SEHARI DI RUMAH PENYAYANG BESTARI, KUALA LANGAT

11 Ogos 2012

Rumah Penyayang Bestari,
Kampung Sungai Buaya,
Kuala Langat, Banting
Selangor

Alhamdulillah, diberi peluang untuk turut serta dalam program khidmat bakti di Rumah Penyayang Bestari. Secara peribadi, ini kali pertama berkesempatan dan berpeluang untuk meluangkan masa sehari bersama adik-adik di sini. So, excited la sikit. Experience baru katakan.

Rombongan ahli sukarelawan lebih kurang 70 orang telah memeriahkan suasana di Rumah Penyayang Bestari dengan pelbagai aktiviti termasuklah gotong-royong, mengecat, dekorasi dan sesi beramah-mesra bersama adik-adik.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif di mana bilik belajar di sini telah pun berjaya ditransformasikan menjadi bilik yang lebih selesa dan kondusif untuk mereka belajar.Sempena bulan Ramadhan, majlis berbuka turut dijalankan. Kemuncaknya, bantuan dan sumbangan diberikan kepada semua ahli Rumah Penyayang Bestari termasuklah duit raya, makanan, pakaian dan barang-barang keperluan harian.


Paling bermakna, sukarelawan yang terlibat meliputi semua kaum, tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Tidak dilupakan juga, warga dari Sabah jauh nun di sana. Apa yang penting, masing-masing memainkan  peranan untuk menjayakan misi kali ini.


Kumpulan yang telah bekerja keras untuk membersihkan, mengemas, mengecat dan menghias bilik belajar. Satu usaha yang cukup bermakna dan membanggakan. Tahniah kepada semua akak-akak dan abang-abang yang mengerah keringat, bermandi-peluh demi menceriakan suasana di Rumah Penyayang Bestari. Anda semua memang awesome!


Inilah dia wajah-wajah ceria adik-adik Rumah Penyayang Bestari yang mendapat tajaan pakaian raya dari kedai pakaian tempatan. Semoga hari raya adik-adik lebih bermakna.

AKTIVITI

Untuk menceriakan keadaan dan menggembirakan adik-adik, kami tampil dengan sesi aktivit bersama mereka. Selain giat beraktiviti, kami mengambil kesempatan yang ada untuk berkenalan dan berkongsi cerita dengan mereka.

30 ahli Rumah Penyayang Bestari dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu menghabiskan kesemua 5 aktiviti untuk mengumput mata keseluruhan sebelum diumumkan sebagai juara. Antara aktiviti yang diadakan adalah:
  1. Sepakat membawa berkat
  2. Pancing botol
  3. Isi air dalam botol
  4. Connect the dots dan regu
  5. Find the right balloons
 Jenuh jugak nak buat modul untuk aktiviti nih. Ye lah, kena fikir aktiviti yang dapat dilaksanakan dan disertai oleh semua adik-adik yang berusia dari usia 7 tahun sehinggalah 17 tahun. Sesiapa nak buat program untuk anak-anak yatim nanti, boleh la mintak kalau nak modul/ penerangan lanjut untuk setiap aktivit kat atas tuh,haha

Dengan bantuan abang-abang handsome dan kakak-kakak cantik, akhirnya apa yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Nampaklah adik-adik gembira dan senyum sampai ke telinga. Terima kasih ye! Tahniah kerana telah menjayakan program ini.

 Connect the dots

 Hah, perah span tu sampai penuh botol

 Ewah, pancing jangan tak pancing

Turun sikit, angkat sikit, ke kanan, ke kiri, ok, selamat!
Sepakat membawa berkat


Seterusnya, cerita pasal juadah berbuka puasa. Seawal 500 petang lagi, acara membakar satay giat dijalankan. Meriah, dah macam hari raya.

