Time belajar kat universiti ni, macam-macam trend ada kalau nak prank member time birthday mereka. Tapi benda paling kejam aku buat time birthday Amir Maliki. Nak prank tuh siap plan ambil masa seminggu. Prank terbaik punya, paling banyak watak dan tempat yang digunapakai. Maklum la, ada orang sponsor kek kot malam tuh, ehem-ehem. Klimaks dia, motosikal aku yang dia pinjam tiba-tiba hilang. Masa tu aku berlakon baik punya, buat muka tension dan bimbang. Lakonan mantap Asip, Sariy, Zuhair dan dibantu pelakon tambahan Amin, Jahar, Seli, Pehe, Pok Jak pada masa tuh. Terbaik punya,hahahahaha. Itu semua 3 tahun yang lepas.


Prank-prank lain macam baling tepung, pecah telur, conteng kereta guna cat, dan macam-macam lagi antara trand yang kerap orang gunapakai. Tapi makan masa untuk buat. Kalau silap haribulan, buat pada mereka yang 'panas baran', aku rasa mampu je dapat flying kick free-free. Ulam dicita, pucuk mendatang.


Kali ni, mai nak bagi tips untuk prank birthday spontan. Bukan semua birthday member kita ingat kan? Alang-alang dah tau, tak syok nak ucap kat facebook je. Apa kata kasik prank sikit, bikin gempak biar sampai pecah perut. Raikan hari ulang tahun member, sekali setahun je.


Tips mudah je. Kalau keadaan terdesak, dalam masa yang singkat dan tidak sempat untuk membuat persediaan, take it easy. Pilih la barang-barang yang ada, balut cantik-cantik, jadikan sebagai hadiah.


Contoh macam ni


Aku dan housemate bersepakat kasik hadiah sorang satu sempena birthday member aku sorang ni. Idea spontan, balut dengan kertas surat khabar dan kertas A4 pun jadi laa. Asal ikhlas kan? hahaha. At least, gembira sikit member yang sambut birthday tu bila diraikan walaupun tidak seberapa. Ye dok?

Pok Jak dengan hadiah No 1, Pehe dengan hadiah No 2, aku dengan hadiah No 3, dan Amir dengan hadiah No 4.

Siap-siap balut, plan cantik-cantik, call cameraman (Alip) untuk rakam sebagai kenangan, maka prank pun bermula. Rombongan ke bilik mangsa. Tu dia, terkejut beruk tuan punya badan. Tiba-tiba banyak dapat hadiah birthday tahun ni.

Upacara membuka hadiah pun bermula sambil dirakam. Aksi mangsa yang 'excited' membuka balutan hadiah sambil berteka-teki adalah moment paling suspen dan akan kami ingat sampai mati. Nak tengok, try godek video kat youtube,hahaha. Gegey-gegok rumate dia duk suko selok, Mak Ming.


Hasilnya, aku tak sanggup nak story.....



Apapun, anggaplah birthday kali ni paling meriah dan paling banyak hadiah,lol.


Happy Birthday to my bestfriend
merangkap coursemate dan housemate
Mohd Khairul Azhar Bin Abd Aziz
10764

crazy morning CJ7
Cilok dari firstforay
Happy belated birthday jugak untuk firstforay

Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup.
All the best bro!


notakaki : sebab nama dekat-dekat, nombor matrik dekat-dekat, sebab tu lah tempat duduk dalam exam hall tak pernah berubah selama 5 tahun belajar kat UTP.