nak dapat kan vespa pun dapat juga. Aish, sambil menyelam minum air ni. Cun!


Maklumat lanjut, apa kata korang vroom vrooom ke sini jap
DiGi

Disclaimer: This is a sponsored post  


You may also like

2 comments:

  1. sana sini duk bising pasal vespa.rupanya inilah sebabnya..hehe..
    sy baru datang singgah sini.maaf taw.
    jemput singgah blog syirah jugak :)
    salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. Farisya Anastasyia:
    Aah, ini lah ghupe vespa nye
    salam kenal ye :)
    jupe lagi di next event

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...