 Satay ayam ada, satay daging pun ada

Pelbagai juadah disediakan untuk adik-adik dan semua sukarelawan yang ada. Dari kuih-muih, sehinggalah kepada nasi dan lauk-pauk. Paling syok, adik-adik dihidangkan dengan ayam KFC. Tak ketinggalan air Ribenna dan orange sebagai penghilang haus dan dahaga setelah seharian bergotong-royong dan beraktiviti.

Selepas solat Maghrib berjemaah, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang untuk aktiviti berkumpulan sambil menjamu juadah berbuka puasa.

 Kumpulan Itik dinobatkan selaku juara keseluruhan. 
Tahniah kepada semua adik-adik di bawah pimpinan dan bimbingan Abang Wan dan Kak Ayu. 
LIKE, lol

 Kemuncaknya, upacara penyampaian sumbangan dan duit raya kepada kesemua 30 orang adik-adik Rumah Penyayang Bestari.

Hulurkan tangan, ringankan beban

Sebagai penutup program, adik-adik dihiburkan dengan pertunjukan bunga api.Dah macam pesta merdeka dah jadinya. Apapun, semoga semua aktiviti dan khidmat bakti yang dijalankan sepanjang sehari ini dapat memberi seribu satu makna dan menggembirakan mereka.

Bergambar kenang-kenangan bersama adik-adik Rumah Penyayang Bestari dan para sukarelawan


:::notakaki::: 
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma dan pemberi sumbangan!
Terima kasih kepada semua fasilitators yang menjayakan aktiviti yang dirancang Wan Shahir, Idayu, Abdul Hakim, Mirra Nabila, Ain Idris, Fatin Nadiah, Nurul Ain Razak, Shahir Naim, Salihah, Dilla, Junior. Tidak dilupa kepada abang/kakak yang jaga stesen untuk setiap game : Aidil, Shafique, Moon, Eida, Izzati.Tahniah kepada semua kerana sudahpun menjayakan misi ini terutama yang mengerah keringat bergotong-royong, mengecat dan F&B department yang menyediakan juadah yang sedap dan lazat. Untuk video sepanjang program yang sudahpun dirakam, nanti sama-sama kita tonton semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri :)


Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Photo credit : Anabella

Post a Comment

8 Comments

  1. Hans:]
    yeah, the most important thing is to make them feel happy :)
    glad to have chance to be there

    ReplyDelete
  2. Assalam. Kelab sy ingin mengadakan program bersama anak yatim. Blh tak kalau sy nk minta detail aktiviti utk adik2 ni? Email sy tharwah94@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya dan kawan2 akan mengadakn program bersama ank yatim. Boleh tak nk thu lebih lanjut penerangan atau modul tentang aktiviti untuk mereka? Email sy maisarahidayu@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualakum, saya ingin mengetahui secara lebih lanjut kelima-lima aktiviti bersama anak-anak yatim, sila emel kepada jesimanurul@yahoo.com. Jika anda mengetahui lokasi rumah anak-anak yatim di kawasan Kajang, Bangi, Seremban, Semenyih bagi malanjutkan program gotong royong dan aktiviti games sila email butiran tersebut juga, Amat menghargai kerjasama anda. May ALLAH bless you and your team. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya ingin mengetahui kelima lima aktiviti tersebut dengan lebih lanjut, sila emel kepada jesimanurul@yahoo.com. Jika anda mengetahui lokasi tempat rumah anak- anak yatim yang dhaif bagi program gotong royong dan games di area Kajang, Bangi, Semenyih, Seremban, atau area berdekatan sila emel butiran tersebut juga. Amat menghargai kerjasama anda. May ALLAH bless you. Thank You.

    ReplyDelete
  6. Boleh tak saya nak mintak no tel. Pusat jagaan tu? Sbb saya dan kawan² ada terima tugasan untuk latihan bina insan, jadi kami bersepakat nak buat program berhari raya bersama anak yatim. So, jika tidak keberatan bole lah berkongsi maklumat program tersebut ya. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusat Jagaan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat (Rumah Penyayang Bestari)

      Alamat: Kampung Sungai Buaya Banting, 42700 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

      No Telefon: 03-31203385

      Delete