HARI KEMUNCAK : 7 JANUARI 2011

/
19 Comments
Cepat sungguh masa berlalu, setelah hampir 8 bulan menjalani LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP), maka tibalah kami di hari-hari terakhir.

Kini, kemuncakknya sudah pun tiba. Tanggal 7 Januari 2011 menjadi tarikh keramat. Ceres Room bakal menjadi saksi untuk kami berentap. Mengeluarkan patah-patah perkatan menggunakan bahasa ke dua rakyat Malaysia, Bahasa Inggeris untuk menuturkan kata merangkum segala apa yang ada selama 8 bulan kami bertapa di pulau ini, Penang.



Aish, kecuakan kian terasa. Bukan sebab gentar atau gementar di depan audience, tetapi kemahiran bertutur dan komunikasi dalam english kurang arif dan kurang memuaskan. Apapun, harap-harap dapat lakukan yang terbaik, amin!


Antara topik-topik hangat yang bakal dibincangkan sewaktu final presentaion. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang gangguan/masalah.



Walaupun tiada apa yang menarik untuk dibentang, projek-projek yang gempak untuk dipersembahkan, namun aku yakin dan percaya apa yang aku dapat dari 8 bulan menjalani latihan ini, pengalaman dan pengetahuan itulah lebih penting. Semoga bermanfaat di kemudian hari, insyaAllah. Konklusi, OPTIMIS!

Apapun, semoga objektif asal internship yang telah digariskan ini tercapai dengan jayanya. Bukan untuk siapa-siapa, tetapi paling utama untuk diri sendiri. Alhamdulillah, apa yang digariskan sedikit sebanyak dipenuhi. Paling utama, pendedahan ke alam kerjaya dan peningkatan kendiri!


Kesimpulannya, latihan industi ataupun internship ni adalah platform terbaik untuk semua insan bergelar pelajar untuk menimba sesuatu yang baru. Pastinya, pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat diterima dan dirasai dari kerusi bilik kuliah mahupun dari buku-buku teks yang tebal menggunung. Pengalaman adalah segala-galanya, namun ilmu di dada perlu ada.



Semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Dedikasi istimewa buat semua teman seperjuangan : Faris, Faiz, Hazwan Arif, Muzakkir, dan Khairudin.


FINAL PRESENTATION
INTERNSHIP
7 JANUARI 2011
1200PM-100PM
CERES ROOM


Kata-kata semangat untuk diri sendiri :
Percaya dan yakin diri,
Atasi tembok penghalang dalam diri
Kelemahan diri pastinhya akan ada kekuatan tersendiri
Semoga temui kejayaan yang dicari
Bukan untuk bangga diri tetapi untuk kepuasan hati


end note : sempat lagi blogging walaupun tengah cuak. Kena pi iron baju jap! Moga-moga, lidah tidak tergeliat, botol budu tak retak./pecah. Harap-harap slang Qlate ambo tok tubik la deh esok. Runsing gak nih, cuti seminggu banyok make budu dekpon :)


You may also like

19 comments:

  1. Good Luck! And selamat habis intern! LOL :D Insya'Allah semuanya selamat je nanti. Hehe

    ReplyDelete
  2. wuhu gerun weh, habislah penaberkala..hak2
    (saja bagi gerun agi ;p)

    all the besta. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sz:
    uiks, terharu ore jauh mari
    thanks

    ReplyDelete
  5. nurfaiz shaidan:
    terima kasih faiz
    junior rupanya, FIRC kalau tak silap

    ReplyDelete
  6. amirahL:
    hak3, seb baik baru baca
    tak gerun sgt
    setle dah

    ReplyDelete
  7. akuzle:
    sambung study lg kak
    masih berbaki setaun utk final year projek
    perjalanan masih jauh

    ReplyDelete
  8. hans:
    alhamdulillah, semuanya berjalan lanjar
    dah tamat penantian selama ni, lega

    ReplyDelete
  9. ceh penat wat ayat gerun gila babeng..hek2...amacam presentation?

    ReplyDelete
  10. hans:
    lepas ni balik kampus sambung blajar la bro
    masih berbaki staun lg
    dh jadi abang final year,kah3
    cepat gila masa berlalu

    ReplyDelete
  11. amirah:
    haha, seba baik tak baca
    alhamdulillah, ok la
    tp not the best
    sebab evaluator terlampau sempoi kot, so buat alakada je,haha

    ReplyDelete
  12. Salam bro.. Lama x jenguk cni..
    Da abis ke xtudy? Nak buka studio sendiri kan.. Aku nak jadi pelakon blh..wahahah

    ReplyDelete
  13. wowww..smartnye slide penaberkala. lawa2~

    ReplyDelete
  14. deCrewz:
    wsalam
    study tinggal staun lagi
    baru nak abis praktikal je ni
    pelakon dalam cerpen boleh la,kah3

    ReplyDelete
  15. along rufaidah:
    haha, biasa je
    btw, thnank
    fuh, lega semuanya dah selesai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...