Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari

-Saidina Ali-



Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri
Tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang berharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Itu kata Andak Rabitah

Apa kata aku?

Nukilan buat sahabat

Apa pulak kata anda?

Renungan #3
Orang yang selalu beri kita semangat, orang yang selalu hulurkan bantuan ketika kita dalam kesusahan, orang yang sentiasa ada di sisi kita tidak kira ketika susah mahupun senang, orang yang berani memberi teguran dan nasihat, orang yang boleh melawak sedangkan kita dalam kemurungan dan kemarahan, orang yang mampu buat kita ketawa dalam tangisan, merekalah yang layak diberi gelaran sahabat. Ingatlah, walaupun rakan kita bukan daripada "rahim" yang sama, tetapi kita semua di bawah "ar-Rahim" yang sama. 

Rakan mahupun sahabat, adalah saudara kita.


Carilah rakan dan sahabat walau seribu kerana seribu itu sedikit. 
Hindarilah musuh walau seorang kerana seorang itu ramai.

Entri terdahulu