DETIK BERSEJARAH : 3 MAC

/
8 Comments
3 MAC 2002 - 3 MAC 2011
 
3 MAC 2002


Orang lain masuk form 1 awal bulan 1 lagi, tapi aku masih lagi digantung tak bertali. Surat tawaran untuk sambung belajar tak dapat, tapi anak sepupu aku cakap nama dah shortlisted untuk menjadi pelajar MRSM Jeli. Masih ragu-ragu, surat belum dapat. So, mana nak tahu sahih ke tak sama ada dapat masuk ke tak MRSM. Masa tu, dapat surat tawaran SMKA Melor. Kena ambek bahasa Arab? Entah kenapa, aku tolak mentah-mentah. Adakah aku jahil agama? hahahaha. Sebab digantung tak bertali lah dan masih was-was, aku pun daftar kat sekolah harian biasa, Sekolah Menengah Kebangsaan Melor. Best woo pengalaman sekolah petang. Pergi sekolah tengah hari, naik basikal. Belajar, rehat, solat zohor, belajar, solat asar, belajar, balik. Tu lah rutin harian. Lewat petang baru sampai rumah. Berbaju putih, berseluar hijau, berkasut putih, tanpa tie, perghhhh, torbaik! Kat situlah aku kenal Haris, Rayyan, Amri, Amir Husaini, Syahir, dan ramai lagi. Pengalaman 3 bulan yang bermakna. Student 1 Amanah 2002 SMK Melor, kalau yang ingat tu ingatlah. Tak sempat kenal ramai.


Surat tawaran lewat sampai. Maka persiapan pun bermula. Kena jahit seluar guna kain khaki. Bukan main susah pergi cari kain khaki sana sini, berwarna coklat. Baju putih lengan panjang. Kasut hitam dan peralatan diri untuk bergelar pelajar asrama penuh. Mampukah aku berpisah dengan keluarga, terutama mak dan ayah? Oh,berdebar jugak time tuh. 13 tahun : dah kena berpisah dah dengan mak ayah. Abang-abang, kakak-kakak, zaman sekolah duduk sebumbung, masih di bawah jagaan mak dan ayah. Tak apa lah, peluang dah ada, sambar je. Semangat berkobar-kobar, mengatasi segalanya. Maka berdaftar la kat MRSM Jeli pada 3/3/2002. Tingkatan 1 Amanah, homeroom Delima A2 di bawah kelolaan Cikgu Dayang Rohaya. Ahli homeroom : Muhsin, Amri, Aadni, Gee, Shahaiza, Aziani, Aiza, Aini, Ella, dan tak ingat dah sapa lagi.9 tahun sudah berlalu.


Bagi aku, 3 Mac adalah detik paling bersejarah. Pertama kali masuk dan berdaftar sebagai pelajar MRSM Jeli secara rasmi. Merangkap 2nd batch. MRSM Jeli. MRSM baru bukak time tuh, lawa, cantik, dan agak menarik. Terletak di atas bukit di tepi lebuh raya Timur-Barat. Pagi-pagi penuh kabus, mandi sampai menggigil. Naik tangga, turun tangga, itu biasa bila bangunan dibina atas lereng-lereng bukit.


Di sini, aku belajar pelbagai benda. Dari segi akademik, agama, sosial sehinggalah kemahiran untuk hidup. Rasanya, cukup manis untuk dikenang kembali. Pelbagai kejayaan berjaya diraih sepanjang bergelar pelajar di sana. Setidaknya, mampu membuat bonda dan ayahanda tersenyum gembira setiap kali berjaya tidak kira dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. Erti gagal jugak pernah ada dan telah aku belajar. Kegagalan dalam PMR 2004 terutamanya memberi tamparan cukup hebat dalam hidup aku. Tawaran ke MRSM Bitara terkubur begitu saja bila English menjadi penghalangnya. Oh, budu punya pasal,hahahaha. Tempat ketawa pun di sini, tempat aku menangis pun di sini. Semuanya masih mekar di ingatan. Pelbagai pengalaman diperoleh, tidak kira suka dan duka. Pengalaman paling perit dalam hidup aku pun, sewaktu aku berada di sini.


