SAMSUNG GALAXY S4 ATAU HTC ONE?

/
17 Comments
Nak beli handphone ni, banyak benda nak kena consider. Kadang-kadang boleh buat kita pening dan konfius mana satu nak pilih. Ye lah, kalau boleh, nak lah beli handphone yang terbaik di pasaran dengan harga yang berpatutan. Lagi satu, "brand". Ya, ada yang prefer Samsung, ada yang prefer Apple, ada yang prefer HTC. 


♪ ♫ ♩ ♬ Yang mana satu... Idaman kalbu....Tidak tertahan... Nak beli satu...♪ ♫ ♩ ♬ 


Kalau diberi pilihan, antara telefon Samsung Galaxy S4 dan HTC One, mana satu pilihan korang? Ce bagi idea sikit...

Samsung Galaxy S4

VS

HTC One


First, jom kita tengok harga di pasaran. Cek duit dalam dompet jap.. Kalau beli Samsung Galaxy S4 RM2199, tapi kalau beli HTC One RM2299. Uiksss, nampaknya HTC One mahal sikit kalau compare dengan Samsung Galaxy S4. Walaupun beza RM100 pun, kena tengok jugak features yang menarik yang ada pada kedua-dua smart phone. Kena fikir masak-masak. Jom usha....

SAMSUNG GALAXY S4

 HTC ONE
Correction: Weight 143g

Saiz?
S4 lebih lebar dan nipis, tapi HTC One lebih panjang

Berat?
Samsung S4 lebih ringan

 Skrin?
Samsung S4 lebih besar tapi HTC One lebih tinggi PPI Pixel Density

Processor?
Samsung S4 dengan Octo-Core 1.6Ghz dan HTC One dengan Quad-Core 1.7Ghz.
Hah, pilih la mana satu yang lebih power!

Kamera?
Samsung S4 lebih baik, 13MP berbanding HTC One yang hanya 4MP walaupun kedua-duanya ada dual-camera 
Kamera untuk HTC One 4 UMP (terima kasih untuk pembetulan Ahamad Albab), orang kata dah macam standard DSLR. Tapi, kamera S4 not bad, 13MP. Pastinya, dua-dua ada dual camera. Pilih mana yang berkenan ye. Kalau kaki photo, pilih kamera yang power!


Hah, macam mana agak-agak, mana satu pilihan kalbu? Kalau yang jenis suka bergambar, sah-sah akan ambil better camera right? Tapi, kalau yang lebih prefer kepada processor, mungkin ada yang prefer HTC One. Lain orang, lain citarasa. Terletak di tangan si pembeli.


Alang-alang duk cakap pasal smart phone Samsung S4 dan HTC One ni, kebetulan DiGi ada buat promosi sekarang. DG Smart Plan dengan menawarkan harga smart phone yang lebih murah. 


 Apa yang istimewa sangat pasal DG Smart Plan? 
Selain daripada mendapat smart phone dengan harga yang lebih rendah, korang jugak akan dapat menggunakan internet sehingga 6GB, 600 minit panggilan, 600 SMS dan unlimited surfing via opera mini. Semuanya bergantung kepada pakej yang kita pilih.


Samsung Galaxy S4 serendah RM1199


HTC One serendah RM1269


Kalau rasa berminat, boleh lah rujuk pada poster yang ada kat tuh. DG Smart Plan ada 3, sama ada 58, 88 atau 148. Perlu ingat, ukur badan di badan sendiri. Pilih ikut kemampuan, nanti terbeban pulak nak bayar tiap-tiap bulan. Nanti tak pasal-pasal kena cukur bulu ketiak pi jual untuk bayar hutang, lol.


Samsung Galaxy S4 atau HTC One?

Pilihan di tangan anda


Kalau berminat, boleh usha-usha di DiGi Store berhampiran dengan anda untuk maklumat lanjut!


 Tak pun, boleh layari website:

Samsung Galaxy S4


HTC One



Notakaki : Kalau beli Samsung Galaxy S4 atau HTC One dengan DiGi, nanti dapat free Music from DEEZER! Layann...............Kalau diberi pilihan antara 2 nih, gua mau pilih Samsung Galaxy S4. Muahhhh!




Brought to you by

Sponsored by

Disclaimer: This is a sponsored post by Nuffnang


You may also like

17 comments:

  1. bukan itu shj.... samsung s4 juge peka dgn retina, klo tgh tgk video dan anda tidak tgk ke arah screen... auto stop!!!! waaaa.... and auto resume lps anda kembali tgk ke scren... tp klo peka sgt pun susahhh... video asyik stop je... huhu (-_-!!)

    ReplyDelete
  2. waaaaahhh... seronoknyaaa kalau dapat dua-dua.. hehehee

    ReplyDelete
  3. htc one nampak sgt elegen.. :P

    ReplyDelete
  4. S4 lagi best.. macam menarik aja pakej yang ditawarkan ni.

    ReplyDelete
  5. Dkna Abza:
    tu la, nampak cam best je tengok review pasal S4
    tapi, dengar kata HTC One pun gempak jugak

    ReplyDelete
  6. annie abd ghani:
    waah, ni testimoni dari pengguna Samsung Galaxy S4 ke?
    yang slide gambar guna motion tu ohsem jugak tengok, tak payah touch

    ReplyDelete
  7. KiD:
    harap-harap dapat free sebijik kan? haha
    mana-mana satu pun tak kisah

    ReplyDelete
  8. casablander:
    dengar kata, camera pun not bad
    kualiti picture dah macam DSLR

    ReplyDelete
  9. Pokok Manggis Depan Rumah:
    Ramai peminat S4 nampaknya :)
    tu lah, pakej yang DiGi offer ni agak menarik
    Lagi murah, lagi jimat klu compare dari beli kat kedai

    ReplyDelete
  10. S4 tetap menjadi pujaan hatiku :)

    ReplyDelete
  11. Sop:
    bro sop pun minat S4 jugak
    ramai betul yg prefer S4 nih

    ReplyDelete
  12. Pembetulan. HTC One 4 Ultra MP bukan 4MP.

    ReplyDelete
  13. Galaxy s4 lbh ringan pasal body plastik dn hanya bumper tepi sahaja keluli. Htc lbh berat pasal body full metal.
    camera htc one adalah 4 ultra MP bukan 4MP manakala s4 13MP berhati-hati ketika membuat sesuatu kenyataa.

    ReplyDelete
  14. Pembetulan. HTC One 4 Ultra MP bukan 4MP.

    ReplyDelete
  15. Ahmad Albab:
    terima kasih bro untuk teguran dan nasihat...
    yup, nanti kena edit part kamera tu
    HTC One kamera dia dah macam qualiti DSLR..

    ReplyDelete
  16. Sekarang tgh pakai s4.sgt xberpuas hati dgn kamera yg sgt lembap especially bila pakai flash.i punye htc one x yg dulupon camera lg cantek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...