6 TOKOH TERSOHOR DI SATU LOKASI UNTUK SATU TUJUAN

 6 tokoh tersohor
 Siapa?

Bertandang ke satu lokasi
Di mana?

Dengan hasrat untuk merealisasikan satu tujuan
Apa?

Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan.
Kita rungkaikan persoalan ini satu per satu.
Taking up your precious time and find out what is all about.
Semuanya bakal terjawab di sini www.KonvensyenUsahawanMuslim.com


Siapa?



Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Penceramah Bebas

Datuk Nadzim Johan
Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin.
Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd

Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan
Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport  

Dato’ Sri Syed Zainal Abidin
Pengerusi Minsyam Sdn Bhd.

Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)
Mentor Jutawan Senyap


Nama-nama di atas sounds familiar right? Inilah dia 6 tokoh usahawan tersohor di Malaysia. Pernah dengar nama-nama besar di atas? Kalau pernah dengar nama atau kenal, pernah ke berjumpa dengan mereka? Kalau belum pernah jumpa face to face, ini lah peluang keemasan untuk kita semua mengambil peluang. Bukan sekadar bertemu mata dengan mereka, bahkan dapat kutip sedikit-sebanyak ilmu daripada mereka mengenai keusahawanan. Ya, mereka adalah usahawan Muslim yang terbilang.


Di mana?

 Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang beralamat di :
Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ‎


Apa?


Tak lain tak bukan Konvensyen Usahawan Muslim : Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah pada 7 September 2013.


Siapa kat sini tak pernah shopping di Mydin?
Siapa kat sini tak pernah masuk kedai Al-Ikhsan?
Siapa kat sini tak pernah naik kereta Proton?
Siapa kat sini tak pernah tahu penulis buku Tentang Cinta?


Mungkin, ini lah peluang terbaik untuk kita semua mengenali lebih dekat tokoh ternama ini. Mengambil peluang untuk mendengar kisah mereka dengan telinga kita sendiri. Jom, save the date!



Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk www.KonvensyenUsahawanMuslim.com


*****
Time duk belek-belek facebook www.KonvensyenUsahawanMuslim.com tadi, nampak status-status yang diupdate oleh admin. Rasa tertarik untuk berkongsi sedikit-sebanyak kata-kata perangsang kepada kita semua selaku Muslim untuk cuba sedaya-upaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Semoga bermanfaat!


Orang yang berjaya ialah orang yang banyak bergerak.Bergerak untuk mencari ilmu dan bergerak untuk mengambil langkah. Mereka tidak suka berpeluk tubuh.

Jalan itu panjang,namun tempuhilah ia dengan penuh sabar.

Langkah 1,Percaya.Langkah 2,Buat......Langkah 3, Dapat!
Ini adalah 3 langkah untuk membuat setting dalam minda sekiranya kita mahu mencapai target dalam bisnes.

Apabila anda percaya, anda sudah melangkaui separuh daripada perjalan untuk mendapat kejayaan itu.Lagi separuh ialah mengambil tindakan

Kejayaan akan datang dalam bisnes apabila anda belajar bagaimana untuk berjaya.Namun ia belum cukup tanpa disertakan dengan usaha

Seorang usahawan perlu mempunyai niat untuk banyak membantu orang lain.Salah satunya mempunyai keinginan untuk menyediakan peluang pekerjaan buat orang lain.Orang yang makan gaji mereka suka mencari pekerjaan.Jadi anda sebagai usahawan anda menjadi seorang yang menyediakan pekerjaan  

Apa jua keadaan anda sekarang,tiada alasan untuk tidak bergerak.Tidak semua orang berada dalam keadaan selesa ketika sedang mendaki puncak kejayaan.Ambil langkah untuk sukses,walaupun dengan hanya langkah sekecil semut.Itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa pun.

Siapa pun kita pada hari ini,kita pasti diciptakan oleh Allah swt sesuatu yang unik.Yakin dengan diri sendiri adalah kunci untuk sukses dan bahagia  


Bila baca balik apa yang ditulis, memang agak terkesan di hati. Feel motivated! Jujur aku katakan, aku memang minat dalam bidang keusahawanan. Sebab tu dari sekolah rendah pernah buka kedai runcit sendiri walaupun hanya di bahagian dapur rumah secara kecil-kecilan. Masuk sekolah menengah pulak, time menengah rendah dan menengah atas selalu join Program Usahawan Muda (PUM). Zaman universiti pun sama. Dalam kesibukan duk study dan buat final year project, sempat lagi berpakat dengan housemate jual dadih,hahahaha. Yeah, itu lah asam-garam dalam kehidupan. One fine day, semoga kejayaan yang lebih besar dapat dicapai, inshaAllah. That's why, kalau diberi ruang dan peluang, rasa macam berkobar-kobar je nak join www.KonvensyenUsahawanMuslim.com ni.


Kalau korang pun nak join sama, boleh klik www.KonvensyenUsahawanMuslim.com

Selamat maju jaya

Post a Comment

6 Comments

  1. harus kagumi mereka kerana mereka orang islam yang berjaya!

    ReplyDelete
  2. terbaik. program yang bakal berlangsung tu pasti superb..

    ReplyDelete
  3. Pembunuh Tanpa Bayang :
    Betul tuh
    Kalau baca balik sejarah hidup mereka, mereka bermula dari bawah
    belajar bersusah-payah
    kagum!

    ReplyDelete
  4. boni kacak:
    tu lah, lagi superb kalau dapat join sekali nanti
    harap-harap ada kelapangan

    ReplyDelete
  5. Nizam Ijam:
    Ya, ini adalah antara usahawan Muslim yang berjaya di Malaysia

    ReplyDelete