Percaya akan keupayaan lagu untuk memotivasikan diri? Perlu percaya walaupun bukan semua lagu dapat bertindak sebagai mangkin dalam memotivasikan diri.


Motivasi diri perlu ada dalam diri? Ya perlu ada dan mustahak dalam apa jua pekerjaan yang kita kerjakan tidak kira belajar, bersukan, bekerja atau apa sekalipun.


Seperti ramai orang berkata "Motivasi bergantung pada diri sendiri kerana tiada siapa yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri". Betul, tepat 100%. Tapi jangan lupa, faktor luaran perlu diambil kira dan tidak boleh dinafikan begitu saja . Contohnya : Orang sekeliling, faktor persekitaran dan sumber motivasi. Salah satu sumber yang boleh dibincang sebagai sumber motivasi adalah lagu.


Kenapa lagu? Kerana lagu dapat membantu meningkatkan kemahiran merangsang deria. Deria yang dirangsang sudah tentu telinga iaitu melalui pendengaran. Mendengar adalah salah satu kemahiran penting kerana dengan mendengar kita dapat menyerap lebih banyak perkataan. Menurut teori, dalam proses mendengar, otak manusia mampu memproses kira-kira 800 perkataan seminit. 90% komunikasi berlaku melalui pertuturan manakala 20% daripada apa yang kita dengar mampu untuk kita fahami.


Apa kaitan dengan lagu?

90% komunikasi berlaku melalui pertuturan? Mungkin kerana lagu adalah seni pertuturan yang diiringi irama dan muzik.

20% daripada apa yang kita dengar mampu untuk kita fahami? Mungkin 20% daripada lagu-lagu yang tercipta di atas muka bumi ini mampu untuk kita dengar, faham dan jadikan motivasi diri. Ada tapi bukan semua.


Jadi, tidak salah rasanya kalau ada yang mengatakan lagu pun dapat memotivasikan diri. Pendapat peribadi, lagu Fikirkan Boleh adalah salah satu sumber kekuatan utama dalam memotivasikan diri. Setuju atau tidak? Walaupun sejak di bangku sekolah rendah lagi didendangkan dengan lagu ni, tapi sama sekali tak pernah rasa bosan bila dengar. Kadang-kadang, bila dengar boleh plak rasa bersemangat dan menjadi lebih optimis dan positif!


Apapun, jom layan lagu ni! Ambil semangat sikit, kasik burst out sikit semangat dalam diri. Yeah! Klik link di bawah jom layan sat lagu nih. Berkobar-kobar, don't hot-hot shit chicken maa. Fikirkan boleh sokmo



Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Apa yang dapat diambil sebagai intipati lagu nih lebih kurang macam ni la:

Kalau kau fikir ragu-ragu akan jadi tak menentu
Kalau kau fikir kau boleh, kau boleh melakukan
Kalau kau fikir kekalahan, kau akan temui kegagalan
Kalau kau fikir kemenangan, kau akan temui kejayaan
Apa yang penting, PERCAYA, TABAH dan BERTINDAK atas kemampuan
Nescaya KEJAYAAN milik kita bersama!


Lagu ni aku dapat gambarkan macam seseorang yang tengah menasihatkan orang lain yang dalam keraguan dan kurang keyakinan diri. Dan mungkin sesuai dan cocok untuk aku pada ketika ini dan mana-mana yang dalam situasi yang sama. Biasa la, awal-awal semester. Otak masih beku, tak nampak flow perjalanan macam mana dan paling penting tak kenal lagi subjek-subjek sama ada MAJOR atau MINOR yang diambil. Ditambah plak dengan Final Year Design Project (FYDP) untuk Process Plant Design (PDP) dan lain-lain subjek yang agak baru dalam kamus hidup. So, relax, take time, and enjoy with the new environment! Chaiyok.


Maka diisytiharkan lagu ni : Fikirkan Boleh! menjadi lagu tema untuk semester baru,LOL.



Bukan apa, orang kata daya upaya minda dapat ditingkatkan dengan beberapa cara. Antaranya:
  • Tulis didalam diari atau buku catatan perkara yang positif dan baik setiap hari. (taip dalam blog pun boleh kan? Ni ye la kot, salah satu usaha,haha)
  • Memiliki motivasi diri yang tinggi. (tengah cari la ni, tu dengar lagu nih)
  • Memfokuskan fikiran. (F.O.K.U.S, yes,try to go for it)
  • Sentiasa berdoa selepas berusaha. (insyaAllah, akan amalkan sentiasa)
  • Membaca buku-buku yang berfaedah. (tak suka baca buku, suka baca blog. Tapi banyak jugak blog yang berfaedah, jangan bimbang tak sesat)
  • Sentiasa mengajak, merangsang orang lain untuk menjadi hebat. (cuba lakukan, cuba selagi mampu untuk menolong dan diperlukan)
  • Berkawan rapat dengan orang yang positif lebih dari yang negatif. (electrostatic discharge?)
  • Memerhatikan keindahan ciptaan Allah S.W.T. (sekecil-kecil ciptaannya, tak mampu ditandingi oleh kehebatan manusia, subhanallah. Refer lagu dikir barat : Anak Tupai)

"Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it."
Greg Anderson