PIALA MALAYSIA 2011 : KEPUTUSAN PENUH



Perlawanan peringkat kumpulan baru saja berakhir dengan 6 perlawanan kesemuanya. Kini, juara dan naib juara kumpulan A, B, C dan D bakal berentap di peringkat suku akhir. You kalah you go! iaitu peringkat kalah mati. Untuk Piala Malaysia 2011, peringkat suku akhir bakal menemukan kumpulan B dan C dan juga bakal menyaksikan wakil kumpulan A bertemu wakil dari kumpulan D.

Moh la kita tengok, siapa lawan siapa. Berikut merupakan keputsan penuh dan kedudukan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011.

KUMPULAN A


KUMPULAN B


KUMPULAN C


KUMPULAN D




Tu dia keputusannya. Milik siapakah Piala Malaysia 2011? Pastinya perlawanan di suku akhir menarik sebab Kelantan akan bertemu Terengganu. Macam ulangan Piala FA 2011 la dop? Adakah Terengganu akan kekalkan kemenangan ataupun Kelantan akan membalas dendam untuk menang kali ini? Tunggu dan lihat sajalah. Menang kalah adat bertanding, kawe tetap sokong Kelantan. Gomo Qlate Gomo



SUKU AKHIR 1
10 OKTOBER 2011 (ISNIN)
  • SELANGOR VS PERAK - STADIUM SHAH ALAM
  • FELDA UNITED VS NEGERI SEMBILAN - STADIUM MBPJ
  • TERENGGANU VS KELANTAN - STADIUM SULTAN ISMAIL
  • SABAH VS T-TEAM - STADIUM LIKAS

SUKU AKHIR 2
14 OKTOBER 2011 (JUMAAT)
  • PERAK VS SELANGOR - STADIUM IPOH
  • NEGERI SEMBILAN VS FELDA UNITED - STADIUM PAROI
  • KELANTAN VS TERENGGANU - STADIUM  SULTAN MUHAMMAD 1V
  • T-TEAM VS SABAH - STADIUM SULTAN ISMAIL



10 FAKTA MENARIK TENTANG PIALA MALAYSIA 2011
  1. Saingan kumpulan B jelas menunjukkan Terengganu dan Negeri Sembilan menempah tiket awal ke suku akhir
  2. Saingan kumpulan C jelas menunjukkan Kelantan dan Felda United menempah tiket awal ke suku akhir
  3. Saingan kumpulan A jelas membuktikan Perak dan kumpulan D T-Team menempah tiket awal ke suku akhir di saat pasukan-pasukan senagkatannya terpaksa berhempas-pulas untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
  4. Berdasarkan perlawanan peringkat kumpulan, Perak adalah team terkuat dengan rekod bersih tanpa kalah. Rasanya ada can Perak nak meranapkan Misi-33 Selangor. Hermmm
  5. Felda United mengejutkan Kelantan dengan kemenangan bergaya 2-0. Biasanya Felda yang jadi belasahan Kelantan, tapi perlawanan peringkat kumpulan telah memberi kemenangan pertama buat Felda United menentang Kelantan. Hutang gol dibalas dengan gol. Perlawanan terakhir antara Kelantan dan Felda United menjadi medan membalas dendam dengan kemenangan buat Kelantan dengan jaringan yang serupa, 2-0. Stadium Sultan Muhammad IV masih kekalkan rekod bersih tanpa kalah.
  6. Suku akhir menemukan juara kumpulan B dan naib juara kumpulan C sekaligus naib juara kumpulan B bakal bertemu juara kumpulan C. Kelantan tiada pilihan, nak tak nak terpaksa juga bertemu Terengganu (Ulangan Piala FA 2011) ataupun Negeri Sembilan (Ulangan Piala Malaysia 2010) Bergelar selaku Juara kumpulan C, makanya Kelantan akan bertemu Terengganu. Herm, menarik. Salah satu team terkuat pantai timur akan pulang awal.
  7. Misi-33 untuk Selangor hampir tenggelam bila tiada kemenangan di perlawanan peringkat awal hingga mendesak jurulatih K Devan meletak jawatan. Tu dia, siap bawak sepanduk kot sampai letak jawatan K Dewan. P Maniam selaku jurulatih baru menyelamatkan kembali misi-33 dan melayakkan Selangor ke suku akhir di saat-saat akhir bila mencatat kemenangan bertemu Kuala Lumpur.
  8. Kuala Lumpur ibarat diberi harapan palsu. Selangkah di suku akhir rupanya tidak menjamin kemaraannya untuk menempah tiket ke suku akhir bila dihampakan oleh Selangor. Dari Naib Juara kumpulan, kekalahan membawanya ke tempat ke-tiga. Kesiannnnn
  9. Kedah pun tersingkir jugak. Sabah dan Perak nyata lebih kuat untuk berada di atas peringkat kumpulan.
  10. Memandangkan suku akhir antara Kelantan dan Terengganu, buleh tengok la ramai-ramai dengan housemates,haha. Kelantan (ah meng, jak, alip, pehe, nuar, mayak) dan Terengganu (amin, jahar). Pengadil kita bagi kat orang Besut (Jakir) sebab ada masalah identiti sikit nak sokong Terengganu ke Kelantan,LOL. Tengok bilangan ahli rumah, Kelantan 5 - Terengganu 2. Jadi 3-0 la dih? Ko guano? kahkahkah

notakaki : bias kepada team kelantan sebab ambo sokong klate,hahaha. Gomo Qlate Gomo! Biar buleh menang lawan ganu pahni. Frust gi Bukit Jalil tengok final FA 2011 kalah dengan Teregganu hari tuh tak habis lagi ni,hahaa. Biar menang la di suku akhir pahni.


Untuk penyokong THE RED WORRIORS, mari pakat baca nih -> AKU ANAK KELANTAN

Post a Comment

2 Comments