#DRPB : EPISOD 26

4 August 2013
26 Ramadan 1434H


Masa cepat betul berlalu. Nak tahu apa buktinya? Sempat draft je untuk setiap post bagi setiap hari, tapi tak sempat nak finalize dan  publish. Jadi, tersangkutlah dalam dashboard tak publish-publish dari Episod 13 sampailah ke hari ni Episod 26. Lepas sehari, sehari tertangguh. Kalau drama swasta macam ni, dah lama kena ban kat stesen tv, lol. Maka dengan ini, genaplah puasa kita 26 hari di bulan Ramadan. 


Sebenarnya, punca utama tak update bermula Episod 13 sebab internet problem seminggu. Terima kasih Unifi dan TM sebab menguji kesabaran aku. Time tu jugak, Astro pun problem. Fuuuh! Dah berlambak beratur dalam dashboard, datang pulak minggu bizi sedunia lepas tuh. Hari-hari ada jemputan buka puasa kat luar, event, member-member dan macam-macam. Lagi lah bertambah segerombolan entri dalam dashboard. Sampailah ke malam ni, boleh bersenang-lenang kat rumah sempena cuti raya, boleh ketuk keyboard jap sebelum mata terpejam.


Hari ni sepanjang hari duk kat rumah. Badan masih lagi belum sihat sepenuhnya. Batuk-batuk dan selsema. Hari ni sempat tengok proses buat tapai, sediakan buluh untuk bakar lemang, buat puding roti. Aku pun tak mau kalah, pi jugak masuk dapur bakar ayam perap dengan blackpaper sos. Ya, seronok jugak jadi chef tak bertauliah ni. Perut sendiri jugak yang kenyang.


Hujan agak lebat malam ni. Mata bertarung untuk tidur atau terus menaip. Gigih nak publish semua entri yang terbantut. Nanti bekulat dalam dashboard, susah pulak kan. Tak tercapai objektif #DRPB bersiri nih. Entri pasal event ada lagi 3 ketul yang belum publish. Time bercuti ni lah boleh luangkan lebih masa sikit nak update blog yang entah apa-apa ni. Tempat cari rezeki sampingan katakan, hehe :) Jangan panik, kalau lepas ni berduyun-duyun entri akan dipublish tak kira masa dan ketika. Kemungkinan besar, ia adalah autopublish. Juadah basi untuk dinikmati, keh3. Biarkan cerita basi, expired, asal ada terpatri di sini untuk kenangan di hari muka. Cewah!


p/s: Episod 13-25 bakal menyusul... Imagine macam tak bayar bil Astro lah, tak dapat tengok siaran live. Tunggu episod ulangan je lah.

Post a Comment

0 Comments