Tadi belek-belek buku (facebook), kemudian terjumpa ramai yang share satu pengumuman penting.




Pengumuman yang dibuat oleh Puan Dorah Darul yang mencari dan memerlukan sesiapa saja yang berdarah O+ untuk menderma darah kepada anaknya, Nur Kaiyisah Mohd Fadzli kerana menghidap Talesimia. Paling utama, adik Kaiyisah memerlukan bekalan darah setiap bulan.


Masalahnya, jenis darah O+ (R1r JKa-Fyb-S-K) amat sukar diperolehi. Lagi satu, tak ramai yang menderma darah. Mungkin sebab itu, bank darah negara sentiasa memerlukan penderma darah. Ni pun pernah buat bancian pasal derma darah time study dulu : BANCIAN


Maka dengan ini, selaku pemilik darah O+, rasanya ini tanggungjawab kita semua untuk tampil membuat pemeriksaan darah dengan kadar segera dan jika diizinkan dan bertepatan dengan jenis darah yang diperlukan, marilah sama-sama kita menderma darah untuk adik Kaiyisah. Soal habuan, ganjaran dan seumpanya, tolak tepi lah. Lagipun, darah yang kita ada ni pun tak berbeli dan berbayar. Semoga niat baik kita dalam membantu mereka yang memerlukan mendapat balasan yang setimpal dariNya kelak.


Jom bantu Adik Kaiyisah!


notakaki : Kepada sesiapa yang ingin membantu sila tampil dan menghubungi Puan Dorah Darul. Jika tak mampu nak menderma, share information ni kepada kawan-kawan dan orang awam pun sudah cukup. Semoga penderma darah O+ untuk adik Kaiyisah dapat ditemui dengan kadar yang segera. 

Ada lagi ke orang yang tak pernah tahu dia darah apa? Pergilah cuba cek, dan kalau layak, cubalah menderma darah sekali-sekali. Sebab apa? Sebab sekali kita derma darah, kita mampu menyelamatkan 3 nyawa.