Tahniah skuad THE RED WORRIORS atas kejayaan mengalahkan skuad KL FELDA UNITED dengan agregat 5-2. Keputusan seri 2-2 pada suku akhir pertama tidak menghalang kemaraan dan semangat kental THE RED WORRIORS untuk terus berjuang sekaligus menang besar 3-0, membenam terus skuad KL FELDA UNITED di depan puluhana ribu penonton sendiri pada suku akhir ke-2 semalam.





Yeah, first time masuk stadium tengok bola. Noob gila dowh,haha. Okla, at least sekali pun jadi lah. Tiket RM12 jadi RM25. Ulat punya pasal. Tapi tak sure, ulat bulu ke, ulat beluncas ke, ulat gonggok. Memang cekik darah kaw-kaw punya. Tiket RM35 pun ramai gak yang beli semata-mata nak tengok bola. Inilah orang kata, ambil kesempatan di atas kesempitan. Semangat peminat untuk bagi sokongan kepada skuad negeri, ulat yang kaya-raya.


Di sebalik isu ulat yang memanipulasikan keadaan, pelbagai perkara dapat diteliti di sekitar perkarangan stadium serta gelagat penyokong fanatik THE RED WORRIORS dalam stadium. Apapun, kagum dengan peminat bola sepak KELANTAN yang memenuhi stadium dengan gelombang merah seolah-olah perlawanan yang ditonton adalah perlawanan peringkat akhir. Semangat penyokong yang harus diberi pujian. Tapi kalau takde balingan botol dan mercun, perghhh PERFECT!


Semoga pasukan THE RED WORRIORS terus mara ke peringkat akhir untuk PIALA FA 2011 dan dapat menewaskan pasukan SELANGOR di peringkat separuh akhir nanti. All the best dan GOMO KELATE GOMO!


endnote : tak tau la bilo plok buleh gi stadium tengok bola. Tu pun buleh gi kebetulan balik cuti hujung minggu dan ado oghe sponsor tiket,haha. Tokleh kelik make gulai bekwoh ghumoh pun xpo la, asal buleh tengok bola, LOL. Mintak-mintak separuh akhir nanti ada live kat TV1