B a y a n g - b a y a n g


B A Y A N G - B A Y A N G
N u k i l a n : P e n a b e r k a l a

selagi adanya cahaya
selagi itu adanya ia

di darat, di air
ia pasti hadir

zahirnya bila adanya sinaran
matahari, bulan mahupun neon

satu warna pelbagai rupa
hitam gelap dijadikan cerita

setiap detik dan ketika
dimensinya mungkin akan berbeza

jarak dekat bukan segala
tak tertangkap oleh sesiapa

lari laju bukan kepalang
tak terkejar keliling padang

hadir bukan sembarangan
tak terlindung walau dilitup awan

tiada sakitnya bila dipijak
walau dengan jentera jentolak

tiada hilangnya di muka air
campak batu-bata mahupun batu lekir

dikejar tak dapat
digodam tak sakit

bukan kuasa sakti
ternyata kuasa realiti

bila konsep saintifik ditatap
Oh! Rupanya cahaya dihalang objek legap


usah takut, usah gusar akan hadirnya
wujudnya hanya seketika cuma

bukan selalu
cuma ikut waktu

bukan berpusat
tapi merata tempat

hadirnya hanya sekali
yang pergi tak akan kembali

hadirnya tiada kali ke-dua
bentuk sama hakikatnya tidak serupa

tataplah selagi ada di depan kerdipan mata
bila hilang sinaran cahaya maka ghaiblah ia

ini bukan madah pujangga
ini cuma bayang-bayang punya cerita