Masihkah anda ingat Tragedi KB MALL yang menggemparkan pada Disember 2009 yang lepas? Kalau dah lupa, boleh intai-intai, jeling-jeling kat sini -> TRAGEDI KB MALL 2009


Hari ini, tragedi KB MALL kembali lagi. Tapi tragedi kali ini boleh dikatakan lebih mengejutkan dan penuh dramatik.




1) Cubaan bunuh diri dari bangunan KB MALL




Banyak-banyak tempat, KB MALL juga yang dia pilih. Nasib baik bukan BANGUNAN WISMA ataupun BANGUNAN HOSPITAL USM. Apa masalahnya pun tak tahu lah sampai sanggup panjat tingkat tiga KB MALL semata-mata nak terjun. Macam satu free show plak dah jadinya.

Inilah dia yang jadi bila akal tak dapat diselia dengan baik. Kadang-kadang, emosi yang akan kawal diri. Natijahnya, timbullah isu nak bunuh diri, terjun sana, terjun sini. Seolah-olah, tiada jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi. Betullah orang kata "Ikut hati mati, ikut rasa binasa".




2) Kantoi berkhalwat dalam tandas awal KB MALL

Khalwat : pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri (sehingga dapat dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang): kejadian-kejadian khalwat yang menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden.

Dengar kata, video kantoi pasangan terbabit tersebar di facebook. Apa nak jadi lah, tempat orang nak shopping pun dah jadi tempat nak buat projek. Macam-macam yang berlaku sekarang. Habis segala tempat nak rembat untuk puaskan tempias nafsu serakah. Sampai toilet awam pun nak sapu? Tak tau apa nak cakap. Sampai toilet awam pun berani nak masuk berdua-duaan berlainan jantina/ bukan muhrim.



Semoga apa yang berlaku dapat diambil iktibar dan pengajaran kepada semua terutamanya anak-anak muda zaman sekarang. Kita muda-mudi negara, tunggak agama, negara dan bangsa. Apa yang dah berlaku, bolehlah diambil iktibar dan difikirkan bersama. Sesungguhnya, tiada masalah yang tiada penyelesaian. Paling penting, tiada tempat yang selamat untuk lakukan kejahatan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Jadi, fikir dulu sebelum buat!


Aduh, macam-macam ada. 2 kes serentak belaku di lokasi yang sama, KB MALL. Cuma ceritanya yang berbeza. Kombo terus,haha


endnote : Terima kasih untuk beliamuda untuk maklumat sebentar tadi