YNOT GRAFFITI COMPETITION

/
0 Comments


Tak sangka pulak, tabiat menconteng dinding-dinding sekolah, dinding-dinding rumah, tandas-tandas awam, bangunan-bangunan di pusat bandar, kini dah jadi satu seni. Ya, seni graffiti. Sekali pandang, ape kebenda la yang diorang conteng-conteng nih. Tapi, kalau diteliti dan diamati betul-betul, sebenarnya setiap contengan yang kita lihat ada seni dan mesej yang cuba disampaikan.


Sedar tak sedar, ramai jugak bakat-bakat muda yang hebat dalam seni graffiti ni. Contoh terdekat? Kalau pergi ke Pasar Seni,cuba tengok hasil seni yang terpampang di tembok konkrit. Macam-macam lukisan yang ada, bukan calang-calang lukisan, tapi ohsem!


Dengan itu, pihak Resort World Genting telahpun mengadakan satu pertandingan "Spark your creativity with Graffiti" terbuka kepada bakat-bakat muda untuk menonjolkan bakat masing-masing. Hadiah yang ditawarkan pun cukup lumayan, sehingga RM40,000 untuk dimenangi. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Student Category dan Open Category.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan, boleh rujuk di RWGenting's website (klik seni),


Kini, penyertaan sudahpun diterima. Undian akan mula dibuka pada 16 April 2013 di facebook. Untuk semua rakyat Malaysia, terutama peminat seni graffiti, bolehlah undi hasil seni yang difikirkan menarik dan layak untuk menang di Facebook App Page (klik sini). Pemenang akan berpeluang untuk mempersembahkan hasil seni graffiti mereka secara live di Genting Highlands pada 11-12 April 2013. 40 finalis (20 bagi setiap kategori) akan dipilih berdasarkan undian tertinggi dan juri professional.


Apa yang menarik sempena YNOT Graffiti Competition ni, pihak Resort World Genting juga telahpun mengabadikan hasil seni yang menarik di beberapa perhentian bas di lokasi-lokasi terpilih. Sebanyak 8 perhentian bas sudahpun dihiasi dengan seni graffiti di sekitar Lembah Klang. Untuk tahu lebih lanjut (klik sini).


8 masterpieces berikut dihasilkan oleh 3 kolej dan 2 artis iaitu IACT College, Alpha College dan Aswara College. 2 individu yang turut mempamerkan hasil seni mereka adalah Chekri dan Nazmi.
.
By Alpha @ Jln Semantan

By Aswara @ Jln Ampang

By Aswara @ Jln Pudu

By IACT @ Jln Barat

By Chekri @ Jln Raja Chulan

By IACT @ Jln University

By Nazmi @ Jln Sultan Ismail

By Alpha @ Lebuh Bandar Utama

Jangan lupa untuk mengundi Graffiti di Facebook App Page (klik sini) bermula 16 April 2013


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...