TIDAK MENGGIGIT JARI UNTUK KALI INI

/
5 Comments
Kalau ikut sejarah, Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004. Untuk tahun 2011, Liga Super sudahpun memasuki edisi ke-8. Antara pasukan yang pernah merangkul gelaran Juara Liga Super sejak diperkenalkan adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.



Apa yang menarik, edisi ke-8 pada tahun 2011 ni paling sengit persaingannya antara 3 pasukan teratas iaitu Kelantan, Selangor dan Terengganu. Juara Liga Super 2011 kali ini hanya dapat ditentukan juaranya setelah tamatnya perlawanan terakhir. Sejarah baru telah terlakar dalam sukan bola sepak tanah air yang nampaknya semakin hari semakin menyerlah.




Akhirnya, teka-teki selama ini sudahpun terjawab. Maka, tamatlah episod debaran Liga Super 2011.

KEDUDUKAN TERKINI : LIGA SUPER 2011

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2011 : TELUR PENYU TAK NAK MENETAS, KIJANG CUBA AMBIL KESEMPATAN

KIJANG BARU PATAH GIGI, BUKANNYA PATAH KAKI



Akhirnya, Kelantan tidak menggigit jari untuk kali ke-2 setelah gagal dalam merebut Piala FA tempoh hari.



Kalahnya Sabah di tangan Kelantan 2-1 di Likas, amukan Terengganu di Petaling Jaya terhadap Felda United 6-2, dan kemarau jaringan di Ipoh, Perak antara Selangor dan Perak telah meletakkan Kelantan (The Red Worriors) selaku Juara Liga Super yang baru secara mutlak. 






JUARA LIGA SUPER
2004 PAHANG
2005 PERAK
2006 NEGERI SEMBILAN
2007 KEDAH
2008 KEDAH
2009 SELANGOR
2010 SELANGOR
2011 KELANTAN




Tahniah KELANTAN

Tahniah THE RED WORRIORS

Tahniah M Karathu






Hero The Red Worriors yang meletakkan KELANTAN selaku Juara Liga Super 2011 adalah tidak lain tidak bukan Mat Yo. 2 jaringan berbisa, melengkapkan 19 gol peribadi untuk musim ini. Hanya kurang 1 gol berbanding Abdul Hadi Yahya. Ahh, kesian.


Mat Yo terlepas "kasut emas"



You may also like

5 comments:

  1. tieykah:
    Piala Malaysia pulok
    gomo qlate gomo

    ReplyDelete
  2. Hazwan Arif:
    tu pasal, beza sebutil tu gak
    takdo rezeki dio lagi taun ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...