A POPCORN SESSION : LES MISERABLES

/
2 Comments



LES MISERABLES
The Musical Phenomenon

Fight - Dream - Hope - Love

the world's longest running musical
seen by over 60 million people
in 42 countries
winner of 96 international awards

Director 
Tom Hooper

Starring by
Hugh Jackman
Russell Crowe
Anne Hathaway
Amanda Seyfried

Duration
157 minutes

Synopsis
In 19th-century France, Jean Valjean, who for decades has been hunted by the ruthless policeman Javert after he breaks parole, agrees to care for factory worker Fantine's daughter, Cosette. The fateful decision changes their lives forever.


Sepanjang aku hidup, tak pernah lagi tengok wayang filem muzikal di cinema. Ini first time. Rasanya seolah-olah tengok teater. Cuma, agak weird bila semua patah perkataan ada lenggok-lenggok dan nyanyi-nyanyi. Susah benar nak dengar nada cakap biasa. But, but, but, believe me, Les Miserbales ni punyai jalan cerita yang best. Tak percaya, boleh tanya sape-sape yang dah tengok. Kalau tak, mana tahan nak dengar orang bernyanyi je selama 157 minit kan?


Nuffnang Premiere Screening of Les Miserables
20 December 2012 (Thursday)
9.45pm
GSC, Midvalley



Filem ni mengisahkan pasal 4 watak utama iaitu Jean Valjean (hero) , Javert  (police), Fantine dan Cosette. Di permulaan cerita, story pasal Jean Valjean jadi tahanan di penjara. Javert ni adalah polis yang tak berhati perut. Then, bila Jean Valjean bebas, dia mencuri kat rumah orang kaya. Tapi, apa yang menarik orang kaya tuh memaafkan kesalahan yang dia lakukan. Siap nak bagi lagi barang lain suruh bawak sekali. Mulai saat itu, dia mula sedar untuk menjadi orang yang baik-baik. Sehinggakan, beberapa tahun lepas tu dia jadi mayor dan bela orang-orang yang ditindas dan bantu orang-orang yang susah.


Pertengahan cerita, pasal Fantine. Lain pulak dengan Fantine. Dia tidak dimaafkan setelah membuat satu kesilapan kecil. Bila bos yang suka kat dia tahu dia dah ada anak, terus gaduh besar. Siap halau dan dibuang kerja. Tanpa sedikitpun diberi ruang untuk beri penjelasan. Mulai saat itu, Fantine tiada kerja untuk kumpul duit demi menyelamatkan anak kesayangannya iaitu Cosette yang tengah sakit. Tertekan dengan keadaan itu, Fantine sanggup lakukan apa saja sehingga sanggup menjadi pelacur dan hidup dalam serba kehinaan dalam paksaan.


Lepas tuh, Fantine meninggal. Jean Valjean diamanahkan untuk jaga Cossete. Apakah kesudahannya? Selamatkah Cossete? Aku pun tak tahu sebab terpaksa keluar awal. Maklumlah, naik KTM punya pasal,lambat tak boleh balik, LOL. Member aku cakap, cite ni best. Aku pun yakin sebab kat box office, Les Miserables mencatat kutipan terbanyak.Fuyoh!





Premiere Screening kali ni agak miserables sebab kena tunggu lama depan cinema sebelum dapat masuk. Huh, berpeluh jugaklah ketiak tunggu. Sebab tu terpaksa blah awal,sebab tayangan start lambat. Tapi, nasib baik Nuffnang baik hati siap bagi popcorn dan air free untuk semua bloggers malam tuh. Thanks ya!


Terima kasih vip jemputan : Shahir Naim


notakaki : kalau boleh, harap-harap Nuffnang buat tayangan awal sikit. Kesian la orang macam saya ni yang pergi dengan public transport.Terkedek-kedek nak kejar train untuk balik. Oppss, lagi satu.Saja nk bagitau, ini entri basi, baru sempat nk publish. Bizi punya pasal. Berkulat dah di dashboard, lol


You may also like

2 comments:

  1. Memang musical in sebuah tearjerker.

    ReplyDelete
  2. Jeff Lee:
    haha, nangis lettew
    seriously, jalan cerita die best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...