FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : EPISOD 3

/
7 Comments
Untuk Episod 3 Fear Factor Selebriti Malaysia, rakaman penggambaran dilakukan di Brackenfell Farm. Macam Episod 2, ada 2 cabaran untuk diatasi.Cuma, cabaran 1 untuk minggu ni ada imuniti untuk top 3 dengan catatan masa terpantas. Imuniti ni membolehkan  peserta untuk meneruskan cabaran 2 demi merebut RM10,000 untuk juara mingguan ataapun nak tarik diri dan berehat daripada menyertai cabaran 2 kerana sudahpun layak untuk mara ke Episod 4.

Episod 3
Cabaran 1 : Balang busuk dan Kunci
 
Dalam cabaran 1 ada 4 balang busuk iaitu (1) Siput babi, (2) Lintah dan lumut, (3) Perut ikan, sotong, dll dan (4)Cacing dan ulat sagu.Untuk cabaran ini, perserta dikehendaki menolak apa jua isi yang ada dalam balang tuh dengan menggunakan muka dan kepala untuk mencari nombor. Kombinasi 4 nombor daripada 4 balang membolehkan mereka membuka kod mangga dan melepaskan diri dari ikatan untuk membunyikan  loceng sekaligus menamatkan masa cabaran.

Pasukan paling pantas dan mendapat imuniti:
  1. Alama wakaka dan Arja Lee
  2. Dazrin dan Hairul
  3. Farish dan Akim
Pasukan  paling lambat menamatkan cabaran
  1. Atu Zero dan Azri AF9
  2. Celina Khor dan Arthur Tan
  3. Dr Faiz dan Jehan Miskin
Kemungkinan besar, antara 3 kumpulan yang mencatat masa terburuk bakal disingkirkan. Cabaran 2 bakal menentukan segala-galanya.
 
Cabaran 2 : Kuda dan kayu besbol
 
Dalam cabaran 2, seorang peserta perlu pegang besi yang  diikat pada kuda dan sorang lagi akan diikat kaki kepada perserta pertama dan perlu pegang kayu besbol untuk pukul palang-palang sepanjang litar. Mereka akan diheret oleh kuda dan perlu menumbangkan palang-palang di sekitar litar kuda sebanyak yang mungkin.

Untuk cabaran 2, hanya Celino Khor dan Arthur je yang tak berjaya habiskan cabaran sebab Arthur terlepas kayu besbol. Kesian....


Juara Mingguan
Gambit
Alif Hadi

Peserta yang tersingkir
 Celina Khor  
Arthur Tan


 

Credit photo : Fear Factor Malaysia

Siaran ulangan Fear Factor Selebriti Malaysia pada hari Ahad, 200-300 petang di Astro Ria

  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||
|| Profile peserta || Selebriti Fear Factor ||

Cabaran Mingguan


You may also like

7 comments:

  1. Suka terlupa nak tengok... tapi terer eh si Dazrin dan Hairul tu.. hensem pun ye jugak... hoho

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Nadot:
    tu lah, tiap-tiap minggu jadi top je nih Dazrin dan Hairul
    tapi,juara fear factor selebriti malaysia masih lagi jadi persoalan
    sebab masing-masing hebat

    ReplyDelete
  4. Cik Cammy Lia:
    geli-geli pun, dapat RM10K mingguan
    juara RM200k
    sebab tu depa sanggup buat

    ReplyDelete
  5. Eazy Izzuddin:
    betul tu bro, setiap hari sabtu kul 9 malam konpem terlopong depan tv,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...