#DRPB : EPISOD 17

/
0 Comments
26 July 2013
17 Ramadan 1434H


Hari ni boss duk cerita hilang telefon bimbit dalam teksi. Kesian. Duk mengadu pasal contact numbers yang ada dalam tuh. Telefon dia tak sayang pun, asalkan dapat balik semua contact number tuh. Betul jugak kan? Kalau phone hilang, seksa hilang phone satu hal, hilang contact number tu lagi seksa woo. Nak roger orang pun masalah, orang nak roger kita pun satu masalah lagi. Moral of the story, jaga telefon baik-baik. Takpun, backup contact list kat tempat lain.


Selesai kerja, terus menuju ke Bazar Ramadan Setapak Jaya. Pening jugak nak cari bazar nih, tak tau kat mana. Tu pun, pergi dengan public transport. Terkial-kial cari stesen mana yang dekat dengan bazar tuh. Rupanya, stesen Wangsa Maju dah dekat. Cuma kena ambil teksi sebab malas nak menapak. Beria kan nak ke bazar? Bukan apa, ini pun sebab kerja. Kerja untuk blogging, so redah je lah.


Sempat jugak beli samosa dan murtabak pekan di bazar. Nak balik dah tak sempat, jadi berbuka la dengan kedai makan tepi jalan dekat area stesen Wangsa Maju.Boleh tahan sup daging kat sini. Marvelous! Lepas berbuka, terus bergegas balik takut tak sempat nak solat maghrib. Memandangkan dah lewat, berhenti di Masjid Jamek untuk solat maghrib. Alang-alang, terus berterawih kat situ.


Minggu ni agak penat, asyik balik lewat je, malam baru sampai rumah. Masak pun dah cuti seminggu. Hari-hari ada hal. Takpe lah, selagi ada rezeki yang masuk, kita terima dengan hati terbuka. Yang penting, yang wajib tak terbabas. Terawih pun kadang-kadang tak sempat berjemaah di masjid/surau. Bila dah selang-seli camni,mulalah rasa liat.Adeh!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...