SEBELUM DAN SELEPAS

/
2 Comments
SEBELUM
"Kalau tak sibuk, tak dikejar "dateline", tak dipanggil "student", ye dak?

Macam tu lah hidup seorang "student", di mana jua kita berada menuntut ilmu. Assignment, Project, Quiz, Test, Report dan kaum-kerabatnya tuh dah sebati dalam diri. Buat kerja "last minute", study "last minute", dah jadi normal. Selagi tak dekat dengan "due date", selagi itu tak mahu terkedek-kedek buat. Macam aku. Bila dah semuanya dekat dengan "due date", mulalah nak berkalau-kalau.

Kalaulah aku buat awal-awal......

Kalaulah buat projek lain bukan projek ni.....

Dan macam-macam kalau lagi yang keluar

Hakikatnya, semua sudah terlambat. Bak kata Cikgu Yoe time Fizik dulu, "Kalau main buah kalau, kepala kereta api pun buleh buat colek". Dalam erti kata lain, tak payah nak beralasan. Masalahnya, sampai sekarang tabiat tuh tak blah blah dari dalam diri. Astaghfirullahalazim...Ish3 (Giling kepala sampai pening).

Lepas tu, bila dah "due date" makin dekat, baru nak terkedek-kedek buat list down "things to do". Sekali buat, mak aih. Panjang berjela tuh. Banyak jugak kerja kena siapkan. Masa dah suntuk. Hah, mulalah rasa tak senang duduk. Ni orang kata, "sudah terhantuk baru terngadah". Jadi zombi la malam-malam. Duk ratah dan mamah kerja-kerja yang bertimbun. Nak kencing, nak berak pun tertahan-tahan. Bajet "masa itu emas" la time-time genting macam ni? Tak paham dengan diri sendiri,haha.

Nasib baik ada quote "better late than never" dalam dunia nih. Duk pegang kata-kata ni lah, kasik semangat kembang sikit. Dah tau "due date" dah dekat pun, pulun la habis-habisan dengan buat-buat "cool", siapkan mana yang patut ikut keperluan dan kemampuan. Akhirnya, siap juga semua kerja yang bertimbun seperti yang ditetapkan. Saat tu lah, rasanya macam "lepas beban di bahu, lepas hutang seribu". Nak kentut pun rasa bebas, tak payah nak sorok-sorok lagi dah.

Tapi kan, penyakit "malasitosis" dan "last minute" ni, bukan aku je yang ada. Ramai jugak member-member yang malang berkongsi nasib yang sama. Semua sepakat jadi zombi secara berjemaah. Ada teman jugak nak buat kerja, taklah sunyi, tertekan sorang-sorang. Kalau tak, mau terjun bangunan sebab P = FA, (baca: pressure).


SELEPAS
Bila semua sudah selesai, perasaan nak pangkah semua kerja-kerja yang sudah 'settle" tu paling bahagia. Pangkah sana, pangkah sini, tinggal seciput je lagi yang belum ditempuhi. Huh, baru sedikit lega. Tapi ada lagi yang buat aku meruntun jiwa. "Oral presentation", "Projek presentation" dan "test". Hah, tu semua tunggu dibalun bila sampai waktunya.

Apapun, semoga berjaya buat semua rakan-rakan seperjuangan! 

Sudah 4 tahun 11 bulan kita lalui jerih-perih ini semua. Lagi sebulan je lagi. Ayuh, kuatkan semangat. Perasaan dah tak lalu hadap buku, 'lecture notes" semua tu, cuba persetankan sekejap. Aih, susah jugak sebenarnya, tapi sabor je lah, hermmmm.


notakaki : sedang tekun aku update blog, perbincangan ilmiah antara amir dan mayak sedang berlangsung. Bagus betul housemate aku. Aku ingat aku tengah ngigau, rupanya betul,haha. Percayalah! LOL

Eh, Aaron Aziz pun join sekaki?




You may also like

2 comments:

  1. biar perhempas pulas sekrang,esok esok nanti kita nikmati kesenangan dari kesusahan yang lalu dengan senyuman =)

    ReplyDelete
  2. Pembunuh Tanpa Bayang:
    insyaAllah, semoga jerih-perih harini bakal buat kita senang-lenang kemudian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...