#DRPB : EPISOD 9

18 Julai 2013
  9 Ramadan 1434H

Cuaca pagi ni agak mendung. Hujan mencurah-curah di awal pagi. Bila tak dapat mengunyah macam hari kebiasaan di dalam office, ditambah pulak dengan keadaan yang terlampau sejuk, memang mudah untuk terhangguk-hangguk. Mata cukup mudah nak tertutup, sambil jari duk petik keyboard pun mata sempat terpejam. Aishhh, dugaan!


Nothing much to do today, hanya update half year achievement to all  team members. Cabaran bekerja dengan Gen X? Sedikit-sebanyak mematangkan diri aku sendiri. Walaupun aku paling muda, paling mentah, rasanya tak perlu takut untuk bersuara. Janji konfiden, buat mana yang termampu, tak tahu bertanya. Paling penting,  aku cuba sebaik mungkin untuk timba pengalaman dan belajar dari mereka. Sebab aku percaya, pengalaman hari ini bakal berguna dan bermakna untuk aku di masa akan datang. Pengalaman, tak dapat dibeli walaupun punya harta berjuta.  


Hari ni tiba-tiba Eddy dan Afiq datang ke office. Memang dah lama tak jumpa. Bila jumpa, ada pulak input-input yang berguna. Paling tidak, terbuka rongga-rongga otak untuk berfikir lebih jauh. Ya, kagum dengan mereka. Usia bukan segala, kerana yang tekad dan gigih berusaha pasti akan berjaya.


Plan petang untuk ke bazar Kampung Baru nampaknya terpaksa dibatalkan bila dapat call dari pihak penganjur cakap program cancel. Ok, boleh balik awal. Time duk office lagi duk terbayang-bayang ayam percik. Semangat punya pasal, shutdown laptop, kemas barang-barang atas meja, tengok jam, eleh! Baru 445pm. Sabor je lah, lagi 15 minit. Cover cover! haha. Akhirnya, hari ni dalam sejarah. Pertama kali berjaya masak ayam percik. Tak apa lah ayam tak bakar guna bara api pun, letak dalam ketuhar pun jadi asal masak.Tapi, rasa dia tak ori la kan? Apadehal, ayam percik versi moden. Apa yang penting, sos percik tu menjadi. Fuh, bangga! Ini bukan ujub, riak dan takabbur. Ini nak cakap rasa puas dan gembira.


Malam ke-10  Ramadan, Masjid Al-Najihin masih steady.  Budak-budak pun dah tak bising lepas kena sound dek tok imam. Suasana malam makin meriah dengan dentuman mercun. Nampaknya, kita dah sampai ke penghujung fasa pertama Ramadan. Cepat betul masa berlalu. Malam ni try singgah moreh untuk pertama kali. Makan bihun goreng berperisa lada sulah. Sabor je lah, benda free. Tak boleh nak komplen. Cuma, terfikir jugak. Tukang masak ni, tak test dulu ke sebelum nak menjamu orang? Last-last, membazir jugak jadinya bila orang makan tak habis.

Post a Comment

0 Comments