Kawan-kawan? Terlalu ramai. 5 tahun adalah tempoh yang cukup lama untuk kenal hati budi masing-masing. Mungkin boleh dianggap seperti saudara sendiri. Mana taknya, dalam tempoh 5 tahun, tempoh tinggal di asrama lebih lama berbanding tempoh berada di rumah. Kalau nak sebut sini satu persatu rakan-rakan yang pernah kenal di MRSM Jeli, rasanya 1 hari tak cukup untuk taip semua nama. Nasib baik ada facebook, 2nd and 5th batch mjsc Jeli. Boleh jugak keep in touch dan bertanya khabar. Terima kasih kepada admin yang create group tuh, Faris Izzat. Sampai ke hari ni, 4 tahun berpecah masih lagi dapat contact semua kawan-kawan.


Kalau nak cerita pengalaman time kat MRSM Jeli, rasanya tak cukup ruang nak taip. Terlalu banyak. Dari pengalaman roll-call pagi, roll-call lewat malam, makan kat Dewan Selera (DS), jalan itik keliling DS, choral speaking di lereng bukit selepas Subuh, gotong-royonh setiap pagi Jumaat, naik bus Pok Din ke Masjid Gemang, pasar malam PUM, beriadah dan bersukan : basketball / volleyball / hoki / bola sepak / olahraga, kutip durian di Taman MINJAROES, keliling maktab bila lewat pergi roll-call, lawatan homeroom, jamuan dan bbq, minggu bahasa, olahraga, tunas saintis, kadet polis, jambori pengakap, konvensyen PUM, lawatan koperasi dan banyak lagi. Tak mampu nak senarai semua, tapi semuanya masih diingati.



3 MAC 2011


Kalau ikut perkiraan, genaplah 9 tahun selepas bermulanya sebuah perjalanan di MRSM Jeli. Maka, detik 3 Mac 2011 sekali lagi dijadikan sejarah. Simbolik kepada pertemuan pertama di bangku sekolah, kini kami bertemu kembali di alam siber, laman blog SOGHO KITO. Buat masa ni, masing-masing membawa haluan sendiri, ada di Timur, Barat, Utara, mahupun Selatan tanah air. Ada di Sabah dan Sarawak. Ada juga di bumi anbiya', Mesir. Ada juga di Russia, Poland, Jepun, U.S, UK dan lain-lain tempat. Ada yang jumpa, ada yang kadang-kadang jumpa, ada yang langsung tak pernah jumpa. Nasib baiklah ada fb,LOL.


Segala perkongsian ilmu, pendapat, pandangan, cerita, pengalaman, dan merungkai memori lama akan sama-sama kami kongsi di:




tukang tulis : Antara komuniti yang utuh bersatu,walaupun lebih kurang 4-6 tahun bawa haluan sendiri, tapi masing-masing ingat antara satu sama lain. Mungkin orang-orang kuat yang telah menggerakkan reunion / gathering / trip / bbq / futsal / bola sepak / kembara raya / majlis berbuka puasa / tengok perlawanan bola / dan lain-lain lagi telah berjaya mengeratkan ukhwah antara kita. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Mungkin kehadiran fb 2nd dan 5th batch mrsm jeli dan blog soghokito, mampu merapatkan lagi jurang antara kita. Tak sabar nak terima kad undangan kahwin pertama,hahahaha.



You may also like

8 comments:

  1. aku lagi kalut..
    baru perasan ada surat dlm peti surat kul 530 petang hari isnin..kna register hari rabu..dh la time awal bulan 5 hahaha..nk kena pikir lagi nk accept ke x haha

    ReplyDelete
  2. Barang yang lepas jangan tak dikenang...
    Kenang-kenanglah kembali...

    p/s: Teringat pula saya peristiwa dalam kisah Imbau Kelmarin dan Cakna Untuk Esok Hari...
    Hampir sam... :)

    ReplyDelete
  3. Hazwan Arif:
    kenangan manis utk igt balik kot,hahaha
    masuk mrsm pun sohor doh dulu
    loni, biasa dah jadi

    ReplyDelete
  4. Jamal Ali:
    kenangan pun satu pelajaran jugak
    yeah, kena ingat-ingat selalu

    ReplyDelete
  5. *cimOt*:
    sejarah masa muda-mudi kot,haha

    ReplyDelete
  6. setelah 2 bulan xdam nop wak blog walking..
    kawe singgah meta di page demo wa..
    kawe dah terima pom undangan perkahwinan pertama kito..
    xlama lg demo n sekelian isi alam budak bacth akan terima la..
    insyaALLAh..

    ReplyDelete
  7. Azizul Abllah:
    sapo tu joe? kawe takdok dengar kaba brito lagi pun
    xsabar jugak nak tau sapo hok akan bergelar raja shari dulu,hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...